Breakfast Dengan Dunkin's Donut

Thursday 17 March 2022

Awal pagi lagi Ms Fisah dah call ingatkan sebab ada pending documents ke apa sebab suara dia macam scary je rupanya dia nak tanya I nak tak Iced Latte. Gila ke tak nak? Mestilah nakkkkk!


Ni first time I minum kopi dari Dunkin's Donut sebab dekat area rumah atau office tak ada Dunkin's Donut. Kalau jalan-jalan dekat luar pun malas nak menyinggah sebab selalunya ramai orang. Dekat area rumah Ms Fisah ada satu outlet dia so boleh kata dia selalu menyinggah beli breakfast dekat situ. 


Cuak jugak masa nak try Iced Latte dari Dunkin's Donut ni sebab takut tak ngam dengan tekak tapi kalau tak cuba tak tahu, ye dak? First sip dah happy sebab sedap hehe so maknanya apa kawan-kawan? Maknanya kena beli lagi lepas ni. 


Bab makan pulak dah biasa dah dengan donat dari Dunkin's Donut ni sebab setiap kali ada potluck mesti ada yang bawak Dunkin's Donut sampai memasing dah ada favorite donut. Yang ni I tak tahu pun Ms Fisah belikan donut filling chocolate pudding sekali. Jenis bomboloni cenggini Dunkin's Donut buat je sedap sebab tak melimpah sangat coklat dia. Just nice dengan amaun roti tu. Donut dia pun gebu. 

Happy betul bila breakfast dengan set makanan yang sedap. Thanks belanja Ms Fisah, semoga rezeki you makin bertambah-tambah hehe

3 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.