TV Show Review | New World : Episode 6 (2021)

Monday 13 December 2021

Director : N/A

Writer : N/A

Cast :  Lee Seunggi, Kim Heechul, KAI EXO, Jo Bo-Ah, Park Na-rae, Eun Ji-won

Production Company : Netflix

Distributor : Netflix

Genre : Adventure / Survival / Comedy / Mystery

Running Episodes : 8 episodes (75 minutes per episode)

Release Date : 20 November 2021 – 11 December 2021

Trailer : 


Dalam Episod 5 semua peserta terkejut bila tengok New World sunyi sepi kerana semua staff bercuti akibat kamera CCTV tak berfungsi. Sementara menunggu pihak juruteknikal datang untuk baiki semua CCTV di kawasan tersebut, dua kumplan terbahagi dengan misi dan objektif masing-masing. 

Game ni mudah je antara pasang kamera CCTV atau tutup kamera CCTV di beberapa kawasan tapi disebabkan dalam masa 3 jam tu kena pusing satu pulau untuk pastikan misi mereka tercapai, jadi penat jugak lah dok ulang-alik buat benda yang sama. Ada yang tak nampak langsung kamera CCTV dekat mana, lagi penat jalan jauh-jauh tapi tak jumpa apa yang dicari. 

Baik jadi Ji-won je relaks lepak dekat tempat teduh sementara tunggu yang lain sebab beria sangat pun tak larat jugak. Kalau menang dapat aset, kalau kalah aset tak berubah jugak. Win-win situation lah untuk dia yang dah jadi pengemis macam Beggar Kim. Seunggi, Kai dengan Na-Rae memang berusaha gigih lah sebab tengah semangat nak mengumpul atau menjaga harta tu. Kelebihan dekat Na-Rae lah sebab dia selalu main puzzle setiap malam. Tajam je lah mata dia nak nampak kamera CCTV tu dekat mana. 

Dalam game ni tak boleh guna langsung item dalam Kedai Bayang, memang sepenuhnya guna strategi dengan fizikal selama 3 jam tu. Kesian diorang tak makan breakfast pun lagi dah kena berlari sana-sini. Masa game berlangsung tu Na-Rae nampak rumah Heechul bersepah sangat tapi dia tak syak apa pun lah sebab dia fikir nak jaga harta je. 

Bila Seunggi dengan Ji-won nampak ada seorang lelaki misteri yang comot dan pegang banyak barang baru lah Na-Rae sedar yang rumah Heechul dirompak. Punya lah tamak fikir pasal harta sampai tak sedar keselamatan diri sendiri. Lepas tengok Episod 3 dengan Episod 4 dah mula menyampah dengan perangai Na-Rae ni haha

Masa tengok lelaki tu dok mencuri beberapa barang dalam rumah semua peserta dah syak yang kamera CCTV rosak berpunca dari dia. Ataupun akibat tamak sangat nak swap harta top 3 dengan bottom 3 sampai sanggup tutup kamera CCTV tanpa fikir risiko keselamatan terabai. Rupanya tak, sebab lelaki misteri tu bawa satu kejutan yang agak besar jugak lah kepada peserta. 

Unik lah penceritaan yang dibawa oleh team production dalam survival show ni sebab kreativiti diorang tu terserlah sangat. Bila dah habis main game baru dapat tahu team mana yang menang dan keputusan dia agak mengejutkan lah sebab ada plot twist. Tak semua orang syak langsung ada pengkhianat dalam team tu. 

‘The poorest ones were the most suspicious! Why were you so suspicious when you were penniless?’ – Eun Ji-won

Betul lah apa yang Ji-won cakap tu sebab orang kaya kebanyakannya berani ambil risiko tanpa syak itu ini. Redah je hadap semua benda sebab tu diorang dapat merasa kemewahan yang diorang dapat tu walaupun terpaksa menipu dan guna helah licik untuk menang. 

Belah malam ada pengumuman untuk Mega Lottery dengan ganjaran sebanyak 900 juta nyang tapi sementara nak tunggu jam 8 malam tu semua peserta boleh rehat di rumah masing-masing. Dalam ramai-ramai tu baru perasan yang Kai ni sejenis free spirit sebab rumah dia lah yang terpaling bersepah sekali. Baju dalam luggage tu dia letak dekat lantai tak unpack habis pun. 

Tapi okay lah sebab dia sejenis yang rajin jugak menolong bila berkumpul ramai-ramai. Boleh nampak lah kenapa Beggars Brothers stay miskin dan yang kaya tetap kaya dalam episod ni. Yang kaya sejenis yang rajin, pandai cari peluang sementara yang miskin dok melepak fikir nasib lepastu merungut haha tak sabar nak tengok siapa yang menang Mega Lottery. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.