TV Show Review | WIN - Who Is Next? : Episode 3


Director : Yang Hyun Suk (YG)

Writer : YG Entertainment

Cast :  Team A (Song Min Ho, Kang Seung Yoon, Nam Tae Hyun, Kim Jin Woo, Lee Seung Hoon), Team B (B.I, Bobby, Jay, JuNe, D.K, Yun Hyeong), YG, JYP, Big Bang, 2NE1, Masta Wu, Tablo, Lee Hi, AKMU, Yoo In Na

Production Company : YG Entertainment

Distributor : tvN, Mnet

Genre : Survival Show

Running Episodes : 11 episodes (45 minutes per episode)

Release Date : 24 August 2013 – 27 October 2013

Video : 


Hasil dari team building dalam Episod 2 WIN - Who Is Next? mula menampakkan hasil pada Team A sebab diorang lebih menjaga sesame sendiri. Untuk monthly assessment ni ada kekangan pada Team A sebab Kang Seung Yoon disarankan untuk berehat sebab terlampau banyak bekerja sampai badan jadi terlampau penat. 

Dia terpaksa fokus pada practice dengan solo album promotion. Nak berdiri lama pun tak mampu. Sama juga dengan Seung Hoon lepas buat MRI, doktor buat akupuntur untuk kurangkan ketegangan dekat saraf tulang belakang dengan bahagian bawah badan. 

Team B pula fokus dengan practice sampai Jay jadi murung. Team member yang lain naik risau tengok dia yang terlampau takut gara-gara spotcheck mengejut YG hari tu. Kelakar tengok DK dengan JuNe buat prank dekat Jay sampai nak menangis. Bila tengok survival show ni boleh nampak lah perangai Jay dari dulu sampai sekarang sama je. Dia memang takut kalau team dia berpecah. No wonder lah dalam iKON TV, Bobby kata iKON takkan berjaya kalau tak ada Jay. 

‘In Jay case, he really understand music and dancing, like Tae-yang. As time passes, you realize he is sincere. The way he express his feelings when he sings or when he’s dancing with the member, it seems as if he’s filling the role of Taeyang Big Bang. I have high hopes for him.’ – Mr. Yang

Dalam episod ni kelakar bila tengok Tablo datang melawat kedua-dua team sebab dia bagitahu Team A yang diorang akan menang tanpa tengok performance Team B. Reaction muka dia lepas tengok training performance Team B tu lawak gila sebab dia dah berjanji dengan Team A nak vote diorang. Dah la dia sejenis yang susah nak bagi markah. 

Team A perform untuk vocal assessment dengan lagu New Day – Alicia Keys. Lagu Call Off The Ambulance mash up dengan lagu Welcome To My Hood untuk dance assessment.  Untuk vocal session tu nampak lah Nam Tae Hyun struggle untuk nyanyi high notes macam dia cakap sebelum ni. Dua kali pulak tu. Pelik jugak kenapa Min Ho tak arrange lagu sesuai dengan kemampuan team dia sebab B.I pandai sorok kelemahan Yun Hyeong, JuNe dengan DK setiap kali performance. 

Untuk vocal, Team B pilih lagu T-Pain – Turn All The Lights On dan lagu 6 Foot, 7 Foot – Lil Wayne untuk dance performance. Suka tengok performance Team B sebab koreografi sesuai dengan lagu dan banyak highlight menarik. Untuk vocal performance pun fun and chill sama macam yang YG nak lepas dia buat spotcheck tu. 

‘Team A perform as if they have something to lose and Team B just have fun with their performance.’ – Tablo

Penilaian kali ni berbeza sebab ada undian dari para juri yang merupakan jurulatih dan para senior artist di YG Entertianment. Berdasarkan penilaian dan undian para juri, Team B menang sekali lagi. Dalam episod ni YG bagitahu kenapa dia nak buat survival show untuk trainee sebab dia nak kedua-dua team nampak dan perbetulkan kekurangan team masing-masing. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.