Pengalaman Jadi Pesakit Covid Kategori 2A

Tuesday 22 March 2022

Awal bulan Mac satu office terkejut sebab dapat tahu ada staff positif. Simptom paling jelas sekali, sakit tekak. Dari dia, berjangkit kepada yang lain. Hari Selasa, 8/3/2022 tu I demam panas so mintak MC dan tak syak langsung demam sebab covid since my test pagi tu negatif. Lagipun petang Isnin tu kena hujan then terpaksa duduk bawah aircond dekat Starbucks sebab blok bangunan blackout gara-gara masalah wiring. 


Petang tu lepas mandi then ternampak test kit pagi tadi berubah dua line padahal I biar dari tengahari memang stay satu line je. So buat test lagi sekali, terang benar garisan dekat T tu. Patutnya masa tu I bagitau HR dan update MySejahtera 9/3, baru la tempoh kuarantin lama sikit hahaha. The reason I terus update on 8/3 sebab I tak ada MC so nak elakkan dari gaji dipotong, I update je lah 8hb. 


Bila dah update MySejahtera terus dapat Home Isolation order. Disebabkan simptom demam panas, sakit tekak, sakit kepala dan batuk, I masuk kategori 2A. Tak perlu pergi ke CAC dan I memang malas nak pergi CAC sebab yang paling dekat pun dekat Kota Damansara. Mana larat nak drive masa tu sebab demam teruk jugak. Malam paling teruk sebab sejuk. 


First day menggigil sampai tak boleh tidur walaupun dah makan panadol dengan vitamin C. Masa kena ni I makan panadol biasa je sebab ubat dah banyak habis stok. Oximeter pun sama. I ada batuk tapi tak teruk. Ada masa nak batuk, dia batuk haa gittewww. Sakit tekak paling teruk above all symptoms, dah serupa api tersangkut dekak tekak je rasa dia. Nak minum air pun seksa. 

Hari kedua demam dah kurang, sakit kepala pun dah reda lepas satu kotak Cool Fever habis. Sakit tekak still teruk so tak banyak bercakap. Baring je dalam bilik sebab tak larat nak buat apa pun. Nak tengok movie pun tak larat. Nak pulak tengah period, melayan senggugut je lah cerita dia. 

Hari ketiga demam dah reda banyak lepas makan Panadol biru. Pepagi lagi dah buat yoga lepastu sunning. Tapi dapat pulak mesej dari KKM siap kena pergi CAC terdekat. Eh memang tak lah nak pergi CAC tengah sakit macam ni. 


Bila check link yang KKM bagi tu kena pergi CAC sebab ada gejala macam dalam poster ni.


I tak ada langsung mana-mana gejala yang KKM senaraikan, lagi lah I malas nak layan. KKM siap call lagi suruh datang. Bila check balik Things To Do dekat MySejahtera baru la faham kenapa. I submit Health Assessment sekali je sehari padahal kena dua kali. Dah la tu, bacaan BPM dengan oxygen tak ada langsung. Nasib baik kawan merangkap jiran blok sebelah ada oxymeter. Boleh la pinjam sementara tengah kuarantin. 


Dah settle submit oxygen dengan bpm reading baru lega nak layan Treasure Map (2020). Actually I nak baca novel tapi lepas baca 3 bab novel Tabu terus I campak ke dinding like literally campak ke dinding bcs main character dia mintak penampar. Memandangkan I sakit dan tak boleh stress sepanjang kuarantin I avoid untuk baca something yang bodoh untuk dicerna. 

Hari keempat dah lega demam dan sakit kepala tapi selsema dengan batuk pula. Panadol biru memang membantu sangat sebab selsema dengan batuk bertahan sehari je. 


