TV Show Review | New World : Episode 3 (2021)

Sunday 12 December 2021

Director : N/A

Writer : N/A

Cast :  Lee Seunggi, Kim Heechul, KAI EXO, Jo Bo-Ah, Park Na-rae, Eun Ji-won

Production Company : Netflix

Distributor : Netflix

Genre : Adventure / Survival / Comedy / Mystery

Running Episodes : 8 episodes (75 minutes per episode)

Release Date : 20 November 2021 – 11 December 2021

Trailer : 


Bertambah satu lagi tarikan di dunia New World bila meteorite akan jatuh di pulau tersebut pada jam 3 pagi jadi semua peserta perlu dapatkan batu meteorite tersebut dan bawa ke portal yang terletak di Research Centre yang tak diberitahu di mana lokasinya sebelum matahari terbit untuk menang 800 juta nyang. Siapa yang menang ganjaran besar ni memang boleh hidup mewah lah di New World dan boleh convert kepada wang tunai asli. 

Malam hari kedua mereka semua berkumpul di rumah Na-rae untuk makan supper yang dihidangkan oleh Na-rae sendiri dan minum bir untuk meraikan setelah penat bermain game. Semua nampak macam nak bekerjasama tapi masing-masing ada agenda nak dapatkan batu meteorite tu. Siapa je tak nak kan? Ganjaran dia besar kot!

Nak cari batu meteorite tu pun dah susah sebab tak tahu dia jatuh dekat mana, sama ada dekat Goddess Hill, Venus Garden, Mystery Road atau mungkin dekat kawasan baru yang mereka semua belum pernah jejak lagi. Waktu matahari terbit di New World ialah pada jam 6 pagi jadi semua peserta ada lebih kurang 3 jam saja untuk selesaikan misi ni. 

Satu perkara yang semua peserta tak jangka ialah batu meteorite tersebut perlu dicaj tanpa mereka tahu berapa energy level yang ada pada batu tersebut. Kalau malap lampu pada batu maknanya lemah lah tenaga dia. Sia-sia lah kalau letak batu meteorite yang dah hilang tenaga pada portal. Untuk caj tenaga batu meteorite pula, peserta perlu letak pada pengecas yang berada di hadapan rumah kesemua peserta.

Batu meteorite ni hilang tenaga agak cepat juga sedangkan rumah peserta pula jauh dan berselerak. Mustahil sangat lah untuk buat kerja seorang diri dalam game ni sebab kena atur strategi bagus untuk berjaya cas batu meteorite dan dalam masa yang sama kena cari Research Centre. Memang berdebar lah tengok siapa yang akan berjaya dapat ganjaran 800 juta nyang tu.

Tak cukup dengan mission tu, beberapa peserta mula dapat kejutan misteri dari staff di New World. Sepucuk surat layang dengan sumpahan buruk diberikan dengan arahan untuk menyalin semula isi kandungan surat tersebut dalam masa 30 minit supaya dapat elak sumpahan. 

‘It’s either seven’s luck or eight’s bad curse’

Dalam episod 3 ni nampak kelakar lah visual effects yang digunakan untuk scene batu meteorite jatuh ke New World sebab nampak kartun sangat. Batu meteorite dia pun macam projek sekolah budak sekolah rendah. A untuk effort lah. Memandangkan game ketiga ni pada jam 3 pagi jadi visual kebanyakannya bergantung pada spotlight, lampu bangunan atau lampu jalan tapi tak lah terlampau gelap sangat untuk nampak apa yang dipaparkan. 

Masa main game meteorite ni kelakar tengok survival skills masing-masing dan ada satu perkara yang kelakar gila sampai sakit perut berdekah bila tengok everytime team production tunjuk. Walaupun Beggar Kim ditimpa nasib malang dalam episod 2 tapi kali ni nasib dia jadi penyamaran hebat lah sampai peserta lain tak expect dia boleh sama level dengan diorang. Bukan sama level harta lah tapi sama level licik untuk menang game haha

‘Poor Heechul, he doesn’t know anything. Poor Heechul, I must protect him at all cost.’ – Kai

Tak sabar nak tengok dalam next episode apa akan jadi dekat semua peserta dan siapa yang akan menang 800 juta tu sedangkan semua dah ada alliance masing-masing. Siapa yang akan menang dan siapa yang akan dikhianati? 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.