Drama Review | Budak Tebing 1 (2020)

Saturday 4 December 2021

Pengarah : Feroz Kader

Penulis Skrip : PGRs Team, Amka Ahmad, Janjira

Pelakon : Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Firdaus Ghufran, Fariz Isqandar, Amyza Aznan, Alex Afian, Sabrina Ali, Zarina Zainuddin, Shah Faris

Syarikat Produksi : Country & Universal

Penyiaran : TV3, iQiyi, Viu

Genre : Drama 

Jumlah Episod : 13 Episod (40 – 42 minit per episod)

Tarikh Tayangan : 11 Mac 2020 – 9 April 2020

OST : "Sakit" - Yonnyboii ft. Zynakal

Trailer :


Mengisahkan tentang Arif (Adam Lee) yang baru pulang dari menjalani hukuman di Henry Gurney kerana kes bunuh. Dulu dia merupakan anak yang bijak dan menjadi kesayangan ibunya Aida (Amyza Aznan), manakala adiknya Yoyol (Fariz Isqandar), menganggap Arif sebagai idola. 

Semasa kecil, Arif dan rakan-rakannya banyak menghabiskan masa di sebuah tebing di kampung mereka sehingga mendapat gelaran ‘budak tebing’. Lepas Arif keluar, Tongki (Aedy Ashraf) dan Laura (Bella Dowanna) buat reunion balik dan bersihkan port lepak mereka dari menjadi sarang dadah. Aida menyampah bila dapat tahu Arif berkawan balik dengan Tongki, dia tak nak anak dia jadi buah mulut orang. 

Arif pula penat mencari kerja tapi tak diterima sebab tiada SPM dan lepasan Henry Gurney, di rumah pula dia selalu dimarah oleh ibunya. Stress tapi dia perlu bertahan untuk tebus dosa lama dan bersihkan kembali nama yang tercemar. Tongki bantu Arif dapatkan kerja di kedai cuci kereta dan dalam masa yang sama terjumpa Ira (Eyka Farhana), anak pelacur yang diburu oleh bapa ayam untuk dijual. 

Tongki minta bantuan Laura supaya tumpangkan Ira di rumahnya tapi Puan Sabrina (Zarina Zainuddin) pula cemburu bila suami dia mudah mesra. Bila Ira lari keluar dari rumah dia pula terjumpa dengan Yoyol di rumah usang. Kebetulan Yoyol juga lari dari rumah disebabkan bertegang urat dengan Arif. Tanpa mereka sedar, masing-masing berkait antara satu sama lain. 

Syok layan drama Budak Tebing ni sebab berkisarkan kehidupan B40 di bandar Kuala Lumpur. Macam mana setiap watak ceritakan setiap masalah keluarga mereka dan macam mana mereka berusaha untuk selesaikan masalah tersebut. Selain dari masalah sendiri, masalah tebing dan bisnes dadah yang dijalankan oleh Broger (Syazwan Zulkefly) pun antara plot yang dimasukkan supaya kisah budak tebing jadi lebih menarik. 

Sedih bila tengok Arif kena hadap apa yang mak dia perli atau marah padahal bukan dia buat benda jahat pun. Dia nak tolong pun mak dia marah. Bila tengok cara mak dia layan anak-anak, boleh nampak lah cara tu agak toksik. Anak buat salah sikit terus campak keluar rumah macam dia buat dekat Yoyol bila air Milo tumpah dekat buku Arif. 

Casting director did a great job dalam pemilihan barisan pelakon sebab semua watak perlu bermain dengan emosi yang tinggi baik watak utama mahupun watak sampingan. Diadunkan pula dengan lagu Sakit yang menggambarkan keadaan galau yang dilalui oleh setiap watak. Ada babak sampai boleh menangis bila tengok. 


Drama Budak Tebing ni ada banyak sub-plot dengan barisan watak yang ramai tapi episod terlampau pendek untuk menceritakan kisah mereka dengan baik. Ada babak yang tergesa diceritakan macam kisah Ira dengan ibu dia, Murni (Sabrina Ali). Babak Broger tu macam kelakar pun ye jugak sebab pengarah nak wujudkan misteri pelakon yang bawa watak tu padahal first time dengar suara pun dah tahu siapa. 

Sinematografi yang menggambarkan kehidupan masyarakat kampung di bandar Kuala Lumpur tub oleh tahan lah sebab masyarakat di Kampung Baru tu tak ada lah kampung sangat. Tapi untuk menggambarkan budak tebing yang struggle dengan masalah kewangan ataupun watak Ira yang hidup di lorong nampak cantik. Tidur merempat dalam rumah usang pun masih lagi nampak cantik, baju pun tak pernah ulang padahal beg yang dibawa tu kecil je. 

Anyway, tahniah kepada team production terutama pada pengarah dan penulis yang berjaya membawa kisah kehidupan masyarakat dengan tema dan mesej sosial yang bagus kepada penonton awam. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.6/10

3 comments

  1. follow juga drama ni dulu memang best, dah lama tak tengok cerita yang fokus pasal masalah remaja. at least lari sikit dari cerita main kawin2..

    ReplyDelete
  2. Belum tengok lagi.. Macam best sinopsisnya

    ReplyDelete
  3. tulah..patut Ira tu kena comot comotkan kan sikit. tak nampak langsung budak lari dari rumah

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.