Sidang Media Kampong Pisang Berbuah Dua Kali

Wednesday 2 March 2022

Happy betul bila dapat jemputan ke Sidang Media Secara Virtual Kampong Pisah Berbuah Dua Kali sebab dapat jumpa Datin Eina Azman. Walaupun secara virtual je tapi boleh juga tanya satu, dua soalan dekat pelakon fav kan? 


Turut bersama dalam sidang media ni ialah Pengarah Amen Khalid, Ketua Astro Shaw Raja Jastina Raja Arshad dan dua orang pelakon utama - Bell Ngasri dan Aziz M. Osman. I dapat jemputan dari Astro seminggu sebelum beserta dengan link Microsoft Team. Dalam masa satu jam tu dapat banyak jugak lah cerita belakang tabir, pengalaman dan kenangan semua yang terlibat. 

Sidang media dimulakan dengan tribute video kepada arwah Mamat Khalid dan bacaan Al-Fatihah. Rasa sedih bila tengok footage dia sebab membesar dengan koleksi movie sama ada franchise Rock dan Hantu Kak Limah. Kedua-dua franchise besar ni tak pernah gagal menghiburkan dari dulu sampailah sekarang. 

Raja Jastina pun kata arwah Mamat Khalid terkenal dengan karya edutainment di mana karya dia mempunyai pengajaran sosial dan satira. Bukan saja hasilkan naskhah filem yang hebat sebagai pengarah malah hebat dalam menulis skrip contohnya seperti filem Puteri Gunung Ledang (2004). Arwah Mamat Khalid memang tiada galang gantinya dan  Astro rasa bangga selama sedekad bekerjasama bersama arwah. 


Pengarah Amen Khalid pula bagitahu yang Mama dia banyak bagi sokongan dan semangat untuk sempurnakan kerja-kerja arwah. Tanggungjawab untuk siapkan naskhah tu sangat besar supaya konsep tak lari jauh dari apa yang digambarkan dalam skrip. 


Mamat Khalid pernah bagitahu Aziz M. Osman yang Amen akan ganti dia sebab tu tak ada perbezaan sangat pun karya franchise terkenal ni di bawah arahan Amen dengan arwah Mamat Khalid. Amen pun selalu ada dekat set penggambaran semua movie Kampung Pisang atau Hantu Kak Limah sebagai Assistant Director. 

Aziz M. Osman pernah bergurau nak buat tema Krismas dekat Kampung Pisang. Walaupun arwah dah tak ada mungkin hajat tu akan dilaksanakan oleh Amen. Macam menarik jugak lah Krismas dekat Kampung Pisang sebab semua benda dah pernah jadi dekat kampung pelik tu jadi tak mustahil boleh turun salji jugak. 


Bila turn Bell Ngasri untuk share pengalaman pula dia bagitahu yang suara Amen lebih kurang je dengan arwah Mamat Khalid sebab tu dia rasa tak banyak sangat pun yang berbeza. Amen selalu ada dekat set dan gantikan arwah setiap kali penat bekerja. Mamat Khalid pun dah ajar Amen berkenaan semua watak yang wujud di Kampung Pisang. Semua proses Amen dah tahu, tinggal nak shoot je selepas arwah pergi. 

Datin Eina pula kongsi tentang watak Che Mek iaitu hantu air yang muncul di Kampung Pisang dan sering mengganggu watak Gerhana. Datin Eina kata dia sebenarnya sibuk dengan penggambaran drama lain tapi disebabkan watak Che Mek ni perlukan dia untuk menyanyi, bersilat dan menari, sayang lah kalau dia lepaskan peluang tu. Boleh kata keluar dari comfort zone dia sebagai pelakon. 


Masa sidang media ni pun Datin Eina berehat kejap dekat set penggambaran drama lain. Happy bila Datin Eina jawab soalan I walaupun dah hujung waktu. Datin Eina kata apa yang dia lakonkan dekat set Kampung Pisang sebagai Che Mek tak mungkin sama dengan filem lain atau filem akan datang. Pengalaman dia buat semua stunt sendiri tu manis untuk dia. Masa shoot scene bersilat dengan Yati di pantai tu, Anis Nisham tertumbuk hidung Datin Eina sampai terbaring. Memang sakit tapi pengalaman tu sangat berharga dan takkan dilupakan. 


Satu jam rasa macam sekejap sangat dekat sidang media Kampung Pisang Berbuah Dua Kali ni. Rasa seronok dapat jumpa semua pelakon terutamanya Datin Eina. Hopefully watak Che Mek boleh buka peluang untuk dia berlakon dalam women-centric movies yang dihasilkan oleh pengarah-pengarah ternama. Anyway, terima kasih Astro untuk peluang manis ni. All the best pengarah Amen Khalid untuk naskhah seterusnya. You did your best :)

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.