Movie Review | Annabelle (2014)

Wednesday 9 June 2021

Director : John R. Leonetti

Writer : Gary Dauberman

Cast : Annabelle Wallis, Ward Horton, Alfre Woodard, Kerry O'Malley, Tony Amendola, Tree O'Toole, Keira Daniels 

Production Company : New Line Cinema, RatPac-Dune Entertainment, Atomic Monster Productions, The Safran Company

Distributor : Warner Bros. Pictures

Genre : Horror

Running Time : 98 minutes

Release Date : 29 September 2014 (TCL Chinese Theatre), 3 October 2014 (United States)

Trailer :


Minggu lepas movie The Conjuring 3 keluar tapi disebabkan adik tak layan lagi franchise The Conjuring dan kebetulan ternampak semua installments under The Conjuring Universe, terus decide nak layan semua kecuali The Nun (2018) sebab kitorang dah tengok dah tahun 2019 so jalan cerita dia still fresh lagi dalam kepala.  

Dalam movie Annabelle ni mengisahkan tentang pasangan yang baru berkahwin dan tinggal di Santa Monica, California. Mia Form (Annabelle Wallis) minat dengan anak patung dan suami dia, John Form (Ward Horton) terjumpa patung Annabelle dan hadiahkan kepada si isteri yang sarat mengandung. 

Kebetulan jiran Mia dengan John adalah keluarga Higgins yang ambil Janice (Keira Daniels) sebagai anak angkat. Kisah tentang Janice dengan pasangan Higgins ni dah diceritakan dalam filem Annable Creation (2017) yang mengisahkan dari mana kewujudan patung berpuaka ni. Malam tersebut Mia terjaga disebabkan jeritan Sharon Higgins (Kerry O'Malley) sebelum dibunuh oleh anak tunggalnya. 

Masa nak call ambulans Mia diserang dan ditikam di bahagian tepi perut sementara John bergelut dengan Janice (Tree O'Toole) dan teman lelaki dia yang memuja syaitan. Sebelum ditembak polis, Janice sempat transfer roh dia ke dalam patung Annabelle dan lukis simbol pemujaan di dinding rumah Mia dan John. Trauma dengan kejadian ngeri tersebut, mereka sekeluarga pindah ke Pasadena. 

Patung Annabelle dah dibuang sebelum ni tapi anehnya ada sekali dalam kotak bersama patung-patung yang lain. Sejak dari tu gangguan dan perkara aneh mula berlaku sehinggakan Mia berjumpa dengan Evelyn (Alfre Woodard), pemilik kedai buku untuk tahu lebih dalam tentang puak pemuja syaitan supaya dapat lindungi anak dia dari dibunuh. 

Movie spin-off dari The Conjuring ni berlatarkan tahun 1970 dan pasangan Warren dah mula terkenal di kalangan paderi. Dalam movie ni Father Perez (Tony Amendola) ada mention pasal diorang berdua tapi disebabkan ada kes lain yang perlukan bantuan Warren, terpaksa lah watak-watak dalam filem ni cari jalan penyelesaian sendiri. 

Actually dalam movie ni watak Janice Higgins masa kecil tu berbeza dengan Annabelle Creation. Mungkin sebab pelakon dalam movie Annabelle ni dah besar so ada komitmen lain. Tapi boleh je kot diorang guna VFX sebab dia muncul tak sampai seminit pun. Props dekat hospital tu pun tak diberikan perhatian sebab IV liquid sepatutnya letak dalam bekas kaca bukannya plastik sebab berlatarkan tahun 70-an. 

Filem Annabelle ni cuma nak terangkan kepada peminat The Conjuring Universe macam mana patung berpuaka dari kewujudan pembuatan dia beralih empunya kepada siapa sebelum sampai ke tangan pasangan Warren pada tahun 1972 dan disimpan dalam bekas kaca yang dibacakan mantera azimat oleh para paderi. 

Tak ada sesuatu yang saspen ataupun misteri pun dalam movie ni. Even pelakon utama tak pandai berlakon. Nasib baik Annabelle Wallis dengan Ward Horton sama cantik, sama padan dan saling percaya dengan each other. Instead of rasa seram, rasa cemburu dengan perempuan zaman 70-an sebab dapat lelaki pelindung dan penyayang. Rumah pun luas dengan decoration cantik berbunga. Sewa rumah mesti murah masa ni bukan macam sekarang 600sqft dah RM500k. 

Pengarah dengan penulis movie Annabelle ni mungkin malas sebab task dia untuk cerita storyline yang simple dalam masa 98 minit. Nasib baik sinematografi, background music dengan mesej cerita ni sampai.

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 6.3/10

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.