Drama Review | The Mysterious Class (2021)

Friday, 31 December 2021


Director : Ha Han Me
Writer : N/A
Cast : Choi Hyun Suk, Park Ji Hoon, Yoshi, Kim Jun Kyu, Mashiho, Asahi, Haruto, Bang Ye Dam, Yoon Jae Hyuk, Kim Do Young, So Jung Hwan, Park Jeong Woo, Jang Tae Hoon
Production Company : YG Entertainment
Distributors : YG Entertainment
Genre : Teen / Mystery / Horror 
Episodes :  8 episodes (20 minutes per episode)
Release Date : 12 November 2021 – 31 December 2021
Trailer :


Drama The Mysterious Class yang berlatarkan kehidupan pelajar sekolah menengah berasrama mengisahkan tentang para pelajar Kelas 4 di Treasure High yang mula menyedari kewujudan makhluk halus selepas guru kelas mereka, Ha Dong Min (Jang Tae Hoon) dimasukkan ke hospital akibat diganggu kemudiannya terjatuh di tangga sekolah. 

Cikgu Ha Dong Min menyerahkan tugas menjaga pelajar lain kepada ketua kelas, Kim Do Young sepanjang 15 hari ketiadaan dia di sekolah. Nak cari guru ganti pun tak lepas sebab setengah bulan je dia ambil cuti. Jadi semua murid dalam kelas tu kena lah belajar sendiri. Best lah diorang satu kelas tak payah belajar tapi stress lah dekat ketua kelas sebab kalau dia gagal walau hanya sekali atau sebab perkara kecil pun, dia tak boleh dapat recommendation letter untuk masuk ke universiti yang bagus. 


Boleh nampak lah kenapa Do Young stress setiap kali ada benda pelik ataupun muncul gangguan dalam kelas tu. Awalnya gangguan tu biasa je tapi makin lama makin teruk sampai Yoon Jae Hyuk minta tolong Yoshi untuk dapatkan kertas azimat nak tampal dekat katil supaya dia boleh focus study. Ye Dam pula dah panas hati bila demo lagu debut dia kena kacau dengan hantu. 

Sepanjang 5 episod The Mysterious Class ditayangkan ni memang tak boleh nak agak langsung siapa hantu dalam kelas tu. Dah lah tak kenal langsung semua ahli kumpulan Treasure ni walaupun junior kepada iKON dekat YG Entertainment tu. Lama jugak lah nak ambil masa untuk kenal itupun ada lagi watak yang tak cam. Nasib baik lah semua nama watak dalam drama ni guna nama sebenar. 


Tak banyak details yang boleh korek dari drama ni so I assume YG Entertainment je lah yang buat cerita ni since YGE pun ada acting department dengan label YG Stage. Mungkin sebab tu lah jalan cerita untuk web drama ni bagus, ada elemen seram, komedi dan drama yang dimasukkan secara seimbang. Bab seram tu ada part yang seram tapi masa diorang buat rumah hantu tu alahaiii comelnya semua dress up jadi hantu. Memang patut lah senior diorang gelakkan je. Paling comel haruslah Haruto dengan Yoshi. Mak I join tengok pun puji diorang semua comel-comel haha


Pujian harus diberikan kepada YG Entertainment sebab kreatif dalam mempromosikan group Treasure memandangkan diorang tak boleh aktif promote dekat luar disebabkan pandemik Covid-19. Sama juga dengan pengarah yang kenal dengan semua ahli Treasure sebelum olah cerita tersebut. Dia tahu ahli mana yang tak pandai berlakon dan ahli mana yang tak fasih dengan Hangeul sebab Treasure ada beberapa ahli yang datang dari Jepun macam Asahi, Yoshi, Haruto dan Mashiho. Dialog diorang tak sebanyak watak lain walaupun screentime lebih kurang sama. Kalau perasan dalam web drama ni ada banyak emoticon smiley sebab tu kira maskot Treasure lah. 


Dalam web drama ni nampak lah YG Entertainment nak tarik iKONIC untuk support drama ni sebab banyak sangat reference dari iKON yang dimasukkan dalam drama ni. Contohnya macam scene So Jung Hwan cakap ‘Let’s Get It’, tagline yang sama dengan Songchelin Guide, Youtube channel Yunhyeong ataupun scene diorang kacau member mandi sambal nyanyi lagu Love Scenario. Sebagai iKONIC, I approved this stunt lol! 


Sinematografi dan visual effects web drama The Mysterious Class dipaparkan dengan cantik dah level drama yang diterbitkan oleh production house terkenal. Memang puas hati lah layan walaupun pendek je durasinya setiap episod. Music score pun menggunakan lagu-lagu Treasure lah sebab nak promote kan. 


Of course drama ni ada part yang tak logik macam pakaian diorang ke sekolah ataupun watak Park Jeong Woo yang dibenarkan pakai subang walaupun admit wad. Tapi disebabkan genre dan target audience dia remaja so kita tengok secara santai je lah. 

All in all, congrats Treasure for giving their best for this web drama! For those yang nak tengok web drama ni boleh tengok dekat SINI! And please tengok dekat link tu je sebagai tanda support okies :)

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

4 comments

  1. dah lama tak layan idol drama ni. dulu rajin melayan drama Big Bang..haha
    YG rajin kan produce drama macam ni, baguslah untuk peminat diorang..

    ReplyDelete
  2. Next drama on! Thank you Farhana :)

    ReplyDelete
  3. ok plot nampak best and actor handsome ! kena put in the list

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.