Set Ganshik Kokuma Kimchi HQ

Dari bulan lepas membawak ke bulan ni asyik layan Kdrama dengan variety show iKON so bila tengok Yunhyeong masak ataupun geng iKON makan tteobokki, mula lah terliur kemain. Dah la tak boleh nak pergi Seoul Garden makan daging grill lepastu acah-acah makan samgyupsal. 


Nasib baik la masa craving teruk tu ada orang recommend Kokuma Kimchi ni dekat Twitter. Kokuma Kimchi ni ada jual banyak sangat menu Korea macam kimchi, gimbap, tteokboki, ayam goreng dan banyak lagi lah. Ada yang dia jual berasingan, ada yang dia jual satu set. Alang-alang I nak makan tteokboki kan, apa salahnya kalau order set terus. Baru puas nak makan. 


Dalam banyak-banyak set tu, set ganshik yang ada tteokboki dengan ayam goreng so I order 2 set. Tapi penghantaran dia ikut hari. Macam I duduk dekat daerah Shah Alam, so ikut jadual penghantaran hari Rabu. I was craving on Saturday night, takkan la nak tunggu sampai 4 hari kan? By that time, I dah takde mood dah nak makan. 

Try je la whatsapp dia malam Sabtu tu, tanya boleh tak kalau hantar je hari Ahad dekat tempat I and I will cover for the delivery charge? Lama jugak dia nak buat keputusan masa tu and I tak tahu apa masalahnya because I willing to pay. Dia kata pagi esoknya dia akan update. By that time dah redho, kalau dapat, dapat la. Kalau tak dapat then I cari yang lain je ataupun makan je lah yang NSK punya walaupun tak sedap. 

Esok pagi tu dia kata boleh hantar and the delivery charge was just RM17. I pernah bayar lagi mahal daripada ni haha that's why I cakap I'm willing to pay. Since my order was quite late, I cakap dia hantar pukul 2 ke atas pun takpe as long selamat sampai. 


Dia hantar cepat gila and I was amazed jugak lah sebab dia hantar panas-panas satu hal, dia hantar advanced pulak tu. Macam tahu je nak buat makan lunch. Dia wrap semua makanan pun bagus sebab bekas yang berkuah semua dia seal elok-elok supaya tak tumpah. Even sup lobak tu tak tumpah sikit pun. Semua menu I dapat sama macam dalam poster. 


Tapi agak kelakar lah sebab I craving nak makan tteokboki tapi saiz bekas dia besar tapak tangan je. Punya lah terliur teruk nak makan sampai tak tengok dah saiz macam mana. Okay je sebab rice cake mengenyangkan, makan 4 potong pun dah hilang kempunan. Paling suka gimbap bergoreng dia sebab terasa crunchy bersarang telur tu masa makan. 


I tak suka ramen dengan sup lobak putih tu sebab terasa cuka dia. Seksa nak habiskan, nasib baik lah sikit je portion dia. Satu set ni I makan berdua dengan adik I padahal order 2 set kan? Hahaha! Satu set untuk lunch, satu set lagi untuk dinner kekeke

My complaint cuma satu je lah, ayam goreng tu jangan la bagi isi sampai 3 ketul. Sesak dada nak habiskan, dah la tak minat isi. Bayangkan terliur tengok June dengan Dongdong makan drumstick goreng tiberr kita makan isi je hahahambarnya rasa. 

Kalau siapa yang duduk area KL dengan Selangor, nak try makanan Korea ataupun nak makan makanan Korea, boleh la order dekat Kokuma Kimchi ni. 

7 comments

  1. wahhh rabia tak pernah makan kimchi tuu

    ReplyDelete
  2. Wahh I pun ikonic 👀 , paling suka tgok yunhyeong masak bagi makan ahli members lain .Comel je.

    Kalau sophea pun tak boleh makan kimchi sebab cuka

    ReplyDelete
    Replies
    1. awww yeayyy ada geng!! Ha'ah suka tengok channel masak dia. Paling kelakar tengok dia masak untuk June. Muka je handsome tapi tak reti masak megi

      Delete
  3. Lama tak makan Korean food sampai naik mengidam dahh nih hehe. Kimchi ada beli buat stok kat rumah, boring2 masak kimchi stew. Kalau ada set macam ni dekat lama dah order nih..sedapnya..

    ReplyDelete
  4. Rindu nak makan kat Seoul Garden. Tak tahulah bila pula boleh makan kat sana.

    ReplyDelete
  5. Ya ampunnnn knoe la bukak post ni..craving wehhh

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.