TV Show Review | Treasure Map Season 1 Episode 2

Sunday 13 March 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Yoshinori, Mashiho, Asahi Hamada, Haruto Watanabe, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account, vLive
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episodes (14.50 minutes for episode 2)
Release Date : 17 January 2020 – 24 July 2020
Video : 


Happy tengok intro Episod 2 ni sebab start dengan self camera Haruto. Muka dia baru bangun tidur pun comel apatah lagi suara dia yang serak garau tu. Memandangkan hujung minggu Treasure tak ada aktiviti macam dalam Episod 1, team production bagi setiap ahli self camera dengan tripod untuk rekod aktiviti diorang untuk masuk dalam rancangan Treasure Map ni. 


Haruto ajak Jeongwoo dengan Jaehyuk keluar exercise dengan dia dekat taman depan apartment rumah diorang supaya diorang dapat makan ramen. Haruto ajak Junkyu join sekali tapi Junkyu sejenis yang suka tidur seharian dalam bilik. I familiar lah dengan taman dan kedai serbaneka yang diorang pergi sebab selalu nampak tempat-tempat ni masa Yunhyeong pergi ride dalam Songchelin Guide

Settle aktiviti pagi, aktiviti tengahari dari Hyunsuk dengan Jihoon pula jalan-jalan cari makan di Seoul. Memandangkan rancangan ni shoot sebelum Treasure debut, tak ada masalah langsung untuk diorang berkeliaran sebab tak ramai yang kenal melainkan diorang pernah tengok YG Treasure Box (2018). Meriah tengok lunch set dari Hyunsuk dengan Jihoon sebab diorang order bossam (boiled pork wrap) dengan jokbal (peha babi masak 3 rasa haha). Dah habis makan, diorang pergi beli aiskrim sebagai pencuci mulut. 


Masa tengok Jihoon beli mint choc teringat dekat Chanwoo sebab dia tak suka mint choc. Patutnya Chanwoo ajak Jihoon buat review sekali confirm sakan berdebat mana satu yang sedap. By the way I harap Hyunsuk tak nangis masa aiskrim dia jatuh sebab clumsy T.T

Aktiviti petang diambil alih oleh Junkyu, Junghwan dengan Jaehyuk main game dekat cyber café. Perangai lebih kurang macam iKON masa zaman awal debut dulu suka lepak dekat cyber café sebab makanan dekat situ sedap. Asahi pula spend time dalam bilik dia je sebab dia sejenis introvert yang kreatif. Kebanyakan lukisan dalam bilik dia dihasilkan sendiri. Comel je Asahi minta maaf sebab akan diam sepanjang video berjalan sebab dia orang Jepun jadi penguasaan Hangeul dia masih lemah lagi. Segan nak bercakap depan kamera pun satu hal jugak.


Lepas jam 5 petang, semua ahli Treasure berkumpul dekat studio untuk dance practice lagu Going Crazy. Banyak kali jugak lah Treasure guna lagu Going Crazy sampai orang syak lagu tu lagu debut padahal Treasure debut dengan lagu Boy. Antara Boy dengan Going Crazy, I fall in love with Going Crazy. Belah malam Yoshi, Mashiho, Yedam dengan Doyoung main basketball sementara Asahi gubah lagu untuk Mashiho dan Haruto. 


Aktiviti terakhir Treasure, tengok movie sama-sama dekat ruang tamu dorm atas. Hyunsuk, Junkyu, Jihoon, Haruto, Jaehyuk, Junghwan dengan Jeongwoo nak layan movie seram. Takt ahu kenapa Hyunsuk dengan Jihoon ada sekali padahal dua-dua pun penakut. Hyunsuk sampai menggigil bila hantu keluar. 


Walaupun rancangan Treasure Map tayang dekat vLive dengan Youtube channel je tapi boleh nampak lah staff YGE all out untuk rancangan ni. Staff YGE provide self camera dengan tripod dan juga microphone sorang satu. ASMR microphone pun ada untuk aktiviti makan-makan. Kalau guna self-cam ni bahaya sikit lah sebab ada masa dia blurry sebab tak steady. Nak pula bila diorang tengah aktif bergerak. 

Perbezaan yang ketara antara Treasure dengan sunbaes diorang, yang lain semua muka ketat walaupun sejenis yang handsome ataupun cantik tapi Treasure semuanya comel-comel. Bukan setakat muka comel, perangai pun comel. Memang keluar betul dari kebiasaan YG Entertainment. Tak sabar nak tengok Episod 3!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

  1. Syoklah kalau diorang ni comel.. kita yang tengok pun best..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.