TV Show Review | Treasure Map Season 1 Episode 3

Sunday 13 March 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Yoshinori, Mashiho, Asahi Hamada, Haruto Watanabe, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account, vLive
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episodes (19 minutes for episode 3)
Release Date : 17 January 2020 – 24 July 2020
Video : 


Bersambung dari Episod 2 di mana Treasure habiskan masa di hujung minggu dengan aktiviti Seoul Tour kepada ahli-ahli yang berasal dari Jepun. Kumpulan pertama – Junkyu, Jihoon dengan Jaehyuk melawat Seoul bersama Haruto dan specifically pilih kawasan Ikseon-dong di daerah Jongno. 

Dekat kawasan ni banyak bangunan dengan senibina yang berkonsepkan tradisional dan moden digabungkan bersama. Dari luar senibina bangunan yang dibina pada tahun 1920 digunakan sebagai café dan kedai makan menarik untuk tarik lebih ramai pengunjung. Salah satu cara Korea mengekalkan budaya dan warisan mereka. 


Dekat dalam Episod 3 ni boleh nampak lah macam mana Treasure nak sampai ke kawasan Ikseon-dong menggunakan subway. Banyak turun naik tangga lah sebab guna subway tapi terpaksa lah Junkyu bertabah sebab misi dia nak tengok Haruto happy jalan-jalan dekat Seoul. Nak pula kawasan Jongno ni kena berjalan kaki sepanjang di sana sebab jalan di kawasan tu agak sempit. 

Sementara tu Kumpulan 2 – Yedam, Jeongwoo dan Junghwan bawa Mashiho jalan-jalan di kawasan Namsan pada waktu malam. Walaupun berbeza waktu tapi team production bersilih ganti antara dua kumpulan supaya video nampak lebih menarik. Sebelum naik ke Menara Namsan, Kumpulan 2 singgah makan Tonkatsu dulu. 


Untuk aktiviti Seoul Trip ni, kedua-dua kumpulan dapat bajet $100, kiranya setiap seorang dapat $25 untuk belanja sepanjang di Seoul. Kumpulan 1 craving nak makan kek famous dekat Jongno. Bila dah dapat menu baru nampak harga untuk sebiji kek tu mahal. Sudahnya 4 orang share satu kek tapi bila muka memasing happy bila makan tu memang nampak sangat lah kek tu sedap. Tengok tekstur dia yang gebu pun dah boleh agak macam mana lembutnya bila masuk dalam mulut. 


Sama juga dengan Kumpulan 2 bila Yedam dengan Jeongwoo dengan rela hati berkorban panjat tangga tinggi dalam cuaca sejuk gedi sebab nak bagi Mashiho merasa naik Menara Namsan guna kereta kabel. Sweet betul tengok friendship diorang. 

Lepas Kumpulan 1 dah habis makan, diorang pergi tilik nasib sebab murah je $4 untuk satu tahun punya penilaian. Masa Jaehyuk baca tilikan nasib dia, macam betul jugak lah tu sebab Treasure menang banyak award bila Treasure debut dengan lagu Boy. 


December 2020:
MAMA— Rookie Of The Year, Worldwide Fan Choice
Seoul Music Awards – Best New Artist
Golden Disk Award – Rookie Artist Award
Euro Kpop— Rookie Of The Year
2020 KBS World Radio Survey— Rookie Of The Year
1st Korean Brand Awards— Rookie Of The Year

Sama macam episod sebelumnya, masa Seoul Tour, staff YGE provide self camera dengan tripod dan juga microphone sorang satu. Bila guna self-cam ni bahaya sikit lah sebab ada masa dia blurry sebab tak steady. Nak pula bila diorang tengah aktif bergerak. Nasib baik lah dalam episod ni semua shot cantik je walaupun pada waktu malam. 


Happy tengok Episod 3 ni sebab kita pun rasa pergi jalan-jalan sekali dengan Treasure. Yang paling best haruslah tengok Kumpulan 1 sebab ada Haruto. Lagi satu sebab diorang pergi ke kawasan Jongno. Sebelum ni selalunya tengok idol group pergi Namsan so bila Kumpulan 1 pergi situ rasa excited lah. Nak tunggu diri sendiri yang pergi entah bila gamaknya. Sempadan negara dah buka pun, pitih enggak ada. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

  1. Aktiviti macam nie seronok tengok.. rasa macam jenjalan sama..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.