TV Show Review | Treasure Map Season 1 Episode 19 🚨

Monday 14 March 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account, vLive
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episodes (22.39 minutes for episode 19)
Release Date : 17 January 2020 – 24 July 2020
Video : 


Aktiviti Treasure dalam Episod 19 ni simple dan tak banyak pergerakan sangat pun tapi disebabkan masing-masing dari awal lagi dah dapat mission, kemain riuh satu rumah tu. Aktiviti untuk episod kali ni ialah Mission Impossible di mana staff akan susun kad yang mengandungi mission dan juga nama ahli Treasure. Boleh kata ikut nasib masing-masing lah bila tarik kad tu dapat mission apa dan nama siapa. 


Jaehyuk : Get into Jeongwoo’s arm
Asahi : Piggyback Haruto
Haruto : Get Yedam to pat your butt
Yedam : Get a back-hug from Junkyu
Junkyu : Stop Hyunsuk from clapping
Yoshi : Get Doyoung to pat your head
Doyoung : Make Asahi wink at you
Jeongwoo : Make Junghwan drink water
Junghwan : Take off Jihoon’s shoe
Jihoon : Twirl with Mashiho while holding hands
Mashiho : Get a piggy back from Jaehyuk
Hyunsuk : Apply lip balm on Yoshi’s lip


Semua mission ni kena buat sebelum tempoh masa yang diberikan staff tamat. Dalam masa yang sama Treasure kena lipat 50 keping kotak macam dalam movie Parasite. Ada yang mission mudah sangat nak buat, ada yang memang mustahil sebab susah macam mission Haruto, kena buat Yedam tepuk punggung dia. Sama jugak dengan Junkyu kena halang Hyunsuk dari tepuk tangan padahal ketua dia 50 kali tepuk tangan dalam setiap episod. Siapa yang gagal akan dapat penalti. 


Settle lipat kotak, Treasure dapat mission kedua pula di mana mereka akan diberikan objek untuk dijaga sepanjang tempoh masa yang diberikan oleh staff. Sementara mission ni berjalan, Treasure kena kopek kulit kacang sampai habis. Ada yang dapat objek besar, ada yang dapat kecil ataupun mudah untuk disorok. 


Doyoung memang malang betul nasib dia dari mission awal lagi. Dah la dia memang tak pandai main apa-apa game sampai Asahi pun give up lepas kena jerit pantie dalam Episod 9 dulu. Punya lah geram bila dia gagal sorok objek dia, Doyoung balas dendam makan epal kepunyaan Jeongwoo padahal dia ada alergi dengan buah epal. Paling kelakar Asahi lah tenang je kopek kacang dari awal sampai habis tanpa hirau langsung kekecohan yang wujud dekat situ. 


Mission terakhir pula kena lipat 500 paper cranes dan dalam masa yang sama selesaikan misi yang diberikan secara berpasangan. Walaupun misi kali ni senang dan sekejap je boleh habiskan tapi nak lipat 500 paper cranes tu yang azab. Comel je Yedam dapat misi kena selfie dengan Asahi walaupun diorang awkward masa dalam Episod 8, pergi jalan-jalan dekat Iksan tu. 

Happy tengok episod Mission Impossible ni sebab dapat tengok Treasure have fun buat mission. Staff pun kreatif sebab bagi aktiviti yang senang dan menarik untuk content Treasure Map. Editing diorang yang kelakar antara punca tengok banyak kali pun tetap terhibur dengan Treasure. 


Yang dapat penalty terpaksa lah redho dengan takdir hidup diorang sebab ada penalty yang extreme macam bungee jumping. Sweet je bila Haruto pujuk Junkyu buat penalti dengan dia sebab kalah misi pertama. Dalam episod ni friendship Haruto dengan Yedam still sweet and strong walaupun tak banyak airtime diorang. 


Happy tengok Haruto dapat berkawan dengan yang lain sebab dia selalu sedih tak dapat pergi sekolah gara-gara jadi trainee dekat YG sejak umur 12 tahun. Kalau doyoung, Yedam dengan Jeongwoo sembang pasal sekolah, dia rasa left out tapi Treasure cepat-cepat pujuk balik sebab tak nak dia menangis. Kalau lah Haruto tahu pergi sekolah tu tak best tapi dia mungkin tak rasa part tak best tu sebab dia handsome and famous hshshs

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10


Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.