TV Show Review | WIN - Who Is Next? : Episode 6


Director : Yang Hyun Suk (YG)

Writer : YG Entertainment

Cast :  Team A (Song Min Ho, Kang Seung Yoon, Nam Tae Hyun, Kim Jin Woo, Lee Seung Hoon), Team B (B.I, Bobby, Jay, JuNe, D.K, Yun Hyeong), YG, JYP, Big Bang, 2NE1, Masta Wu, Tablo, Lee Hi, AKMU, Yoo In Na

Production Company : YG Entertainment

Distributor : tvN, Mnet

Genre : Survival Show

Running Episodes : 11 episodes (45 minutes per episode)

Release Date : 24 August 2013 – 27 October 2013

Video : 

Guidance dan practice dari Episod 5 bersambung dalam episod ni bila kedua-dua team akan berentap pada Battle pusingan pertama. Dalam Battle ni kedua-dua team akan menggunakan pentas dan barisan para juri berubah sama ada juri dari YG Entertainment ataupun juri jemputan. Big Bang dengan 2NE1 jadi juri untuk pusingan pertama dan 70% markah akan ditentukan oleh penonton melalui undian atas talian. 

Kelebihan pada Team A sebab dah biasa perform atas stage sebab Kang Seung Yoon dah pernah debut album solo dekat beberapa stage ternama. Tapi Taeyang tetap kena polish diorang supaya dapat perform dengan lebih relaks. Bila terlampau nervous dan tegang, lagi senang nak buat silap lepastu dah susah nak cover sebab dah lost. Nam Tae Hyun masih lagi problem dengan key dan beat walhal YG dah banyak kali tegur pasal ni. 

Team B struggle sikit lah nak adapt dengan penggunaan stage yang lebih luas dari bilik latihan diorang. Masa ni G-Dragon main peranan sebagai mentor untuk perbaiki kelemahan anak buah dia. Kebanyakan step Team B lebih suka berkumpul di bahagian tengah stage so nampak tak cantik sebab barisan juri pun agak panjang. Bila ada koreografi yang jarakkan setiap ahli, masing-masing mula cuak lepastu pandang kiri kanan. 

‘It’s Team B’s first stage, and their first time feeling the tension and pressure. It’s very different from their training center. I’d like them to get to know that.’ – G-Dragon

Untuk vocal round, Team A pilih lagu Only Look At Me – Taeyang. Sepatutnya dengan guidance dari penyanyi sebenar dan kelebihan vocal pada Team A, tak jadi masalah untuk dapat undian dari para juri. Min Ho pun tak mampu nak persembahkan rap skills dia dengan bagus. 

‘As an analogy to food, it was like a very clean new restaurant. It’s spick and span but there’s no flavor in it. Just a new place but no one wants to visit again. It was lacking something.’ – Daesung

Team B dah aim nak have fun dengan guidance dari GD even diorang dah nampak dekat mana kesilapan Team A bila juri pointed out. Bobby dah cakap dalam episod 5 yang dia nak jadi rapper macam TOP so dia akan buktikan skills dia dekat stage ni. Lagu yang Team B pilih untuk vocal battle, One Of A Kind – GD. 

Masa Bobby rap tu bukan setakat YG sengih lebar, TOP impressed even GD bangga bila anak buah dia dapat perform rapping skills sama hebat dengan dia. Donghyuk buat eye contact dengan Dara dengan pose yang comel dan santai antara highlight performance Team B. CL pun impressed dengan performance Team B especially bila Bobby buat hard eye contact macam GD suruh. 

Sama jugak dengan performance dalam Dance Battle bila Team B buat krumping sampai barisan juri impressed. Persembahan diorang bertenaga dan santai  dengan lagu Crayon – GD. Susah untuk Team A curi perhatian barisan juri dengan lagu Wedding Dress – Taeyang sebab dance bukan forte diorang. Tapi improved banyak untuk ekspresikan emotion macam yang YG nak. 

Lepas tengok pusingan pertama ni, boleh nampak lah barisan juri dah berubah pendirian tapi belum tentu audience pun ikut sama.  

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comments

  1. 10/10 ! amazing gila ... once klu ikut..susah nak stop kan

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.