Movie Review | Tersanjung the Movie (2021)

Sunday 19 December 2021

Pengarah : Pandu Adjisurya, Hanung Bramantyo, Nur Jihat Hisyam

Penulis Skrip : Pandu Adjisurya, Hanung Bramantyo

Pelakon : Clara Bernadeth, Giorgino Abraham, Kevin Ardillova

Syarikat Produksi : MVP Pictures, Dapur Film

Pengedar : Netflix

Genre : Romantik / Drama

Durasi Tayangan : 114 minit

Tarikh Tayangan : 1 April 2021

Trailer :


Bila tengok tajuk movie ni Tersanjung The Movie, tertanya-tanya lah ada sinetron atau series ke sebelum ni? Bila Google baru tahu ada sinetron Tersanjung sebanyak 300 episod dan merupakan sinetron yang paling lama pernah disiarkan di Indonesia dari tahun 1998 hingga 2005. 

Jalan cerita sinetron dengan filem yang ditayangkan secara eksklusif di Netflix ni berbeza sepenuhnya walaupun ada beberapa point penting diambil supaya tak lari jauh dari jalan cerita asal. Lebih baik buat movie lain je sebab nama watak utama pun ditukar. 

Mengisahkan Yura (Clara Bernadeth) yang akan dikahwinkan kepada Bobby Sadewo (Marthino Lio), anak orang kaya kerana ibu tirinya, Indah Besari (Kinaryosih) ingin melangsaikan hutangnya. Yura awalnya akur saja dengan permintaan keluarga bila nampak Bobby ikhlas membantu terutamanya album ayahnya, Gerry Hartono (Nugie), penyanyi yang semakin dilupakan. 

Malangnya Bobby cuba memperkosa Yura dan menjadi baran sehingga Yura dipukul dengan teruk. Nasib Yura baik bila Oka (Kevin Ardillova) dan Christian (Giorgino Abraham) selamatkan dia sebelum keadaan menjadi lebih teruk. Bukan setakat bantu Yura malah Christian bantu keluarga Yura cari rumah baru untuk berteduh dan bayarkan bil hospital. 

Tanpa segan silu Christian luahkan perasaan cinta pada Yura walaupun Yura masih teragak-agak untuk buka hati pada sesiapa. Christian bawa Yura berjumpa dengan keluarga dia di Jakarta sekaligus dedahkan identiti dia sebagai tuan muda. 

Yura tak kisah pun dengan status atau darjat Christian tapi sedikit sebanyak masalah dia dah selesai dengan wang harta milik keluarga Christian. Ayah Christian pun restu perkahwinan mereka berdua walaupun si ibu tunjuk muka menyampah gara-gara Yura tak tahu protokol dalam rumah agam tersebut.

Persamaan movie dan sinetron Tersanjung ni adalah elemen melankolik yang diketengahkan sampaikan pace jadi terlampau perlahan. Jalan cerita semestinya cliché dan predictable tambah kalau penonton dah pernah tengok sinetron bersejarah ni. Kenapa tajuk movie ni dinamakan Tersanjung? Tak tahu. 

Tak ada apa yang menarik pun dalam naskhah cinta yang dibawakan oleh pengarah trio - Pandu Adjisurya, Hanung Bramantyo dan Nur Jihat Hisyam. Dialog pun tak ada yang memorable untuk menghadirkan impak yang kuat baik dari tema kekeluargaan mahupun percintaan. 

Lakonan Kevin Ardillova lebih menyerlah dari leading role, mungkin sebab karakter wataknya yang comel. Sementara Clara lebih bergantung pada fizikalnya yang cantik dan watak Yura juga sama dalam sinetron, lemah tak berdaya dan sentiasa dirundung malang. 

Giorgino Abraham pula tak mampu nak hidupkan watak Christian yang humble dan romantik. Bukan saja Yura, kita yang tengok pun rasa susah nak percaya dengan semua kebaikan yang ditawarkan. Mungkin watak dia dalam Dignitate (2021) masih lagi segar dan kuat dalam ingatan. Karakter dia lebih kepada bad boy, tambah pula kalau dalam sinetron watak dia lebih kepada Bobby. 

Memandangkan sinetron Tersanjung diterbitkan pada tahun 1998 maka movie juga terikat dengan latar masa yang sama. Wardrobe dan props digunakan untuk hidupkan kembali suasana di zaman tu walaupun ada juga yang team produksi terlepas pandang dan beberapa scene yang terlihat moden. Warung Mi projek bisnes Yura, Oka dengan Christian nampak meriah seolah rasa nak have fun makan dekat sana. 

First half movie Tersanjung tak mampu menarik perhatian dengan beberapa kelemahan yang ada tapi momentum di second half mula meningkat. Mungkin sebab ada elemen komedi yang dimasukkan bersama memandangkan keluarga Oka pun kelakar macam dia jugak. Suka dengan ending Tersanjung tapi menyampah bila pengarah bagi hint wujudnya sequel yang cliché. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 5.3/10

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.