Drama Review | Budak Tebing 2 (2021)

Sunday 5 December 2021

 

Pengarah : Feroz Kader

Penulis Skrip : PGRs Team, Sofia Aliza, Janjira

Pelakon : Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Firdaus Ghufran, Fariz Isqandar, Fauzi Nawawi, Imran Aqil, Pablo Amirul Zarina Zainuddin, Syafie Naswip

Syarikat Produksi : Country & Universal

Penyiaran : TV3 (Slot Lestary), iQiyi, Viu

Genre : Drama 

Jumlah Episod : 13 Episod (42 minit per episod)

Tarikh Tayangan : 18 Jun 2021 – 9 Julai 2021

OST : CIAO – Joe Flizzow ft MK & Jay Park

Trailer :


Setelah gagal ke Pulapol (Pusat Latihan Polis), Tongki (Aedy Ashraf), Arif (Adam Lee) dan Talam (Firdaus Ghufran) meneruskan kehidupan masing-masing di bandar Kuala Lumpur tersebut. Arif sebenarnya menolak tawaran Pulapol sebab dia terpaksa menjaga ibu dia, Aida (Amyza Aznan) yang lumpuh satu badan akibat darah tinggi. 

Selepas ibu dia meninggal, ayah dia, Fendi (Fauzi Nawawi) pula datang untuk mohon maaf dan tebus kesalahan lampau. Arif buka hati untuk terima ayah dia tapi tidak Yoyol (Fariz Isqandar) bila trauma dia ditumbuk semasa kecil masih segar dalam ingatan. Ayah yang dia kenal adalah ayah yang kaki pukul, baran, curi duit isteri dan tinggalkan anak-anak. Gara-gara ayah dia, Yoyol selalu lepak dengan Pijoy (Imran Aqil) tapi makin bertambah masalah keluarga ni bila Pijoy suka mencuri walaupun dia kaya-raya.

Pablo (Pablo Amirul) datang ke Kuala Lumpur untuk balas dendam kepada Budak Tebing kerana bagi dia hutang darah dibayar dengan darah. Dia tak nak guna kekerasan sebab dia tak nak polis hidu kegiatan mereka dan mengganggu bisnes jadi dia guna strategi untuk ganggu emosi dan psikologi Budak Tebing sampai mereka jadi kemurungan dan pilih untuk bunuh diri. 

Memang banyak sangat helah yang digunakan oleh Pablo dan konco dia untuk sakitkan Budak Tebing tambah pula Tongki bila dia penat bekerja dan penat menjaga ayah dia yang dementia. Arif dan Yoyol pula sering bergaduh, ada saja perkara yang dijadikan isu. 

Watak yang paling menyampah dalam sequel drama arahan Feroz Kader kali ni ialah watak Laura (Bella Dowanna) sebab suka cari penyakit. Dah elok ada keluarga, nak cari keluarga kandung pulak lepastu nak terasa dengan Ira (Eyka Farhana) padahal budak tu baru nak merasa ada keluarga dan pelajaran yang elok. Dah lah selfish, degil pulak tu. Watak dia la yang paling tak perlu ada screentime yang banyak dan lemah sekali. Bukan nak kata watak dia kena jadi perfect serba-serbi tapi tak perlu lah nak kembangkan dan ulang perangai yang sama sampai mencacatkan jalan cerita. 

Penceritaan dalam drama Budak Tebing 2 ni tak konsisten macam yang pertama, Budak Tebing (2020). Nak kata sebab tukar penulis, seorang je pun yang bertukar, takkan lah banyak sangat dikacau. Awalnya Pablo kata dia tak nak bunuh orang sebab taknak polis kacau tapi tak lama pun diorang dah mula bunuh orang dan campak dekat gaung. Dia kata taknak kacau anak-anak Fendi tapi Arif dengan Yoyol ahli kuat Budak Tebing. Kenapa dia kacau Jajah, Ucop dengan Paan (Syafie Naswip)? Kenapa dia nak simpan Ucop? 

Banyak lagi lah perbuatan Pablo yang timbulkan banyak persoalan tapi tak dikembangkan dengan baik. Tapi yang paling kelakar haruslah ayat dia bagitahu Talam (Firdaus Ghufran) yang dia lebih bijak dari Broger (Syazwan Zulkefly) sebab dia bertindak guna gerak hati. Hmmm apooo? Ingatkan dia nak kata strategi dia bagus ke apa rupanya pakai gerak hati je lepastu kena khianat dengan Ken. 

First time nampak Imran Aqil berlakon dan first time jugak kenal dia sebab nampak dia dalam tweet Dahlia Rizal. Walaupun screentime dia pendek tapi lakonan dia bagus lah sebagai anak orang kaya yang kurang kasih sayang. Friendship Budak Tebing pun sweet lah especially Arif dengan Tongki tapi macam menyampah pulak tengok watak Maria yang sengaja ditambah lepastu bawa konflik yang tak penting. 

Sama macam yang pertama, Budak Tebing 2 pun ada banyak konflik untuk diselesaikan dalam masa yang pendek sebanyak 13 episod. Patutnya tak perlu pun cipta hubung kait antara Ira dengan Fendi ataupun Ira dengan Maria sebab nampak tibehhhh sangat. Baik develop friendship Ira dengan Tongki sebab diorang rapat dalam previous season tapi dalam sequel tak nampak langsung keakraban tu. Sama lah jugak dengan Yoyol. 

Sinematografi Budak Tebing 2 merepek sikit kali ni sebab cameraman seolah-olah bereksperimentasi dengan beberapa teknik macam ambil shot dari side mirror. Sekali dua nampak lah kreatif tu, lima enam kali rasa nak lempang. Banyak pulak tu babak yang shaky lepastu bersilih ganti zoom muka. Buat relaks sudahlah. 

Untuk sequel ni latar tempat terbahagi kepada dua lokasi utama, di Kuala Lumpur dan Shah Alam terutamanya AEON Shah Alam, tempat Yoyol dan Pijoy selalu lepak. Rumah Fendi tu sebelah Suria Jaya, Shah Alam sebab masa tidur dekat Homestay Arissa ternampak rumah cantik dekat sebelah bangunan. Tak sangka boleh tengok belah dalam dia dalam drama ni. 


Music album untuk Budak Tebing 2 ni macam over sebab semua lagu nak sumbat dalam satu drama dan kebanyakan lagu tak relate pun dengan cerita. Lebih kepada nak hype lagu je sebab lagu tema CIAO tu tak lah berkaitan sangat dengan penceritaan. Lagu Sakit ada juga tapi tak banyak muncul. 


Overall drama sequel Budak Tebing ni dah mula hilang kekuatan penceritaan dia dan mula menginjak ke drama yang berunsurkan dendam dan aksi. Tak kisah pun nak letak tema tu tapi biarlah penceritaan tu kuat supaya tak nampak tergesa dan muncul secara tiba-tiba. Sama juga lah nanti bila Pablo bagi hint dia akan datang dari Thailand untuk selesaikan hutang lama dengan Budak Tebing. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 5.6/10

3 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.