Since sakit tekak, batuk dengan selsema masih ada, I masih lagi dalam kategori 2A. Masa dalam tempoh kuarantin ni seram jugak lah untuk tidur atau bergerak aktif sebab jantung tiba-tiba laju. Sebab tu pepagi dah buat yoga untuk bantu pernafasan. Kerap juga buat breathing technique yang doctor share dekat TikTok. Setiap kali I bagitau I sakit tekak mesti ramai yang suggest minum air rebusan bunga cengkih. Eh memang tak lah nak minum. Bau dia pun dah buat pening kepala. The best remedy haruslah makan aiskrim vanila. Setiap malam sebelum tidur I makan satu cawan aiskrim vanila. 

Malam memang susah nak tidur ataupun terkejut masa tidur sebab kena tidur sorang-sorang dalam bilik haha. So setiap malam sebelum tidur I akan pasang playlist Joox. Thanks to Joox I berjaya discover lagu Unpainted Canvas - Wonpil. Jatuh cinta dengan lirik dia sebab inspiring sangat untuk teruskan hidup. 

Btw I'm sorry if you guys are expecting yang I akan buka playlist surah Al-Quran lol you guys tengah baca blog niche entertainment with Korea/Bollywood theme hshshs

Hari kelima, keenam dan ketujuh I dah sihat sepenuhnya dan berubah status kepada Category 1 tapi I refuse untuk masak sebab I malas. Sepanjang kuarantin tu either order dekat Grab, Foodpanda ataupun adik I masak. I tak kuarantin seorang sebab adik I pergi update dekat MySejahtera yang dia ada batuk gara-gara bosan dekat office. Padan muka kena kuarantin sekali padahal dia memang dah lama batuk even before I positive lagi. 

Lepas kena covid I masih lagi ada kahak tapi tak batuk which is good and feeling grateful too sebab I tak suka batuk. Nak tidur susah, nak makan pun susah kalau batuk. Tidur sometimes okay, sometimes tak tapi kena tidur tinggikan kepala untuk elak sesak nafas. Mengah atau cepat penat tu tak ada lagi setakat ni tapi harapnya tidak lah. Kalau boleh dah tak nak kena dah tapi kalau terkena lagi hmm redho je lah kot. 

11 comments

  1. stay safe awak huhu..memang kebanyakkan yang test covid positif tu sebab sakit tekaklah

    ReplyDelete
  2. Semoga cepat sembuh, boleh amal madu lebah dan habbatus sauda lepas ini. semoga cepat baik :)

    ReplyDelete
  3. Kak Farhana sorry ada part saya gelak baca post akak ni. Lagi - lagi the moment buku kena campak dekat dinding sebab main character dia haha. Dan juga the moment expect people ingat kak farhana pasang playlist AlQuran. Allahu. Alhamdulillah juga banyak dipermudahkan urusan akak.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah tak serius dan dah sembuh

    ReplyDelete
  5. Allahu akbar Pana. Senyap3 aje kena. Nak endemik ni, memang akan kena la semua orang lambt launnya. Jaga diri tau

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah sudah sembuh.. Sekarang saya tengah kuarantin sebab Covid juga... Doakan kami sekeluarga sihat sepenuhnya...

    ReplyDelete
  7. syafakillah farhana. hubby mama opun baru +ve gak ni semoga kita semua baik2 aje

    ReplyDelete
  8. Kita sama, akak & husband pun kategori cat 2a..Akak baru lepas habis kuarantin sbb +ve covid. 1st simptom yang akak kena, sakit tekak. Serius mmg tak suka giler sakit tekak ni..Perit tekak..Batuk pun ada juga tapi tak teruk sangat...Selain dari tu demam, s.kepala & hidung tersumbat...

    ReplyDelete
  9. Lebih kurang sama tarikh kita kena covid19 hehehee...
    Syukurlah bergejala ringan sahaja

    ReplyDelete
  10. As pun baru lepas kena ja, memang teruk simptom tu... kalau boleh tak nak kena dah...

    ReplyDelete
  11. patutlah jarang nampak update blog. take care ye Farhana :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.