TV Show Review | Treasure Map Season 1 Episode 1

Sunday 13 March 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Yoshinori, Mashiho, Asahi Hamada, Haruto Watanabe, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account, vLive
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episodes (14.50 minutes for episode 1)
Release Date : 17 January 2020 – 24 July 2020
Video : 



Lepas tengok web drama Treasure, The Mysterious Class (2021) tahun lepas rasa tertarik pulak dengan Haruto. Bila scroll Tiktok pun penuh dengan video Treasure, nak pulak diorang baru je release album kedua so makin banyak lah content yang berkaitan dengan Treasure. Makin lama makin kenal ramai ahli Treasure. Alang-alang bosan kuarantin, layan lah variety show diorang dekat Youtube sebab satu episod pendek je dalam 22 minit kebanyakannya. 


Rancangan Treasure Map ni boleh kata marketing strategy YG Entertainment untuk kenalkan member Treasure dengan lebih dekat lepas survival show YG Treasure Box (2018). Memandangkan idol group Treasure pecah tradisi YGE dengan ahli seramai 12 orang, agak susah untuk ingat semua nama tambah pula ada muka yang lebih kurang sama. 

Untuk Episod 1, Treasure start dengan episod Mukbang 288 di mana mereka akan masak 144 tteokbokki dan 144 gimbap untuk ahli Treasure buat mukbang. Treasure dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk beli bahan memasak tapi dengan syarat tak boleh reveal kepada kumpulan lain atau berbincang bahan apa yang akan dibeli. Bajet yang diberikan pun terhad dan hanya dua bahan utama dari setiap menu saja dibenarkan. Kalau ada kumpulan yang dah beli tteokbokki lepastu kumpulan lagi satu pun beli tteokbokki haaa menangis lah tak jadi menu diorang. Jaehyuk dah pesan awal-awal guna otak semasa membeli sebab tempoh masa yang diberikan cuma 15 minit sahaja. 


Kumpulan 1 : Jaehyuk, Asahi, Yedam, Jungwoo
Kumpulan 2 : Hyunsuk, Yoshi, Doyoung, Haruto
Kumpulan 3 : Mashiho, Junkyu, Junghwan, Jihoon

Masa diorang shopping pun dah kecoh apatah lagi masa memasak sebab masing-masing pun tak pernah masak dalam kuantiti yang banyak. One thing for sure, kerjasama yang mainkan peranan utama walau berat mana pun sesuatu tugas tu. Masa Jaehyuk sedih tak tahu nak masak macam mana, Haruto bagi semangat. Aww comel!


Masa tengok episod ni geram tengok set dapur khas untuk episod Mukbang sebab kemas. Perkakas dan peralatan memasak pun lengkap tersedia untuk Treasure. Siap letak peti sejuk gedabak dekat dapur tu padahal Treasure tak guna pun sebab balik dari shopping terus masak. Tak pasti lah ni dekat set ataupun YGE sewa studio khas untuk Treasure. 

Walaupun rancangan Treasure Map ni tayang dekat vLive dengan Youtube channel je tapi boleh nampak lah staff YGE all out untuk rancangan ni. Boleh nampak ada ramai cameraman untuk 12 orang ahli, self camera dengan tripod masa diorang shopping dan juga microphone sorang satu. Siap ada ASMR microphone lagi YGE sediakan. Bab visual dengan audio memang tak ada masalah langsung. 


Baru episod 1 dah boleh nampak beza Treasure dengan sunbaes diorang. Kalau sunbaes diorang lebih berjimat bila berbelanja, iKON buat part-time untuk hasilkan music video sendiri dalam iKON TV (2018), Blackpink minta discounts dalam rancangan diorang, Treasure pulak suka hati flex apa diorang beli. Dasar millennials haha

Lagi satu perbezaan yang ketara antara Treasure dengan sunbaes diorang, yang lain semua muka ketat walaupun sejenis yang handsome ataupun cantik tapi Treasure semuanya comel-comel. Bukan setakat muka comel, perangai pun comel. Editing pun banyak kali keluar suara baby gelak. Memang keluar betul dari kebiasaan YG Entertainment. 


Mukbang is a good start lah untuk rancangan Treasure Map ni sebab masing-masing pun tengah kekok lagi depan kamera even leader pun segan lagi nak jadi MC. One thing for sure, next button is a must! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.