Drama Review | The Fame Game (2022)

Saturday 5 March 2022


Director : Bejoy Nambiar, Karishma Kohli
Writer : Sri Rao, Shreya Bhattacharya, Akshat Ghildial, Amita Vyas, Nisha Mehta
Cast : Madhuri Dixit, Sanjay Kapoor, Manav Kaul, Lakshvir Saran, Muskkaan Jaferi, Rajshri Deshpande, Gagan Arora, Suhasini Mulay
Genre : Drama / Mystery / Thriller
Production Company : Dharmatic Entertainment
Distributor : Netflix
Release Date : 25 February 2022
Running Episodes : 8 episodes (40 - 50 minutes per episode)
Trailer : 



Siri terbaru dari Dharmatic Entertainment bertemakan kehidupan glamor seorang superstar, Anamika Anand (Madhuri Dixit) yang berada dalam Bollywood selama 20 tahun. Yang orang nampak adalah kehidupan glamor seorang superstar, kemewahan dan kehidupan yang sentiasa dipuja dan disayangi peminatnya. Namun tak semua tahu berapa banyak kisah duka terpaksa ditutup dengan senyuman. Tak semua nampak kesan dipukul suami ditutup dengan makeup tebal. Hidup diatur oleh keluarga, produser, investor malah peminat sendiri. 

Dalam drama sebanyak 8 episod ni diceritakan dengan jelas penderitaan yang ditanggung oleh Anamika sejak kecil lagi. Dipaksa berlakon untuk sara keluarga dan perkara ni memang berlaku dalam realiti macam mendiang Sridevi, Rekha, Jayalalitha, Madhubala. Masa tengok babak Vijju kena paksa berlakon tu rasa sedih sebab umur tu dia patutnya pergi belajar atau main dengan kawan-kawan dia. Lata cakap bila Vijju dah besar dia boleh buat ikut suka dia tapi cakap mulut je lah. Hakikatnya dia tetap kena control. 

Bila Anamika hilang baru semua orang buka mata dan nampak macam mana kehidupan dia yang sebenar. Sedikit demi sedikit rahsia keluarga bahagia ni terbongkar. Inspektor Shoba Trivedi (Rajshri Deshpande) yang awalnya menyampah dengan Anamika akibat status dan populariti mula rasa simpati bila tahu kehidupan glamor tu. 

Penceritaan The Fame Game pun menarik dengan elemen misteri yang dimasukkan sampai kita jadi syak dengan semua orang yang rapat dengan Anamika. Menangis jugak lah bila dapat tahu semua orang dalam hidup dia tak boleh dipercayai. Masa Anamika menangis bila tahu rencana kotor suami (Sanjay Kapoor) dan mak dia (Suhasini Mulay) ataupun masa Billy (Kashyap Shangari) minta kamera. Screenplay bagus tonjolkan kekuatan lakonan Madhuri sebagai Anamika. Dari awal sampai habis invested teruk dengan watak Anamika ni. 

Ada juga part yang macam susah nak hadam bila Anamika buat keputusan untuk keluar dari hidup Manish (Manav Kaul) sedangkan dia dah yakin nak hidup bersama di London. Kalau jadi dia dah buang semua, hantar Avi (Lakshvir Saran) ke New York then hidup bahagia dengan Manish. 20 tahun terseksa sebab ketamakan orang lain. 

Selain kisah hidup Anamika, ada juga penulis masukkan dissing scenes kepada Bollywood sebagai subplot. Masa Nikhil mentioned Bollywood sekarang nak heroin muda pair dengan hero berumur, masa Anamika perli Jaslyn dekat red carpet, kes casting couch dan Amara meroyan tak dapat berlakon lepas ujibakat. Mungkin Karan Johar nak bagitahu yang dia bukan flag bearer of nepotism macam Kangana labelkan tu haha

Manoj Kumar Khatoi did a great job as cinematographer for this drama. Ada scenes digambarkan dengan penuh emosi melalui camera angle dan lighting yang bertepatan dengan kehendak scenario tersebut. Peralihan antara flashbacks dan babak sekarang pun dipaparkan dengan cemerlang. Kebanyakan masanya terpukau dengan kecantikan Madhuri dalam persalinan yang disediakan oleh wardrobe team. Perasan ada dress atau lehenga dari designer Anamika Khanna, Manish Malhotra, Falguni Shane and Peacock, semua cantik-cantik!

Walaupun drama The Fame Game ada beberapa kelemahan pada plot dan beberapa watak yang perlu dikembangkan atau pace yang sengaja diperlahankan untuk elemen drama namun banyak mesej yang boleh kita dapat. Yang paling kuat sekali adalah mental health bila ada babak Avi juga Anamika sendiri perlu keluar dari dilemma hidup mereka sendiri. Selagi diorang berdua tak kawal dan sayang diri sendiri, selagi tu lah orang luar akan memanipulasi keadaan. 

Ada yang menyampah part LGBTQ yang dimasukkan but personally for me, plot tu bagus untuk munculkan konflik yang berkait rapat dengan taboo dalam masyarakat Asia. Boleh nampak kenapa Nikhil mengamuk sakan bila tahu. Lebih menarik juga kalau penulis masukkan lebih banyak manipulative scenes dari Aai biar mendalam sikit rasa kesian pada Anamika. Bertubi masalah datang sampai meletus gunung berapi. 

Madhuri Dixit buat yang terbaik untuk web debut dia sebagai Anamika sampaikan I terlupa yang I nampak depan mata masa tu adalah kisah hidup Anamika Anand dan bukannya Madhuri Dixit. Chemistry dia dengan Manav Kaul pun menarik untuk ditonton padahal fresh pairing, tak rasa kekok langsung walaupun ada seniority gap. Happy bila tengok Anamika bersinar mata bila tengok Manish. Orang buta je tak nampak diorang bercinta. 

Masa Madhuri dengan Sanjay pulak boleh nampak kecanggungan tu sedangkan dulu antara best onscreen jodi. Bukan sebab both tak selesa tapi sebab watak diorang yang perlukan rasa canggung dan dingin dalam beberapa babak bersama. Bonding Madhuri dengan Lakshvir sebagai ibu dengan anak pun nampak meyakinkan. Bila dah tahu rahsia diorang berdua baru tahu kenapa Anamika sayang lebih dengan Avi. Sampai tahap dia sanggup korbankan sesuatu supaya Avi bahagia. 

Ending dia buka possibility untuk Season 2 and I really hope Karan Johar setuju untuk sekuel sebab nak tengok Anamika nak lempang Amara tak haha

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.2/10

3 comments

  1. ending dia tak expect langsung budak tu nak khianat Anamika..sadis betul hidup..

    ReplyDelete
  2. geram dengan anak perempuan Anamika tu, Anamika patut lempang anak dia tu beribu kali hahaha baru puas hati ni hehehe

    ReplyDelete
  3. ingat kan tak best.. rupanya best juga ekk.. lepas baca review ni baru rasa nak tengok.. hehehehe.. okey, masuk dalam list :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.