iKON | Kony's Wintertime Sapporo 2016

Monday 28 June 2021

Vacation iKON sebelum ni semuanya masa musim panas tapi kali ni diorang pergi vacation di Sapporo, Jepun pada musim sejuk. Bukan setakat kelainan pada segi cuaca malah setiap ahli diberikan Konicwatch untuk rakam pergerakan iKON setiap masa. 

DK : Do you go toilet with Konicwatch? 

B.I : Byeongcheol and I are a good friend. We go to the toilet together.

DK : Awful

Semua orang tengah blur macam mana nak biasakan diri dengan Konicwatch tapi B.I dah siap bagi nama. Bukan nama Byeongcheol je tapi ada lagi 4 nama berbeza mengikut negara. 

Kalau ikutkan dari conversation iKON, bandar Sapporo terkenal dengan snow crab, kari ataupun kambing. So for lunch iKON pergi ke restoran kambing bakar. Terliur betul tengok sebab dah lama tak makan kambing bakar haha. Dah habis makan ada challenge minum Coke one shot. Kembung perut masing-masing lepastu menyesal sendiri. 

Lepas habis lepak dekat situ, diorang ke guesthouse berkonsepkan kabin kayu. Macam dalam cerita fairytale dengan snow lagi. Memang cantik lah. Malam tu diorang buat game night tapi hall dekat situ cantik sebab penuh dengan gambar-gambar iKON dari konsert, selca ataupun gambar yang staff ambil. iKON kena pilih 3 gambar yang diorang paling suka antara semua. Dekat belakang gambar tu ada soalan, bonus ataupun denda depends on luck masing-masing. Sambil main game, sambil imbau kenangan iKON. 

Selain dari game tu, iKON kena jawab soalan pasal member macam dalam Season’s Greeting Summertime Saipan 2016. Bezanya kali ni masing-masing ada hammer toy untuk pukul siapa yang salah jawab. Kalau sebelum ni DK dapat banyak jawab tapi kali ni dia banyak kena pukul sebab jawapan diorang sengaja ubah ataupun mengada-ngada. 

‘You don’t know I love to eat meat, Jinhwan?’ – Bobby

Dalam season’s greeting kali ni dah mula nampak kecanggungan antara Bobby dengan JuNe so masa main game banyak kali diorang kena bahan. DK dengan Chanwoo sampai persoalkan kenapa Bobby pukul JuNe gitu2 je padahal dia kena pukul kuat setiap kali salah. Masa main compliment game, macam orang mengantuk disorong bantal lah bila Bobby berjumpa dengan JuNe dengan harapan nak merapatkan hubungan diorang tapi sama jugak, tetap awkward. Sampai sekarang pulak tu.

Since iKON dah mula famous tahun 2016 dan dapat CF deal, Yunhyeong dapat jadi duta lipbalm Nivea. Kalau tengok dalam Mix & Match (2014) time practice pun tak tinggal lipbalm dia. Bila B.I hadiahkan sekotak lipbalm Nivea, dia punya happy tu satu bangunan boleh dengar dia menjerit. Dalam Season’s Greeting ni ada sedutan CF Yunhyeong tapi Chanwoo punya cringe sampai nak pukul kembar dia. 

Hadiah kepada yang menang game ni dapat pergi spa untuk massage session. Dah habis main game ada time capsule yang penuh dengan soalan diorang sebelum debut. Semua orang serious dengan soalan masing-masing tapi JuNe tanya dia handsome ke tak? Ye JuNe, kau lah paling handsome dalam iKON. Sama naik jugak dengan leader pun bila dia tanya macam mana nak ada girlfriend. 

Masa tengok balik Season’s Greetings lepas tengok Kingdom : Legendary War (2021) ni rasa happy sebab Jay dah dapat ramai kawan dari idol group lain macam Inseong SF9, Wooyoung Ateez, Hong Joong Ateez, Eric The Boyz, Eunkwang BTOB, Changmin SKZ. One thing yang I suka dengan Kingdom sebab iKON jumpa ramai kawan walaupun kena sabotaj haha

Antara semua Season’s Greeting, Wintertime Sapporo paling sweet sekali sebab iKON dapat cincin emas dengan ukiran tarikh debut diorang. Kalau dalam tradisi Korea, baby yang berumur 1 tahun akan dapat cincin emas so konsep yang sama jugak kepada iKON bila dah cecah anniversarry pertama sebagai idol group. 

Esoknya iKON main game dekat bukit bersalji tapi JuNe jadi referee je sebab dia dah demam selsema. Kumpulan yang kalahkena mandi salji dan dapat makan ramen je untuk lunch sementara yang menang makan set ayam goreng. Suka tengok kawasan tu sebab cantik sangat macam dalam movie. 

Tengok ketebalan fur coat diorang dah boleh agak betapa sejuknya kawasan tu. Macam mana diorang boleh tahan mandi salji pun tak tahu lah. 

2 comments

  1. omgg look at the snow!! i teringin gila nak main snow

    ReplyDelete
  2. You’ve written nice post, I am gonna bookmark this page, thanks for info. I actually appreciate your own position and I will be sure to come back here.Street View Online

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.