TV Show Review | Treasure Map Season 1 Episode 16 - 17 ⚽️

Monday 14 March 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account, vLive
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episodes (20.41 minutes for episode 16, 20.03 minutes for episode 17)
Release Date : 17 January 2020 – 24 July 2020
Video : 


Kalau sebelum ni staff YG Entertainment buat warm up untuk Treasure sebelum masuk Idol Star Athletics Championships (ISAC) dalam Episod 9, kali ni YG staff buat hari sukan untuk tengok kebolehan Treasure dalam bidang sukan pula. Lepas 15 episod Treasure Map bersiaran, tak sangka Asahi berani volunteer jadi MC untuk episod ni. Itupun mengah dia nak habiskan satu rangkap introduction. 


Untuk aktiviti Athletics Championship ni, ahli Treasure berpeluang menang hadiah untuk sesiapa yang dapat markah paling tinggi ataupun hadiah kepada tukang sorak terbaik. Funny Award pun akan diberikan kepada ahli yang menghiburkan. 

Lepas angkat sumpah, Treasure perlu buat lompat jauh sebagai warm up. Yang paling jauh akan dapat markah paling tinggi. Rules dalam lompat jauh ni senang je bila staff akan kira jarak dari starting line ke tempat kaki pijak. Kalau sekiranya kaki ke belakang sebab nak seimbangkan badan pun akan dikira. Junkyu gelak dekat orang tapi bila sampai dekat turn dia, hasilnya lagi teruk dari yang lain. 


hyunsuk : safety comes first, be careful you dont get hurt
also hyunsuk : GET HURTS

Dalam aktiviti ni Hyunsuk tak aktif sangat sebab ibu jari kaki dia cedera, so dia banyak cheering dan jaga member lain. Yoshi dengan Hyunsuk paling care dengan semua member. Since Treasure belasan tahun lagi, kalau bab bersukan ni memang lupa diri lah especially maknae line. Tapi Jihoon yang dah tua pun sama masuk air jugak sampai Hyunsuk kena control dia. 


Acara kedua ialah ukur fleksibiliti setiap ahli Treasure. Ada yang boleh lipat badan macam smartphone, ada yang tak bergerak langsung dan ada jugak yang terkena renjatan elektrik setiap kali tangan nak cecah besi pengukur. 


Acara ketiga pula ialah Sit-ups. Aktiviti yang nampak mudah tapi tak semua ahli Treasure mampu buat terutamanya Doyoung yang terkejut dia mampu cecah sampai 23 padahal Junghwan boleh cecah sampai 81. Settle sit-ups, Treasure kena lari 100 meter untuk rebut markah tapi macam kesian dekat Hyunsuk sebab staff tak bagi yang lain ganti. 



Dalam Episod 17 Treasure dibahagikan kepada dua kumpulan dan Mashiho dengan Junghwan dapat pilih ahli mana yang diorang nak untuk ada dalam kumpulan masing-masing sebab both of them currently in lead. 

Team Mashiho – Jeongwoo, Yedam, Yoshi, Haruto, Doyoung
Team Junghwan – Jihoon, Jaehyuk, Junkyu, Hyunsuk, Asahi


Acara keempat kedua-dua kumpulan kena main sukaneka untuk build up teamwork. Tapi ada game yang Hyunsuk tersiksa sikit nak main sebab kaki dia sakit. Settle sukaneka diorang main tarik tali, lompat getah dengan lompat belon. Acara terakhir ialah Obstacle Relay Race. Staff dah bagi warning “Avoid screenshots if you love TREASURE” sebab tak mampu nak cover muka 12 orang yang excited main semua game. 


Walaupun Junghwan dengan Mashiho leading dengan markah tinggi dekat awal episod, sudahnya dua-dua terpaksa redho dengan markah asal boleh sebab Junkyu, Jihoon, Jeongwoo dengan Jaehyuk. Diorang bukannya nak bersukan sangat tapi lebih kepada main je. Lagi teruk lah mainnya sebab ada Funny Award. Tapi bagus juga diorang ni wujud sebab terhibur sampai sakit perut layan Treasure Map. 


Yoshi sweet sangat dalam dua episod ni sebab care dengan semua member. Dia menang hadiah pun still nak berkongsi dengan yang lain sebab dia suka dengan cara Hyunsuk yang selalu bagi contoh baik kepada semua member jadi Yoshi pun nak praktikkan sifat baik Hyunsuk. Awwww~! 


Masa tengok YG Treasure Box impressed dengan Yedam sebab ada bakat menyanyi, gubah lagu, top 2 pelajar pandai dekat sekolah even bagus dalam sukan. No wonder lah ramai peminat. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.