Movie Review | Dil Maange More (2004)

Saturday 12 March 2022



Director : Anant Mahadevan
Writer : Anant Mahadevan, Javed Siddiqui, Kiran Kotrial
Cast : Shahid Kapoor, Soha Ali Khan, Ayesha Takia, Tulip Joshi, Gulshan Grover, Zarina Wahab
Production Company : Fourth Wall Pictures
Distributor : Sahara Motion Picture
Genre : Romantic / Comedy
Running Time : 123 minutes
Release Date : 31 December 2004
Trailer : N/A

Dah lama nak tengok movie zaman Shahid Kapoor comel tapi disebabkan movie ni movie lama, ambil masa lah nak cari. Selalunya kalau cari bukan jumpa pun, bila tak cari baru lah muncul depan mata. Sekarang ada streaming platform kan, tunggu je lah production house sudi jual dekat mana. Rasanya movie ni selalu je tayang dekat TV3 sebab ada beberapa scenes macam ingat ingat lupa. 


Movie romantic comedy ni mengisahkan tentang kisah cinta Nikhil Mathur (Shahid Kapoor) yang tak kesampaian bila Neha (Soha Ali Khan) nak berpindah ke Mumbai untuk kejar cita-cita dia sebagai pramugari. Nikhil yang sayang dengan Samarpur dan perlu jaga kolej warisan datuk dia merayu supaya Neha ubah fikiran. 

Nikhil buat keputusan untuk tunggu Neha di Mumbai sampai lah dia setuju untuk balik ke Samarpur. Awalnya Neha terharu lah tapi sampai satu tahap dia pun rimas dengan perangai pushy dan clingy Nikhil. Sudahnya Neha buat keputusan untuk putuskan hubungan dengan Nikhil sebab jadi batu penghalang antara dia dan kerjaya. 


Patah hati dengan keputusan Neha, Nikhil berjumpa dengan Sara (Tulip Joshi) di kedai musik, Planet M kepunyaan A.R Rehman (Gulshan Grover) lalu jatuh cinta tapi Sara pula tak boleh move on dengan bekas tunang dia. Tak lama kemudian Nikhil dapat tahu Shagun (Ayesha Takia) menaruh hati pada dia tapi Nikhil jadi takut lepas dua kali gagal dalam perhubungan. 

Movie Dil Maange More ni tak ada plot atau konflik yang berat pun even ketiga-tiga watak perempuan yang muncul dalam hidup Nikhil datang secara bergilir dan pergi dengan alasan yang kukuh. Cukup kukuh untuk Nikhil mulakan hubungan baru dengan orang lain tapi dalam masa yang sangat singkat. Ye lah, siapa je tak nak bercinta dengan Nikhil. Dah lah handsome, comel pulak tu. Kalau kahwin dengan dia, boleh relaks duduk dekat Samarpur tak payah kerja dah. 


Neha je lah tak nak dengan Nikhil sebab dia dah ada kerjaya bagus. Kalau ikutkan tak salah pun Neha kejar cita-cita dia sebab dia wanita berdikari tapi zaman dulu, mana-mana perempuan yang nak mengorak langkah lebih jauh mesti dilabel sebagai watak jahat. Selalu kena pilih antara kahwin dengan kerjaya. Bukan Nikhil je yang halang Neha, even ayah kandung Neha sendiri tak faham dengan impian anak tunggal sampai minta Nikhil bawa Neha balik dan sedarkan Neha dari entah apa? Mak Nikhil pula nak bermenantukan Neha je, dah tak memasal Nikhil kena pergi Mumbai melangut dekat sana. 


Sinematografi Dil Maange More cantik sebab berlatarkan kawasan pergunungan di Samarpur, India dan Mumbai. Nikhil selalu mention pasal keindahan 7 pelangi di Samarpur sebab tu dia suka tinggal dekat Samarpur. Menariknya movie ni shoot lagu diorang dekat Malaysia macam lagu Maine Chun Liya shoot dekat Bukit Tinggi. Lagu Kubaku Mujhe Tu pula dekat kawasan Dataran Putrajaya. Semua lagu dalam music album Dil Maange More digubah oleh komposer Himesh Reshammiya tapi tak semua lagu best. My favorite pick, Aisa Deewana dengan Maine Chun Liya. 


Movie Dil Maange More ni movie ketiga Shahid so boleh nampak lah dia still stuck dengan persona SRK. Chemistry dia dengan Soha pun tak kuat mana sebab Soha baru debut masa ni walaupun screentime Soha paling banyak. Klimaks cerita ni macam kelakar pun ada sebab merepek tapi untuk light entertainment, layankan je lah. Punca utama tengok pun sebab Shahid Kapoor comel. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.6 = 6.5/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.