TV Show Review | New World : Episode 1 (2021)

Sunday 12 December 2021

Director : N/A

Writer : N/A

Cast :  Lee Seunggi, Kim Heechul, KAI EXO, Jo Bo-Ah, Park Na-rae, Eun Ji-won

Production Company : Netflix

Distributor : Netflix

Genre : Adventure / Survival / Comedy / Mystery

Running Episodes : 8 episodes (75 minutes per episode)

Release Date : 20 November 2021 – 11 December 2021

Trailer : 


Masa tengok upcoming list dekat Netflix, dah excited nak tengok survival reality show ni sebab ada Heechul. Jarang nak nampak Heechul join variety show so bila dia join rasa excited lah jugak nak tengok karakter dia macam mana. Lagipun reality show ni ada 8 episod je. 

Menariknya konsep New World ni bila keenam peserta dibawa ke sebuah pulau di kawasan rahsia yang berdekatan dengan Seoul. Di New World, mata wang Nyang digunakan dengan exchange rate 1 won = 1 nyang. Duit di New World pula boleh ditukarkan kepada duit sebenar pada Hari Ke-6 nanti. 


Venus Garden

Tea Tree Cafe

Venus Square

Mereka berenam perlu bermain game yang disediakan oleh staff selama 6 hari di sana. Tak ada jalan keluar dekat pulau tu melainkan sebuah feri yang akan datang menjemput peserta pada Hari Ke-6. Nak berenang balik ke Seoul pun tak mungkin sebab laut dalam dan lokasi yang agak jauh. 

Setiap peserta diberikan kediaman yang selesa dan cantik mengikut citarasa yang diidamkan semasa dalam interview bersama team production New World. Paling cantik sekali rumah Park Na-rae sebab balkoni dia menghadap laut. Bangun pagi je boleh tengok laut, lepas penat main game boleh layan view laut sambil makan makanan sedap since dapur dia lengkap dengan perkakas dapur seperti yang dia inginkan. 

“Due to the situation right now, it’s hard to travel or gather as a group. I really enjoyed being together on this island with each of our houses. I loved that it felt like we had gone back to normal in this dream-like location. Also, there was no resting time, and we weren’t with our managers.” - Na-rae

Kelakarnya rumah Seunggi dekat bawah rumah Na-rae, stress je dia kalau Na-rae pasang lagu kuat-kuat. Seunggi pula suka rumah dengan interior moden dan katil menghadap laut. Rumah Kai jauh ke dalam hutan sebab dia suka konsep alam semulajadi ala Santorini, Greece. Rumah dia simple tapi view cantik. Rumah Heechul yang terpaling simple lah sebab dia memang suka konsep minimalis. Yang penting ada vacuum cleaner, koleksi buku komik dengan PC untuk dia main games. 

Semua rumah peserta cantik, setiap tempat menarik yang wujud di New World pun cantik. Setiap kali peserta pergi ke sesuatu kawasan mulut memang dok menyebut cantik je. Kalau tengok dekat bigger screen lagi puas rasa tengok kecantikan yang dibina untuk set New World. Mungkin lepas ni pulau New World akan jadi tarikan terbaru untuk pengunjung ke Korea selain Pulau Jeju. Di samping promosi kawasan yang cantik, makanan yang dihidangkan di Bistro Oasis pun memukau mata dan selera. Okay I might exaggerate part selera tu sebab tak rasa pun tapi tengok semua peserta enjoy makan dekat situ, it speaks volume lah. 

Kecantikan pulau New World ditambah lagi dengan kehadiran visual effects dan teknik AI yang digunakan dalam variety show ni. Netflix increase their bar with Korean entertainment industry with this survival show. Serious terkesima dengan kreativiti team production dan Netflix Korea. Bukan setakat visual je cantik, even editing pun menarik. 

Hari pertama dekat New World lepas semua dah selesai tengok rumah dan unpack barang kemudian menikmati lunch yang pertama di Bistro Oasis, Holo sediakan satu game di mana mereka akan berjumpa dengan kotak yang bagi pilihan sama ada pilih 10,000 nyang ataupun 10 juta nyang. Nampak macam mudah tapi tak semua akan bernasib baik akan dapat atau jumpa kotak tu. 

Hari pertama di New World ada festival budaya yang disediakan kepada semua peserta dan mereka perlu join untuk menang hadiah misteri. Satu kotak Joker akan dijatuhkan oleh drone tapi di mana tu kena cari sendiri lah. Kotak Joker tu ada ganjaran dan kelebihan yang diberikan kepada peserta yang bertuah. 

Episod pertama pun dah enjoy tengok masing-masing struggle cari kotak dan beberapa ganjaran istimewa yang diorang menang. Expect the unexpected in New World.   

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.