TV Show Review | Mix & Match Episode 9

Monday 21 June 2021


Director : Yang Hyun Suk (YG)

Writer : YG Entertainment

Cast :  Team B (B.I, Bobby, Jay, JuNe, D.K, Yun Hyeong), Jung Jinhyeong, Yang Hongseok, Jung Chanwoo, YG, JYP,  Masta Wu, Tablo, Lee Hi, AKMU, Yoo In Na, Big Bang, 2NE1, WINNER, PSY

Production Company : YG Entertainment

Distributor : Mnet

Genre : Survival Show

Running Episodes : 9 episodes (45 minutes per episode)

Release Date : 11 September 2014 – 6 November 2014

Video :


Pelik sikit cara Mnet tayang episod hujung survival show Mix & Match ni sebab episod 8 tunjuk final match tapi dekat episod 9 dia patah balik ke rehearsal, fans reaction dan beberapa footage dekat backstage dengan undian para juri. Dalam episod ni je fans boleh nampak family Chanwoo sebab dia tersangatlah private orangnya. Ayah dia pun memang nampak betul muka korporat tu. 


Permulaan episod ni tunjuk farewell party, idea dari Jay untuk buat dekat rooftop YG Entertainment. Dia setup party tu simple je sesuai lah dengan bajet trainee haha. Beberapa hari sebelum tu dia buat manito game bila diorang kena pilih nama untuk sesi bertukar hadiah dekat party tu nanti. 

Paling best tengok hadiah B.I kepada Yunhyeong sebab dia beli satu kotak lipbalm Nivea sebab dia terdengar Yunhyeong nak lipbalm tu. Yunhyeong memang obsess dengan lipbalm Nivea sampaikan Nivea ambil iKON jadi duta lepas diorang debut. Nak masak ke, main game, training mesti dia tenyeh lipbalm dulu. Kalau sekarang mungkin dia akan happy bila dapat hadiah yang berkaitan dengan kulinari sejak ada Youtube acc Songchelin Guide. 


‘9 members of us will be only 7 of us. It would be sad to go. I try not to like new guys but I couldn’t help it.’ – Bobby

Masa final match tu sama tarikh dengan birthday B.I yang ke-20 tapi disebabkan final match so iKON tak dapat nak prepare party gempak sebab semua busy. Masa survival show WIN (2013) JuNe cakap  nak celebrate grand tapi tak sangka pulak ada survival show lagi. Sebab busy dengan rehearsal, B.I tak sangka langsung iKON member buat prank untuk birthday dia. WINNER pun ada untuk celebrate sekali sebab diorang perform dua lagu sama-sama dekat final match. 


Undian dari 26 orang juri di bawah YG Entertainment dibuat lepas live performance dan rata-ratanya pilih JuNe, Yunhyeong dengan DK sebab improve banyak dari WIN dan menyerlah dari 3 orang trainee baru. Tak tahu siapa yang YG pilih sebab dia tak reveal pun undian dia macam juri-juri lain. Dia cuma cakap yang dia pilih untuk akan banyak bantu B.I in future. 

Lepas final match tu 6 orang trainee yang duduk dekat hostel kena balik rumah dulu sebelum dipanggil masuk balik sebagai official member iKON untuk debut. Malam last tu diorang semua tidur sama-sama dekat ruang tamu sebab B.I nak createlast moment together. Comel tengok Bobby tidur dengan Pooh dia sambil peluk Jay. Twin Monster tidur sama-sama satu katil, comel je tengok sebab sebijik macam kembar. 


Jay, Bobby dengan B.I sedih tengok semua balik sebab tinggal diorang bertiga je dekat rumah tu. Terasa betul kosong bila 6 orang keluar. Banyak kali Jay peluk semua 6 orang tu sebelum diorang balik sebab tu last time diorang jumpa. DK yang sebilik dengan dia pun dia susah nak lepas sebab takut nanti tak dapat debut sama-sama. Susah nak jangka siapa yang akan dapat masuk dalam iKON sebab masing-masing ada kekuatan dan ada peminatnya tersendiri. 


Sebelum last day tu  actually banyak lagi aktiviti diorang sama-sama tapi YG Entertainment simpan dalam unreleased video untuk yang beli CD survival show ni je. Boleh nampak lah diorang semua banyak kenangan sama-sama sampaikan Hongseok nangis masa nak balik tu. Dalam masa 6 bulan banyak ilmu yang dia belajar dekat sana. 

Dekat hujung episod ni Mnet reveal semua ahli lengkap iKON and surprisingly undian DK agak rendah berbanding Chanwoo. Nevertheless I’m happy semua ahli Team B dapat debut. As for Hongseok, dia dah debut dalam Pentagon under company CUBE Entertainment (B2ST, BtoB, Rain, Hyuna, 4Minute, G.Na, CLC, (G)I-dle etc). Jinhyeong pula bergerak solo sebagai artis indie. 



Walaupun survival show Mix & Match ni habis pada Oktober 2014 tapi iKON debut Disember 2015, setahun lepas YG janji nak debut 7 orang trainee. Tak tahu lah kenapa peram lama sampai fans naik geram. Keluar je album Welcome Back terus dapat ranking no. 1 dekat Gaon Album Chart lepas 117 ribu unit terjual. Congrats iKON!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 9/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.