TV Show Review | WIN - Who Is Next? : Episode 7

Monday 21 June 2021

Director : Yang Hyun Suk (YG)

Writer : YG Entertainment

Cast :  Team A (Song Min Ho, Kang Seung Yoon, Nam Tae Hyun, Kim Jin Woo, Lee Seung Hoon), Team B (B.I, Bobby, Jay, JuNe, D.K, Yun Hyeong), YG, JYP, Big Bang, 2NE1, Masta Wu, Tablo, Lee Hi, AKMU, Yoo In Na

Production Company : YG Entertainment

Distributor : tvN, Mnet

Genre : Survival Show

Running Episodes : 11 episodes (45 minutes per episode)

Release Date : 24 August 2013 – 27 October 2013

Video : 


Lepas persaingan sengit dalam Episod 6, kedua-dua team dapat peluang untuk jadi backup dancer dekat comeback performance Crooked! dari G-Dragon. Setiap team kena hantar wakil untuk berdiri betul-betul dekat belakang GD nanti. Nam Tae Hyun dari Team A dan JuNe dari Team B tapi disebabkan JuNe tak dapat style dengan step yang coach nak, B.I terpaksa gantikan dia. 

Masa diorang practice sama-sama tu boleh nampak lah B.I jadi singa untuk make sure semua steps perfect. Walaupun Team A lagi tua dari dia pun, diorang tak kisah sebab dah tahu dah perangai B.I macam mana. Lagipun tarian free style bukan forte diorang. Malang nasib Min Ho masa tu sebab kaki dia terseliuh masa practice. 

Bukan setakat tak dapat jadi backup dancer GD, dance choreography untuk Battle pusingan kedua terpaksa ditukar dan dia dilucutkan sebagai leader Team A serta-merta. Menangis dia bila YG buat keputusan mengejut macam tu. Sampai sekarang Min Ho tak pegang dah jawatan leader tu. 

Walaupun performance Crooked tu sekejap je tapi jadi pengalaman berharga untuk kedua-dua team sebab banyak benda diorang dapat belajar dekat stage tu. 

Keesokannya kedua-dua team berkumpul dekat YG Entertainment sebab YG nak jumpa untuk umumkan lagu yang akan ditetapkan oleh dia sendiri. Team A dapat lagu Officially Missing You - Tamia untuk vocal performance sementara Team B dengan lagu Baby – Justin Bieber sebab YG nak tengok diorang keluar dari genre dan kekuatan vokal masing-masing sebab kelemahan Team B dekat situ. Sama juga dengan Team A sebab genre lagu tak jauh beza pun. 

Performance kedua dengan menggunakan lagu original dari kedua-dua kumpulan. Terpulang kepada kreativiti kedua-dua kumpulan untuk lebihkan rap ataupun vokal. Performance ketiga pula tertumpu pada dance performance dan bebas untuk ambil mana-mana koreografi. 

Team B happy dalam episod ni sebab Yun Hyeong ajak diorang semua makan daging bakar dekat restoran family dia. Sebagai tanda penghargaan kepada Bobby, B.I dengan Jay sebab banyak ajar dia, JuNe dan DK sampai bagi impression bagus pada YG dan senior artist yang lain. Menangis bila tengok scene baca surat tu tapi curious gila nak tahu surat JuNe kepada Bobby macam mana. Mesti dia buat karangan sengal ubi sebba tu Mnet tak masukkan haha. 

Juri jemputan untuk pusingan kedua ni adalah JYP, Yoon Jong-shin (juri SuperStar K) dan Lee Hyun-Do (juri rancangan Show Me The Money). Semua ni bukan calang-calang juri lah yang YG jemput. Dah la mission makin berat, juri pulak semakin menakutkan. Dalam pusingan ni kedua-dua team ada kelemahan bila Min Ho injured dan Team B tak cukup masa untuk practice lagu original lepas beberapa kali kena reject dengan YG. 

Pusingan ni bertambah sengit sebab pusingan terakhir akan diadili oleh para juri yang mempengaruhi markah sebanyak 30%. Team B dapat markah lebih dari para juri sebab harmoni dan arrangelemt lagu bagus walaupun rap Bobby agak lemah bila berubah ke genre pop. Sementara Team A kurang memuaskan hati juri sebab rap skill yang lemah dari kedua-dua rapper dan terlebih vibrato sampai mencacatkan harmoni. 

Sekali lagi YG dengan JYP kecewa dengan Team A sebab tak boleh nak have fun dekat stage tapi terlampau fikir nak menang sampai mencacatkan performance. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.