Enam Selebriti Bertopeng Mara ke Pentas Separuh Akhir, Say Bye Bye to Bujang Senang!

Saturday 19 March 2022

Lapan minggu sudah berlalu, kini pentas Separuh Akhir pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri The Masked Singer Malaysia (TMSM) bakal menyaksikan 6 selebriti bertopeng membuat persembahan dan berentap demi gelaran juara musim kedua The Masked Singer Malaysia!

Minggu kelapan yakni suku akhir program yang pernah menjadi ‘trending’ di portal media telah menyaksikan tiga selebriti – Raja Semut, Si Merak dan Bujang Senang – di ‘bottom three’. Malang sekali dengan markah terendah sebanyak 82.00%, identiti penyanyi dan pelakon Sabhi Saddi di sebalik kostum Bujang Senang terpaksa didedahkan kepada juri dan para audiens kerana tersingkir.

Menurut Sabhi Saddi, antara taktiknya untuk mengelirukan para juri adalah dengan menggunakan suara yang serak ketika menyanyi. Malangnya, dia tetap kantoi. “Bila orang dah kenal saya lama, orang tu pasti akan kenal saya. Saya kenal Paknil dah lama, jadi dia tahu saya punya kelebihan dan kelemahan”, katanya apabila diteka tepat oleh para juri. Namun, si nakal Bujang Senang ini rasa sangat bersyukur kerana akhirnya dia sampai juga ke minggu suku akhir.

“I’ve tried my best dan setakat itulah rezeki saya di sini”, tambah Sabhi Saddi.

Di kalangan para juri pula, Zizan Razak meraih satu lagi markah dengan tekaan tepatnya, lantas menjadikannya juri dengan markah paling tinggi setakat ini, diikuti oleh Aznil Hj. Nawawi yang juga dapat meneka dengan tepat.  Si bijak dan si dekan tetap menjadi juri yang kekal di tangga teratas.

“Hei.. itu adik aku lah!”, kata Aznil Hj. Nawawi apabila dia seorang sahaja yang dapat meneka klu Sabhi Saddi, iaitu dengan menggunakan tarikh lahirnya sendiri. Memang betul si dekan ye!

Sementara itu, minggu kelapan menyaksikan Seladang, Orkid dan Burung Hantu berada di tangga teratas dengan masing-masing mencatatkan markah sebanyak 92.67%, 89.33% dan 89.11%. Dengan pemergian Bujang Senang, hanya enam selebriti di sebalik topeng Seladang, Orkid, Burung Hantu, Rambutan, Ratu Semut dan Si Merak mara ke minggu separuh akhir.


Siapakah yang bakal merebut gelaran sebagai juara The Masked Singer Malaysia musim kedua? Ikuti program mengujakan ini di Astro Warna (Saluran 127) dan Warna HD (Saluran 107) pada setiap Jumaat, jam 9 malam.

Program ini juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan di aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

4 comments

  1. Orkid dengan Burung Hantu tu hebat betul. berturut² BH stay top. mudahan berjaya sampai juara

    ReplyDelete
  2. Tinggi2 markah mereka
    tak macam markah pesetra2 kat BS

    ReplyDelete
  3. Agak-agak sape la yer jadi juara tu

    ReplyDelete
  4. Siapalah yang menang nanti ni ye..saingan nampak sengit belaka

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.