Movie Review | Bob Biswas (2021)

Tuesday 14 December 2021

Director : Diya Annapurna Ghosh

Writer : Sujoy Ghosh, Raj Vasant

Cast : Abhishek Bachchan, Chitrangada Singh, Kaushik Raj Chakraborty, Purab Kohli, Samara Tijori, Ronith Arora

Production Company : Red Chillies Entertainment, Bound Script Production

Distributor : ZEE5

Genre : Crime / Thriller

Running Time : 131 minutes

Release Date : 3 December 2021

Trailer :


Spin-off dari movie Kahaani (2012) yang mengisahkan tentang watak pembunuh upahan yang bernama Bob Biswas. Berbekalkan senjata api Nux Vormica (a pistol with silencer), sasaran Bob Biswas sentiasa tepat mengena di dahi sekaligus membunuh mangsanya. Bagaimana Bob Biswas menjadi pembunuh upahan, tak diceritakan langsung sebab movie bermula dengan keadaan Bob yang bangun dari koma selepas 8 tahun terlantar. 

Kenapa dia boleh koma pun tak diceritakan oleh penulis utama, Sujoy Ghosh ataupun pengarah Diya Annapurna Ghosh. Kecewa dengan cara watak Bob Biswas dikembangkan dalam movie prequel ni sebab watak Bob Biswas dalam movie asal kelihatan seram dengan hanya senyumannya terhadap Vidya tapi berbeza sangat dengan watak Bob Biswas dalam movie ni. 

Seram mana pun Bob Biswas terhadap mangsa-mangsa dia, dekat rumah Bob Biswas senyum manis terhadap isteri cantik dia, Mary Biswas (Chitrangada Singh) atau pada Mini Biswas (Samara Tijori) dan Benny Biswas (Ronith Arora). Mini selalu berjaga hingga lewat malam supaya lulus dalam ujian malangnya usaha dia tak pernah cukup untuk grad sebagai doktor. 

Atas saranan kawan baik dia, Mini mula berjinak dengan Blue – dadah yang pernah kena ban oleh Kementerian Kesihatan sebab bagi kesan ketagihan yang teruk. Mini ambil stok dari Bubai Da (Purab Kohli) yang kebetulan adalah sasaran Bob Biswas. 

Penceritaan Bob Biswas mengelirukan sebab kita tak tahu background Bob Biswas dengan jelas, tak faham kenapa dia benci David sedangkan tu kawan baik dia, tak faham kenapa Ustaad (Kaushik Raj Chakraborty) nak kacau Bob sedangkan dia dah jumpa safe net untuk jual Blue pada skala lebih besar. 

Kalau pengarah sengaja nak wujudkan elemen drama, memang kelakar lah sebab kenapa nak masukkan unsur simpati sedangkan watak Bob Biswas bukannya baik pun. Like seriously we have to root for a serial killer? 

Latar masa dia macam merepek sebab Bob Biswas koma 8 tahun sampaikan anak bongsu dia dah besar tapi kenapa muka dia dengan Mary macam muda lagi padahal Mini dah besar. Kita tengah sembang pasal B40 yang tak pernah pergi holiday tapi Mary tu cantik kemain. Even sari dia nampak baru untuk keluarga yang dah kehabisan duit jaga ketua keluarga dalam koma? 

Supposedly latar masa dia adalah sebelum tahun 2012 sebab original movie tayang pada tahun tersebut tapi kenapa dekat kalendar tahun 2020? Cara Bob Biswas bunuh orang tu macam bandar Kolkata tak ada CCTV langsung tapi bila watak Inspektor Indira Verma (Tina Desai) muncul pada second half, dia minta permission untuk tengok CCTV? Kalau CCTV dah wujud then pihak forensik pun wujud dan dengan mudahnya boleh dapat database Bob Biswas sebab cap jari dia di mana-mana? 

Sedih sangat tengok spin-off movie gagal teruk dan jauh berbeza dari original movie. Expectation agak tinggi lah sebab watak Bob Biswas tu mengerikan especially masa scene dia tolak Vidya dekat stesen metro. Sakit jatung tengok. Tapi dalam movie ni Bob macam bodoh alang je. Dia hilang ingatan for almost everything tapi ingat satu perkara je. Writing department lemah gila. 

Rasanya tak lah lama sangat tak tengok Chitrangada berlakon sebab movie terakhir dia, Baazaar (2018). Kenapa suara dia berubah sangat? Dia guna dubbing artist ke untuk dapatkan accent Kolkata tu? Kalau guna dubbing artist pun cari lah yang sesuai dengan suara asal dia. Ketara sangat perbezaan tu. Overall this movie is crap. Tak faham kenapa Abhishek Bachchan jumpa astrologer untuk adjust nama tapi tak nak adjust usaha dalam lakonan dia. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 3.6/10

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.