TV Show Review | New World : Episode 8 (2021)

Monday 13 December 2021

Director : N/A

Writer : N/A

Cast :  Lee Seunggi, Kim Heechul, KAI EXO, Jo Bo-Ah, Park Na-rae, Eun Ji-won

Production Company : Netflix

Distributor : Netflix

Genre : Adventure / Survival / Comedy / Mystery

Running Episodes : 8 episodes (75 minutes per episode)

Release Date : 20 November 2021 – 11 December 2021

Trailer : 


Permulaan episod akhir ni dimulakan dengan scene Kai yang terluka akibat ditikam oleh Seunggi dalam game ikan duyung di Episod 7. Comel sangat tengok dia mengadu dengan Ji-won pasal benda ni sebab Kai sejenis yang baik dan naif tapi bila masuk New World dia jadi seorang yang selfish dan licik. Dia tak suka tapi tak ada siapa yang dia boleh percaya terutamanya Seunggi. Dah la Kai yang paling muda dalam show tu, memang mudah sangat dia kena tipu. 

Tapi nak kata Kai yang paling baik dan naif pun tak jugak sebab dia pun sama naik je masa dalam game pertama bila jumpa Joker Box. Pendek kata memasing sama je perangai bila kena tikam belakang. Masa tikam orang tak ada pulak nak fikir perasaan orang lain. 

Istimewa hari terakhir di New World, semua peserta dapat merasa keenakan hidangan chef Bistro Oasis. Terliur tengok menu lobster tu sebab nampak besar dan segar. Tengok kemahiran kulinari chef tu pun dah amazed sebab dia ada kelulusan dalam bidang kulinari. Stik yang dia masak pun nampak juicy dan lembut. Bila makan mesti melt dalam mulut sebab muka Seunggi tu nampak sangat bahagia bila daging masuk dalam mulut. 



Masa tengok episod akhir ni tak rasa semua peserta tu boleh keluar dengan mudah sebab lelaki misteri yang datang dalam Episod 6 pun dah bagi hint yang dia adalah peserta survival show New World pada tahun 2002. Mesti ada something yang akan jadi memandangkan running time jauh lagi nak habis haha the biggest hint ever. 

Rupanya semua peserta berada pada Hari Ke-7 sebab masa dalam Episod 1 ada kelebihan yang diberikan pada Ji-won dan dia guna peluang tu tanpa sedar kesan yang akan berlaku pada masa akan datang. Menurut Holo, mereka semua perlu mencari batu masa yang disembunyikan di pulau tersebut. 

Semua batu mempunyai jumlah masa yang tersendiri dan kesemua peserta perlu mengumpul 4 batu dengan jumlah yang akan mencukupkan 24 jam. Ada batu istimewa dengan tulisan A di mana batu tersebut boleh berubah amaun yang diingini oleh pemilik batu tersebut. Ada juga batu Joker yang akan beri keistimewaan kepada pemilik batu. 

Nak balik pun kena main game mencabar sebab bukan senang nak kutip semua batu dengan jumlah yang tepat. Sebab tu New World sediakan Trade Zone yang muncul setiap satu jam untuk kesemua peserta tukar batu yang mereka nak. Nak kumpul batu masa tak susah pun tapi yang susah ialah untuk cukupkan jumlah 24 jam. Bo-Ah dengan Ji-won dah berpakat akan tukar batu 4 dengan batu 7 dan pulang ke dunia realiti. 

Tapi disebabkan Kai dengar perbualan diorang, habis rosak plan diorang untuk jadi yang terawal balik ke dunia asal. Sesiapa yang berjaya pulang ke dunia realiti, ada kelebihan yang menanti bila mereka akan menentukan nasib peserta seterusnya. 

Kelakar tengok scene Seunggi lari laju ke rumah api bila dia dah berjaya dapat semua batu yang dia nak. Punyalah happy macam budak-budak lari balik rumah lepas menang game. Betul lah orang kata, orang dewasa ni adalah kanak-kanak yang terperangkap dengan tanggungjawab dan beban. Perghhh gittewww!

Lepas tengok survival show New World ni memang tak sangka langsung perangai Seunggi yang licik sampai ke saat akhir padahal muka suci kemain. Dekat ATM Mega Bank tu team production dah bagi hint akan ada Season 2 tapi siapa peserta atau konsepnya tak diberitahu. Dalam Episod 6 pun ada hint yang Heechul akan shooting musim kedua. Takt ahu lah dia main-main ataupun betul-betul pergi shoot.

 

Kalau betul then ada kesinambungan lah pada nasib peserta yang terperangkap dalam New World pada Hari Ke-7. Ada kemungkinan tak dia akan jadi macam lelaki misteri tu ataupun nasib dia lebih baik? Tapi boleh jadi jugak yang terpaling malang kan? 

Anyway, survival show New World ni memang berbaloi lah nak layan secara marathon sebab tak boleh berhenti bila tengok satu episod je. Mesti nak tahu apa akan jadi pada next episode. Tahniah kepada team production, peserta dan Netflix dalam menjayakan program ni. Level art team, designer, editor sama level cemerlang macam show The Sixth Sense jugak. Hebat dan kreatif! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

4 comments

  1. Ish.. kenapa seperti memangil manggil guwe untuk menonton nih. Tidak~~

    ReplyDelete
  2. Muka innocent tapi licik ye.. seunggi.. Syok pula baca review Farhana nie..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.