Movie Review | Olympic Dream (2021)

Saturday 18 December 2021

Pengarah : Don Hoe

Penulis Skrip : Jeffrey Leong, Neo Jun Chen, Lyon Ng

Pelakon :  Maya Karin, Jordan Voon, Annabelle Tan, Adelle Ng, Rashid Sidek

Syarikat Produksi : De Theatre Entertainment, Full Billion Entertainment

Pengedar : Astro Shaw

Genre : Sukan / Drama 

Durasi Tayangan : 90 minit

Tarikh Tayangan : 23 September 2021 (Malaysia)

Trailer :


Anna Wong (Annabelle Tan) mempunyai impian untuk menjadi pemain badminton sejak kecil lagi tapi disebabkan taraf hidup, dia pendamkan saja hasrat tersebut. Ibu angkatnya, Fatimah (Maya Karin) bukan takt ahu impian anak tunggalnya tapi risau dengan masalah kesihatan yang dihidapi Anna. Asma bukan penyakit yang boleh dirawat dan hilang macam tu saja. Bila terlebih penat atau aktif bersukan mula lah badan jadi lemah. 

Tapi disebabkan impian Anna tu terlampau dalam dan besar, Fatimah belikan juga raket kayu untuk anaknya berlatih dalam pertandingan kelayakan sekolah. Halangan kecil Anna dah bermula sejak awal lagi bila jurulatih badminton berhenti kerja serta-merta akibat percanggahan pendapat dengan Pengetua. Cikgu Goh (Jeffrey Leong) yang tak berpengalaman terpaksa jadi bidan terjun. 

Nasib Anna baik bila dia ternampak penjaga bangunan, Pak Cik Quan (Jordan Voon) bermain badminton semasa mengemas gelanggang badminton. Quan adalah bekas pemain negara yang bersiap untuk ke Olimpik tapi impian tu dibuang serta-merta bila dia dapat tahu isteri dan anak perempuan meninggal dalam kemalangan untuk hantar bekal kepada dia. 

Berbekalkan didikan dan latihan dari Quan, skills Anna semakin bagus dalam permainan. Sejak kecil dia dipasangkan bersama Xiu Man (Jean Tan) sehinggalah besar. Mereka berdua mengharumkan nama negara dalam kesemua pertandingan. Tapi ujian untuk Anna (Adelle Ng) datang lagi bila Xiu Man terlibat dalam kemalangan dan menarik diri dari arena badminton. Berjaya tak Anna capai impian dia ke Olimpik, kena tengok sendiri lah dekat Astro First. 

Olympic Dreams yang berkisarkan sukan badminton ni tak lah mempunyai kekuatan pada jalan cerita sebab elemen drama tak digarap dengan baik ditambah pula barisan pelakon utama dan sampingannya yang lemah. Skeptikal juga bila Maya Karin yang menggalas watak utama sebab dia tak mampu deliver emosi dengan bagus. Dekat first half, Annabelle Tan lebih menyerlah dan mencuri tumpuan dalam setiap babak. Comel sangat dalam babak dia sembunyikan karangan mengenai impian dia ataupun babak dia ikut Quan pergi mana-mana. 

Sinematografi Olympic Dream yang berlatarkan negeri Pulau Pinan dipaparkan dengan baik dan mengambil kelebihan geografi negeri tersebut yang terletak di kawasan laut. Syok lah warm up dekat kawasan pantai. Transition pun not bad dalam beberapa babak dan ada part yang diambil dari angle yang kreatif untuk menaikkan mood penceritaan. 

Second half agak lemah sikit sebab Adelle Ng dah ambil alih untuk watak Anna. I know the struggles untuk lakonkan sebab dia bukan pelakon so patutnya pengarah main peranan untuk sorokkan kelemahan tu dan kurangkan babak drama. Boleh kata kesemua pelakon sampingan kekok dengan lakonan masing-masing sedangkan mereka ni tak terlibat secara langsung pun dengan badminton. 

Macam pengulas sukan badminton yang nampak scripted, penonton di stadium ataupun di rumah dan watak-watak sekitar Fatimah. Watak coach patutnya diberikan kepada Rashid Sidek sebab dia lebih pandai berlakon. Impak kemunculan dia mungkin lebih menarik dalam movie ni. 

Babak Anna pandang coach dia untuk ambil semangat tu macam tak meyakinkan sebab dia pandang hujung mata je tapi dalam next scene dia pusing habis untuk tengok coach dia. Kecewa jugak bila Anna tak ambil semangat dari Quan padahal watak tu ada dekat situ? Watak Quan bukan setakat coach lama Anna tapi sebagai sumber inspirasi dan penggalak kepada impian dia sejak kecil. 

Konflik dalam movie ni pun tak memberi impak sebagai halangan berat untuk Anna sebab tak ada scene Anna cuba selesaikan masalah tak ngam dengan partner. Dia tak cuba jumpa dengan coach atau BAM untuk minta tukar partner tapi dia disarankan untuk pulang ke rumah. Macam tak kena bila masalah tu bukan datang dari dia tapi watak sampingan pulun dok nasihat itu ini dekat dia. Seems unfair lah dan keadaan ni pun cuma rekaan dari penulis dan pengarah so sepatutnya dibentuk dengan lebih baik. 

Kalau boleh tak nak sentuh kelemahan pelakon tu sebab nak cari pelakon yang pandai main badminton dengan cemerlang bukan mudah. Kekuatan second half memang terletak pada skills badminton Anna dan Hao Yu (John Tan) tapi disebabkan elemen drama dan konflik yang dimasukkan tak umpph untuk ditonton buatkan naskhah ni nampak lemah. 

Untuk tonton Olympic Dream ni pun audience kena faham betul dengan permainan badminton sebab tak ada narrator, flashback atau conversation antara watak yang akan jelaskan dengan baik walaupun watak Anna pada awalnya tak pandai pun bermain badminton. Ada strategi antara Anna dengan Hao Yu untuk tumpaskan pihak lawan tapi kita tak dijelaskan pun apa strateginya. Hanya pelakon dan pemain saja yang tahu. 

Walaupun banyak kelemahan pada penceritaan tapi harapnya lebih banyak movie atau drama tentang sukan badminton yang akan dihasilkan sebab semakin ramai pemain badminton negara yang menyerlah di Malaysia. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 5.8/10

3 comments

  1. dah banyak filem mengenai sukan sekarang. satu benda yang positif tapi itulah filem malaysia tak pernah improve dari segi jalan cerita dan skrip padahal idea dan mesej bukan kemain gempak..

    ReplyDelete
  2. bukan senang nak buat filem unsur sukan ni kan. susah nak jumpa yang best. tapi kalau hollywood ok pulak plot dan lakonan kan hehe

    ReplyDelete
  3. Topi dak menarik garapan dan lakonan pula tak best..
    hope stil akan adalah filem berkiatan sukan lagi dan lagi ohsem..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.