TV Show Review | Mix & Match Episode 5

Monday 21 June 2021


Director : Yang Hyun Suk (YG)

Writer : YG Entertainment

Cast :  Team B (B.I, Bobby, Jay, JuNe, D.K, Yun Hyeong), Jung Jinhyeong, Yang Hongseok, Jung Chanwoo, YG, JYP,  Masta Wu, Tablo, Lee Hi, AKMU, Yoo In Na, Big Bang, 2NE1, WINNER, PSY

Production Company : YG Entertainment

Distributor : Mnet

Genre : Survival Show

Running Episodes : 9 episodes (45 minutes per episode)

Release Date : 11 September 2014 – 6 November 2014

Video :



YG bagi kejutan dekat semua trainee bila dia jemput penyanyi perempuan dekat YG Entertainment untuk jadi penyanyi jemputan pada pusingan pertama penilaian. Dekat Episod 4, Lee Hi join Team B.I, Hanna join Team Bobby dan Soohyun AKMU join Team Jay. Happy la Soohyun sebab dia crush dengan Jay. Sejak WIN lagi dia pilih Team B sebab dia nak Jay menang. 


Lee Hi mula rapat dengan B.I sejak bekerja sekali dalam survival show ni. Energy diorang sama level even level competitive pun sama tapi benda tu jugak yang buat jadi gaduh. B.I tolong Lee Hi dengan lagu No One sebelum keluar iKON lepastu Lee Hi duet dengan B.I untuk lagu Daydream dalam album Waterfall. Masa dalam episod 4, Hongseok ada masalah pada vocal, dalam episod ni pun dia kena marah dengan Lee Hi sebab dah beratus kali ajar pun dia tak dapat note yang diorang tetapkan. 


Team Bobby pula struggle dengan vocal Chanwoo sebab dia tak boleh nak hit highnote lepastu guru vokal tegur yang part dia terlampau sikit. Chanwoo menangis sebab cuak dia tak boleh nak perform bagus sebab selama ni B.I banyak tolong dia improve untuk vocal. Bila masuk kumpulan lain dia jadi pressure sebab tak boleh nak match dengan cara orang lain. Tak tahu kenapa ranai yang kata B.I suka buli Chanwoo padahal terang-terang Chanwoo bagitau B.I yang paling banyak tolong dia. 


Stress dengan penat training sampaikan Chanwoo dah nak collapse sebab demam panas. Muka dia pun jadi pucat. Bobby paling risau masa tu sebab dia faham rasanya sakit tapi jauh dari family. Dah la Chanwoo maknae, lagi lah dia risau dengan condition Chanwoo. Terus dia ajak pergi hospital lepastu suruh berehat sampai sihat. No wonder lah Seungri bukak cerita pasal layanan GD  masa dia sakit bila bawak iKON pergi variety show. 


Dalam episod ni diorang semua busy packing untuk pindah ke rumah baru yang mana rumah tu jadi hostel diorang sampai sekarang. Jauh beza lah dengan rumah lama padahal memasing dah sedih nak tinggalkan rumah lama sebab ada banyak kenangan. Bila masuk rumah baru terus lupa habis pasal kenangan tu haha. 

Rumah baru diorang sama blok dengan Tablo so diorang beli ole-ole lepastu pergi melawat. Dah besar dah Haru sebab last time nampak dia dekat dalam Return of Superman tu. Rumah baru diorang ni pun satu blok dengan Blackpink jugak tapi tak tunjuk lah dalam ni sebab Blackpink belum pindah lagi masa ni. 


Untuk penilaian terakhir sebelum final stage, Tablo Epik High, San-E, Grey, Simon D dengan YG akan jadi juri. Masa dalam WIN tak nampak sangat Tablo ni jenis juri yang macam mana sebab ramai juri yang datang lepastu komen dan pemilihan tulis dekat dalam borang je. Kali ni betul-betul ikut konsep competition so boleh nampak la yang dia memang susah nak bagi markah dan banyak aspek yang dia nilai. Susah nak puaskan hati dia even markah yang YG bagi lagi tinggi dari dia. 


Berbeza betul dengan karakter wife dia yang lembut siap pesan lagi dekat iKON supaya jangan stress sangat pasal competition ataupun survival show ni sebab diorang semua muda lagi. Kalau diorang kalah dalam Mix & Match ni pun masih jauh lagi perjalanan dan banyak peluang terbuka dekat luar sana.

'Don't trap yourselves in the idea of survival. Instead of focusing winning or losing, focus on when you will be at the top' 


Performance pertama dari Team Jay dengan lagu Treasure – Bruno Mars. Konsep yang diorang bawa tersangatlah comel sesuai dengan fizikal masing-masing. Happy betul YG tengok performance dari Team Jay nak pulak bila Soohyun tembak hati dia masa klimaks tu. 

Then performance dari Team Bobby dengan lagu Lets it Started – Black Eyed Peas. Menyerlah betul vocal JuNe masa performance ni dengan kekuatan chemistry dan energy bersama Hannah memang buatkan semua juri enjoy layan sebab dah rasa macam dekat konsert. Performance yang lain akan bersambung dalam Episod 6 nanti. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 9/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.