TV Show Review | Treasure Map Season 1 Episode 23 🔎

Monday 14 March 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account, vLive
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episodes (21.51 minutes for episode 23)
Release Date : 17 January 2020 – 24 July 2020
Video : 


Lepas lama berehat, staff YG bawa Treasure ke theme park untuk buat aktiviti berkelah dan Treasure Hunt. Aktiviti ni digabungkan sekali sebab Treasure perlu cari 100 kertas tersembunyi untuk makan tengahari di taman tema tu. Setiap kertas mempunyai nama makanan, minuman atau objek. Ada juga kertas yang tertera ‘Nothing’. Malang lah siapa yang dapat kertas ni sebab besar kemungkinan akan berlapar masa picnic nanti. 


Fun fact, tahun 2009 dulu Big Bang buat content pergi theme park pun kena pakai mask dan beratur macam orang biasa sebab YG Entertainment belum ada nama lagi. Tahun 2020, YG Entertainment sewa satu theme park untuk Treasure main dan picnic dekat situ. Kelakar bila teringat iKON dengan Winner terkejut Treasure dah ada dorm sendiri padahal masa diorang trainee dulu tidur dekat lantai. Kalau Big Bang jumpa Treasure mesti keluar ayat ‘Zaman kitorang dulu……’


Mixed feelings tengok game ni sebab kesian diorang kena mencari satu taman apa nak makan untuk lunch nanti. Haruto dapat aiskrim dengan sudu je. Dia dah cakap dia tak larat nak main lepastu dia pakai lens so tak boleh aktif sangat. Asahi pulak dapat sour candy, wipes dengan tissue. Patutnya staff letak banyak lagi makanan berat sebab makan tengahari kot. I tak boleh betul kalau bab makan ni, dah la kena main game lepastu dapat makanan yang idak-idak je. 


Memandangkan Treasure ada 12 orang members, cameraman pun ada 12 orang jugak lah untuk setiap seorang ahli. Dekat tangan Treasure pun ada self camera dan tripod jugak sebab ada part cameraman tak terkejar nak rakam diorang. Memasing muda lagi, energy level tinggi, aktif pulak tu. Comel je tengok Yoshi dengan Asahi main aci ligan sambil gelak kanak-kanak riang. Comel jugak bila tengok Asahi happy dapat satu tin Coke sebab Coca-Cola fav drink dia. 

"My condolences to the cameraman who got no.1 racer JAE HYUK" - Editor


Sweet tengok Jeongwoo care dengan Hyunsuk sebab hyung dia tak dapat makanan best lepastu bagi satu lagi menu dekat Haruto sebab kesian. Yedam pun sweet jugak sebab bagi kertas dia jumpa dekat Haruto. Sejak jadi desk buddy dalam Episod 13 - 14 makin rapat pulak diorang berdua. Doyoung paling kesian dapat makan Apollo je. Dah la dia memang lemah bab main game. No wonder lah Hyunsuk care lebih dekat dia sampai semua member jealous. Junkyu pulak sibuk main dengan arnab comel dekat taman tu sampai tak kisah langsung dapat makan ke tak. Dia ajak yang lain cari sama-sama tapi semua bolayan je. 


Masa diorang mencari menu untuk makan, ada hadiah bernilai $300 untuk sesiapa yang berjaya jumpa harta karun tersebut. Power betul Asahi dapat jumpa padahal Jeongwoo dah lalu depan mata pun tak perasan langsung. Tapi kesian lah sebab harta tu kena kebas dengan baby cow. Yoshi comfort Asahi masa dia patah hati. $300 kot, boleh beli banyak benda. Masa staff announce pemenang tu Jaehyuk comfort Asahi siap cakap sorry dalam Bahasa Jepun. Kalau jadi Asahi pun nangis jugak. 


Lepas makan tengahari, Treasure dapat main dekat theme park tu. Awal tu muka memasing happy kemain tapi bila dah beberapa round mula lah pening. Haruto sampai nak termuntah lepas turun dari ride tapi muka dia nak termuntah pun handsome. Kalau kita dah serupa ayam berak kapur je campur zomba. Extra footage untuk episod ni comel sangat. Thanks Doyoung.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.