TV Show Review | iKON TV

Sunday 13 June 2021

Director : iKON

Writer : iKON

Cast :  B.I, Bobby, Jay, Ju-ne, Yunhyeong, Donghyuk, Chanwoo

Production Company : YG Entertainment

Distributor : YouTube, JTBC, VLIVE

Genre : Variety Show

Running Episodes :  11 episodes (60 minutes per episode)

Release Date : 21 April 2018 – 30 June 2018

Teaser : 


Masa tengok survival show Kingdom : Legendary War tu tak puas bila tengok VT iKON so rewatch balik iKON TV sebab rindu dengan iKON masa bertujuh. Rancangan iKON TV ni diterbitkan oleh YG Entertainment dengan konsep self-video dan ahli kumpulan iKON sendiri yang bergilir jadi Program Director untuk create content yang diorang suka sebanyak 11 episod. 

Dekat episod pertama diorang kena isi interview untuk tentukan siapa Program Director utama dengan top-tier PD dekat YG Entertainment. Memandangkan sejak zaman trainee iKON tak pernah pergi interview, so semua nervous, blank dan tak ada skills untuk jual diri depan semua Program Director. 

Idea  Yunhyeong agak old school dan membosankan memandangkan fans iKON kebanyakannya teens dan early 20s. Idea B.I pula terlampau santai untuk sebuah program yang besar. D.K terlampau panjang explanation sampai membosankan interviewer. Jay terlampau nervous walaupun starting dia bagus. Bobby pula terlampau panik dan segan depan barisan PD yang garang. So semua PD setuju untuk pilih June sebagai main PD. 

Sebagai main PD, June ditugaskan untuk buat teaser iKON TV yang menarik supaya dapat tarik audience. Episod 1 pun dah macam-macam ragamnya dengan tetamu jemputan – 5 Celebs yang datang untuk bantu menghiburkan rancangan. 

Dalam TV show ni iKON kena fikir macam mana untuk dapatkan peruntukan dana supaya boleh hasilkan music video untuk lagu Beautiful. Diorang decide untuk berpecah kepada 3 kumpulan then muncul satu group dalam rancangan YG Foods pada malamnya. June dengan Chan buat part-time dekat kedai makan Seungri Big Bang. Jay dengan B.I buat part-time dekat pet daycare. Bobby, D.K dengan Yunhyeong buat part-time dekat salon kanak-kanak. 

Pengalaman baru untuk diorang semua sebab tak pernah bekerja luar dari bidang entertainment. Dekat situ baru nampak macam mana orang kebanyakan bekerja setiap hari. Memasing penat dengan part-time yang agak mencabar sebab kesemuanya bidang retailing dengan heavy customer. Nasib baik masa muncul dekat YG Foods tu sekejap je. Baru muncul 5 minit untuk makan terus dapat tahu dah sold out product tu. Boss tu dah janji nak bagi payment double kalau sold out. Penat bekerja dari siang terus hilang bila dapat reward besar macam tu. 

Dalam banyak-banyak program, paling best under Yunhyeong sebab dia minta untuk bawak diorang semua pergi ke Pulau Mungapri. Dah la view cantik, happy tengok diorang pergi cari clam dengan baby sotong dekat pantai. Berdekah tengok part June kena tegur dengan nenek tu sebab dia kutip batu bukannya clam. Jay, Chan dengan D.K pergi kebun untuk kutip sayur untuk makan tengahari. Rasa nak join makan sekali bila tengok Yunhyeong masak untuk diorang semua sebab dia memang pandai masak.  

Episod 6 penat gelak sebab iKON kena pergi medical checkup untuk pantau kesihatan diorang. Malam sebelumya tu kena puasa sampai lah esok tengahari. Paling mencabar sebab haus lah. Perut diorang kena kosongkan sebab nak buat gastroscopy. Dah settle dekat situ, diorang pergi berjumpa dengan pakar hipnotis untuk mental health. Paling kelakar part Jay sebab dia imagine dia dekat dental clinic lepastu merajuk sebab iKON member tak ajak dia makan taco sekali. Paling sedih bila D.K dengan Bobby menangis pasal family diorang. 

Dalam iKON TV ni banyak lah boleh tahu pasal lifestyle iKON macam mana kalau tak busy sangat dengan album promotion ataupun private concert. Boleh tengok bilik June yang selalu bersepah ataupun fashion style dia off stage. Perangai merepek dia kalau sorang-sorang ataupun depan orang. Jay yang selalu kena bahan lepastu penat nak jaga ahli group yang lain. Perangai Yunhyeong yang selalu utamakan member lain dan hati tisu. Happy tengok friendship diorang sebab memasing dah rapat sejak zaman trainee. Tidur, makan, mandi, lepak, dance practice, masuk survival show, menang awards, jumpa fans semuanya sama-sama. 

Walaupun diorang guna konsep self-video tapi ada je cameraman yang ikut untuk make sure diorang tak terlepas mana-mana scene penting. Macam tak puas tengok 11 episod iKON TV and besar kemungkinan ada Season 2 pulak nanti sebab diorang pun dah aktif balik untuk comeback album baru. You guys boleh tengok dekat Youtube dengan english subs. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

3 comments

  1. Antara yang dalam list untuk ditonton.. Memang seronok nak tengok gelagat diorang ini..

    ReplyDelete
  2. hahahahah tv show korean and japanese mmg best layan

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.