Dinner with Balinese Duck Rice, Duckout @kEATchen

Thursday 17 March 2022

Selalunya kalau OT memang belek Grab nak order apa untuk makan malam sebab kalau dah OT mesti lajak sampai lepas Isyak. Takkan nak makan lepas habis OT kan? Badan dah penat tinggal nak mandi lepastu tidur je. Selalunya order dekat tempat yang sama sebab takut tak sedap kalau cuba tempat baru. Tapi haritu macam dah jelak dan nak try something new jadi I order lah Balinese Duck Rice dekat Duckout @kEATchen ni. 


Awal tu macam nak ambik Noodle Wantan dengan Itik goreng tapi sebab dari pagi tak makan nasi, I order lah Balinese Duck Rice ni. Tengok dalam gambar macam tak lah banyak sangat portion dia. Kira just nice je lah untuk makan seorang. 

Dalam menu ni ada itik bakar dihidangkan dengan nasi bau mentega, tauhu bergedil itik, sambal kering tempe, sambal merah dan sambal hijau. Disebabkan tak ada sayur, I tambah Bok Choy masak sos tiram. Meriah betul menu ni, sesuai lah dengan harga dia RM20.20 sepinggan. 

Bila order sampai baru perasan seller bagi sup goji berry. I tak lah minat sangat goji berry ni tapi kalau orang dah bagi kita makan je lah ek. Masa bukak macam terkejut perut I sebab banyakkkk. Siapa nak habiskan semua ni? 


Mana la nak tahu dia bagi tauhu bergedil besar macam tu. Nasi dia pulak bukan nasi biasa tapi jenis sticky macam nasi Korea tu. Sah-sah la kenyang teruk sampai tersandar kalau habiskan. Daging itik dia bagi pun banyak, tempe pun melimpah. Tak pernah dan tak tahu pun kewujudan menu Balinese Duck Rice ni. Bila Google nama menu ni Bebek Betutu. Tak pasti lah itik ni datang dari Bali ke apa tapi menu ni memang menu popular orang Bali. I baru tahu orang Bali suka bela itik sebab boleh hidup elok di darat ataupun dekat kawasan perairan.


I feel blessed sebab dapat merasa menu sedap dari Bali, Indonesia. I rasa tak jauh beza pun dengan rasa menu asal sebab tengok pada resipi tu sama je. Nasi dia memang wangi macam dia claim, buka je kotak ni boleh bau butter. Tauhu begedil dia sedap, isi mampat dengan kentang dan daging itik yang juicy dan diperap elok. Sup Goji Berry pun just nice dipadankan dengan menu ni walaupun I tak hirup sampai habis sebab perut dah penuh sangat dah. My only complaint is sambal tempe sebab dia goreng garing sangat sampai ada rasa pahit. Tak tahu lah dia terlebih goreng ataupun memang macam tu kaedah gorengnya. 

kEATChen ni buka dari hari Isnin sampai Sabtu jam 11 pagi sampai 7 malam dan tutup pada hari Ahad. Lokasi restoran bertemakan itik ni ada di No. 8, Jalan PJU 1A/14, Taman Perindustrian Jaya, Petaling Jaya. Kot kalau ada yang nak makan dekat area situ tengah cari restoran hidangkan menu best boleh lah terjah kEATchen ni. 

2 comments

  1. sangat mengiurkan yaaa gambarnyaaa... walaupun su tak berapa gemar nak makan itik tapi tengok gambar ni haihhh macam terasa je dekat tekak

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.