TV Show Review | Treasure Map Season 1 Episode 18🎵

Monday 14 March 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account, vLive
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episodes (20.03 minutes for episode 18)
Release Date : 17 January 2020 – 24 July 2020
Video :

 

Excited nak tengok episod Music Game ni sebab ada banyak video Treasure dari episod ni dekat TikTok especially part Haruto menari lagu Blackpink. Dalam game ni Treasure dibahagikan kepada 3 kumpulan dan berpeluang untuk menang sebuah laptop. Walaupun Treasure selalu tengok TV show setiap hari Sabtu teka lirik lagu tapi tak semestinya diorang boleh menang dengan mudah. Nak teka lirik lagu Re-Bye – AKMU pun makan masa. 


Memandangkan episod 18 ni buat aktiviti berkaitan dengan lagu jadi meriah lah dengan lagu famous under YG Entertainment. Treasure pun semuanya YG stan, VIP, BLINK, BlackJack dengan iKONIC. 

- AKMU : Re-Bye
- Bobby x Mino : Hit Me
- Bobby – Holup
 - Mino – I’m Him
- BIGBANG : Last Farewell, Bang Bang Bang, Fxxk It
- BLACKPINK : Boombayah, Playing With Fire, Kill This Love, As If It Is Your Last
- iKON : Rhythm Ta, Killing Me
- GD x Taeyang : Good Boy
- Jennie : SOLO
- Daesung : Look At Me, Gwisoon
- G-Dragon : One Of A Kind
- 2NE1 - Fire
- CL – The Baddest Female


Walaupun meriah tapi kalau gagal teka lagu tu confirm rasa bersalah bila berselisih dengan sunbaenim diorang dekat bangunan YG ataupun terjumpa dekat cafeteria. Ada 3 game staff sediakan untuk Treasure dan setiap kali ada kumpulan yang menang dalam game tu, diorang boleh spin Prize Wheel. Ikut nasib lah boleh dapat laptop ataupun makan biskut kering je. 

Team YG – Jihoon, Haruto, Asahi, Jaehyuk
Team Laptop – Junghwan, Yedam, Jeongwoo, Mashiho
Team Laptop, Come – Hyunsuk, Junkyu, Doyoung, Yoshi


Game pertama kena pilih O ataupun X untuk soalan rambang yang ditujukan kepada ahli Treasure. Menang atau kalah bergantung kepada kejayaan ahli tersebut selesaikan misi yang diberi. Masa Jeongwoo dapat mission untuk teka tajuk lagu based on gambar Taeyang tu Haruto dah senyum dekat belakang siap hantar ucapan terima kasih dekat mak dia sebagai VIP hardcore yang stan BigBang sejak dia kecil. 


Game kedua ialah Relay Singing di mana setiap kumpulan kena sambung menyanyi lagu yang dipasang oleh staff. Kumpulan yang berjaya kumpul markah tertinggi akan menang. Nampak mudah je game ni nak pula bila staff bagi lagu yang memang Treasure layan. Tapi bila sampai part nak sambung lirik lagu tu mesti brain freeze. Lagi stress kalau team lain dah menjerit nak jawab bila kau lambat bagi jawapan. Kelakar tengok Junkyu copy suara Junhoe masa nyanyi lagu Killing Me sampai staff pun bagi nama Koo Junkyu. Rasanya Junhoe tengok Treasure Map jugak sebab dia ada mention dalam VLive nama ni.

 
Kelakar tengok game ketiga, Copy Dance sebab Jihoon tahu koreografi tarian mana yang Haruto boleh pickup once dia nampak. Gol dia bukan untuk ahli lain tahu tapi untuk ahli yang dekat hujung tut ahu. Walaupun koreografi popular dekat part chorus tapi kalau member tu obsess dengan tarian ular then orang kat depan kena la pass koreografi yang tu. Asahi dah boleh join drama Naagin dah lepas main game ni. 


Walaupun tak sangka ending untuk kumpulan yang menang ke arah tu tapi episod ni memang best sebab boleh have fun sekali dengan Treasure. Teu-bye~~~!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.