TV Show Review | Treasure Map Season 1 Episode 24 ☠️

Monday 14 March 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account, vLive
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episodes (26.10 minutes for episode 24)
Release Date : 17 January 2020 – 24 July 2020
Video : 


Nama aktiviti On A Summer Evening dalam Episod 24 ni macam nama movie rom-com je padahal aktiviti seram bila Treasure kena masuk rumah berhantu lepas tu cari harta karun. I tak suka masuk rumah hantu except the one at Sunway Lagoon – Night of Fright tu lah sebab hantu omputeh tak seram sangat. Bila tahu aktiviti ni pasal apa terus kesian dekat Hyunsuk sebab dia paling penakut. Masa dalam Episod 2 pun Hyunsuk dah menggeletar bila Treasure tengok cerita seram. 


Misi pertama ialah misi berkumpulan bila Treasure kena berjalan ke arah bukit dan cari menara batu kemudian buat hajat di situ. Menara batu tu tak lah tinggi sangat pun tapi dibina untuk orang buat hajat. Setiap kumpulan diberi satu lampu suluh besar dan self camera beserta tripod. 

Kumpulan 1 – Hyunsuk, Haruto, Doyoung, Junghwan
Kumpulan 2 – Mashiho, Asahi, Junkyu, Jaehyuk
Kumpulan 3 – Yedam, Yoshi, Jihoon, Jeongwoo


Nak sampai ke bukit tu makan masa jugak lah sebab memasing pun penakut. Haruto dah menjerit sakan bila terpijak daun kering. Hyunsuk apatah lagi. Jihoon dengan Jeongwoo menjerit sebab terkejut dengan kunang-kunang. Baru misi pertama dah nak menangis, belum masuk misi kedua yang lagi mencabar sebab aktiviti individu. 


Tak tahu kenapa Doyoung volunteer pergi dulu dan yang pastinya Hyunsuk nak yang paling last sekali. Rumah hantu tu tak seram tapi gelap yakmat sampai kena guna infrared camera. Masa tengok game ni macam nak marah jugak dekat staff YG sebab buat aktiviti ni secara individu padahal ramai yang penakut. Memang lah boleh dapat meme kelakar tapi kesian kot dekat diorang. Haruto sampai menangis teruk lepas keluar dari rumah hantu tu. Dia tak boleh nak bergerak pun sebab gelap sangat. Jeongwoo pun sama. Hyunsuk apatah lagi, nasib baik lah dia tak demam. 


Masa iKON buat aktiviti rumah hantu dalam iKON Idol School Trip (2017) dulu pergi berteman lepastu set tak seram sangat. Masa iKON jadi jemputan pun JuNe dengan Bobby buat misi sama-sama, B.I pula kena teman dengan MC program. 

Kelakar tengok reaction Asahi dekat dalam rumah hantu sebab dia tak takut langsung. Relaks je nyanyi lagu Going Crazy sambil siapkan mission. Boleh kata geng Jepun semua berani kecuali Haruto haha terserlah betul perangai baby dia. Staff YG sampai bagi jaket dengan jajan supaya dia berhenti menangis lepas keluar dari rumah hantu. Coml betul Doyoung comfort Haruto sampai dia boleh bahan orang lain T.T


‘After watching all twelve, I feel like we all are softies.’ – Doyoung

Bila tengok rumah hantu ni baru perasan yang rapper YG mostly memang penakut – Jennie Blackpink, Mino WINNER, Bobby iKON, B.I, Hyunsuk, Haruto. 

"What if I scream so loud and can't rap on stage" - Haruto


Lepas habis mission kedua ni Yoshi terus balik ke dorm untuk prepare General Educational Development (GED) test. Dah 24 episod Treasure Map bersiaran baru tahu Yoshi ambil test tapi dia okay je nak join shooting Treasure Map lepastu practice dekat studio. Penat kot buat 3 benda dalam satu masa macam Yedam dalam YG Treasure Box dulu terpaksa catch up dance steps lepas balik dari exam dekat sekolah. Yoshi dengan Yedam sama-sama top students dekat sekolah, maybe that’s why diorang boleh perform. Anyway, congrats Yoshi for passing the GED test! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.