Pengalaman Guna Mini Humidifier

Bila semua orang tengah kemaruk dengan Young Living, rasa macam nak join jugak tapi tak ada duit pulak nak beli satu set sebab mahal kemain. Belum masuk oil dia lagi, kalau pecah tu memang rasa nak menangis di bucu katil. Risau jugak nak letak dekat rumah sebab ada kucing. 


Masa ada Shopee sale tangan gatal-gatal nak scroll sana sini lepastu ternampak lah mini humidifier ni. Beli sebab dia murah lepastu comel siap ada lampu LED bila pasang. Harga dia around RM16 tak silap. Tak termasuk shipping tapi sebab ada voucher free shipping masa tu, tak ada la rugi sangat nak beli haha. Lepastu add to cart sekali dia punya oil. 


Gamble je pilih mana satu bau yang nak pakai. Hard bet untuk bau yang bertemakan floral, for sure lah wangi kan? Sandalwood tu sebab Freshcare yang selalu kitorang repeat beli memang bau yang tu. Ingatkan sama lah Sandalwood Freshcare dengan bau diffuser oil ni rupanya jauh betul beza. Nasib baik bau Osmanthus dengan Cherry Blossoms tu memang wangi. 

Pengalaman guna mini humidifier ni not bad lah kalau nak bagi ruang bilik yang kecil bau wangi ataupun sejuk masa musim panas sebab humidifier ni fungsi dia untuk lembabkan ruang je. Bukan diffuse untuk aromatheraphy macam Young Living tu. Selesa lah tidur bila pasang mini humidifier ni. Cantik pulak tu ada lampu LED dekat bahagian tepi. Sayangnya, jangka hayat dia sangat menyedihkan sebab bertahan sebulan je. Sesuai sangat lah dengan harga dia haha

6 comments

  1. Sebulan je.. kena beli lagi la nampaknya 😅

    ReplyDelete
  2. Samalah Sis, mula nak beli YL telan ayaq liur, tapi menabung sikit-sikit.. akhirnya dapat beli, rezeki plak kawan banyak beri gift EOnya.. last-last dah tersampuk..cuma tu lerr.. alah membeli menang memakai..
    Kat rumah ni banyak humidifier beli shopee gak, sebelum ada YL..

    ReplyDelete
  3. Kann, nak beli YL macam kayangan sangat harga dia hahaha, so beli yang murah ni je. Tapi sekejap aje bertahan. Tapi berbaloi lah nak try untuk first time hehehe

    ReplyDelete
  4. omgg same!! nak beli YL.. so mmg tgh kumpul duit hehe

    ReplyDelete
  5. akak beli YL...pakai sekali sekali je....sebab tak rajin...hihihi...

    ReplyDelete
  6. akak memang guna diffuser & eo, fana. brand local je.
    morning, lepas subuh, keje akak la on 4 diffuser kat rumah ni.
    dan lepas isyak. agar nyaman rumah ni.
    tapi time da masuk keje nanti, fana, kekadang mlm je on. tu pun kalau ingat :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.