Drama Review | Melastik Ke Hatimu (2021)

Sunday 12 December 2021

Pengarah : Azmi Hatta

Penulis Skrip : Aqma Dee

Pelakon : Janna Nick, Andi Bernadee, Hafidz Roshdi, Puteri Sarah Liyana, Azizah Mahzan, Jalaluddin Hassan, Wanna Ali, Afifah Nasir, Cassia Iman, Ezzrin Loy

Syarikat Produksi : OrangeTree Production

Penyiaran : TV3, iQiyi

Genre : Romantik / Komedi

Jumlah Episod : 13 Episod (42 minit setiap episod)

Tarikh Tayangan : 21 Januari 2021 – 11 Februari 2021

OST : "Pencinta Setiamu" oleh Usop


Haura Annisa, seorang gadis kilang dengan karakter tomboy jatuh cinta dengan mat despatch, Naim Johari (Hafidz Roshdi). Percintaan mereka terhalang dek kerana Mak Limah (Azizah Mahzan) seorang mata duitan. Anak-anaknya hendaklah berkahwin dengan lelaki kaya sahaja seperti anak sulungnya, Faida (Puteri Sarah Liyana). 

Terkejut dengan permintaan Mak Limah gara-gara wang hantaran sebanyak RM20,000.00, Naim ambil keputusan untuk batalkan hajat bertandang ke rumah Haura untuk merisik. Sebaliknya Ziyyad (Andi Bernadee) yang simpan perasaan pada Haura datang selamatkan maruah keluarga tersebut. Bangga Mak Limah bila dapat bermenantukan anak orang kaya, boss di kilang bayi tempat Haura bekerja. 

Minta lah apa saja, Ziyyad akan cuba tunaikan. Nak sofa baru, dapat sofa RM9,999. Nak renovate dapur, dapat juga duitnya. Dalam masa yang sama Ziyyad cuba bantu ayah Haura (Jalaluddin Hassan) dengan hantar ke rawatan fisio supaya dapat berjalan semula. Lebar senyuman Mak Limah setiap kali Ziyyad pulang ke kampung. 

Tapi tak lama pun kebahagiaan tu bila ayah Ziyyad (Ridzuan Hashim) meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya dan mewariskan semua hartanya kepada anak tiri termasuklah rumah banglo yang didiami oleh keluarga Ziyyad dan kilang bayi tempat Ziyyad bekerja. 

Walaupun jalan cerita drama Melastik Ke Hatimu arahan Azmi Hatta ni agak cliché tapi mesej sosial dia kuat bila watak Mak Limah ditonjolkan sebagai watak antagonis yang tamak dengan harta dan suka bandingkan anak dan menantu. Bagi lah harta banyak macam mana pun kalau hati tu dah tamak, seluas lautan pun tak cukup. Menyampah sangat tengok perangai dia. 

Kalau jadi Azzam tu pun tak hamak nak hulur sebab nanti habis dekat benda-benda yang tak berfaedah. Watak Fatin pun sama naik je dengan mak dia, elok sangat lah Wani Kyrie berlakon dengan Azizah Mahzan, sesuai sangat berlakon anak-beranak. 

Masa tengok scene En Kadir tu dah menyampah dah kenapa skrip dia macam merendahkan perempuan bila watak tu cakap perempuan ni bukannya nak mengaku bila dia buat salah tapi bila makin ke episod yang lainnya, baru nampak yang watak dia sebenarnya bermasalah. Menggatal dengan perempuan lain sampai menganiaya isteri dan anak dia. Ni lagi satu masalah nafsu kuda, tak pernah bersyukur dengan yang di depan mata lepastu tambah masalah dengan menipu sudahnya menyusahkan semua orang. Cukup lah ada tiga watak negatif macam ni dah boleh lumpuh satu keluarga dan bagi kesan berpanjangan. 

Pertama kali tengok Andi Bernadee berlakon dan pengarah nampak bijak bagi dia watak boss kayu cengal untuk tutup kekurangan dia sebagai pelakon baru. Bila ada scene dengan Janna Nick baru nampak watak dia hidup sikit. Chemistry Andi dengan Janna pun not bad lah, sama juga Janna dengan Hafidz Roshdi. Sometimes the latter nampak try hard sangat dengan gaya rock diorang tu. But that’s okay lah sebab elemen komedi yang dimasukkan dalam naskhah ni. 

Bila tengok drama ni rasa tertarik pula nak baca novel Melastik Ke Hatimu karya nukilan Aqma Dee sebab terbaca sedikit sedutan yang diletakkan di Goodreads lagi menarik situasinya berbanding yang digambarkan dalam drama. Ye lah drama kan terikat dengan rules syarikat penyiaran, nak pulak TV3 yang penontonnya tergolong dari kalangan orang lebih berusia. Kang tak memasal kena kecam teruk. 

Anyway I had fun watching Melastik Ke Hatimu di iQiyi dengan lagu tema Pencinta Setiamu – Usop. Lagu tu dah la ada mood komedi dan santai, sesuai lah dengan jalan cerita drama ni. 

1. Team Production + 1, 2. Visual +1 , 3. Audio +1 , 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6  =  8.5/10

1 comment

  1. Memang fun gila tengok drama ini.. Tak sangka menarik gandingan Janna dan Andi.. hehehe..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.