TV Show Review | Kingdom : Legendary War Episode 2

Sunday 6 June 2021

Presenter : Changmin & Yunho TVXQ

Cast :  BtoB, iKON, SF9, The Boyz, Stray Kids, Ateez

Distributor : Mnet, AbemaTV Japan, tvN Asia

Genre : Reality / Survival

Running Episodes :  10 episodes [90 - 120 minutes per episodes]

Release Date : 02 April 2021 – 03 June 2021

Permulaan episod 2 adalah dengan pengumuman ranking bagi setiap kumpulan lepas persembahan diorang dekat Introduction Stage dalam Episod 1. Kalau nak tahu ranking tu kena layan full episod lah baru syok kan, takkan nak spoil dekat sini pulak sebab dalam review ni sembang pasal performance dan video klip setiap group je. 

Untuk pusingan pertama, pemenang akan dapat 20,000 points dengan 25% dari group evaluation (setiap 6 idol group dalam Kingdom boleh pilih 3 persembahan terbaik), 25% dari experts evaluation dengan background dalam bidang Kpop entertainment industry, 40% dari online voting oleh fans via Korea apps dan 10% dari online views di global apps (Youtube). Setiap idol group diberikan peruntukan bajet sebanyak 4 juta won untuk persembahan on stage. 

Dalam episod ni perasan yang screentime Yunho digantikan dengan muka peserta lain sedangkan Changmin dapat solo screentime. Bila belek dekat Google rupanya Yunho ada kes bila dia lepak dengan kawan-kawan dia waktu lockdown. Memandangkan kes tengah berjalan, Mnet ambil langkah selamat untuk kurangkan screentime dia sebab episod ni dah dirakam awal. 

Tema pusingan pertama ialah ‘To The World’ dan performance pertama ialah dari The Boyz dengan lagu No Air, lagu yang pernah menang dekat Rookie Awards. Even fans pun ramai yang suggest lagu No Air so diorang perform lagu ni dengan konsep dalam air sebab manusia akan desperate perlukan udara bila di dalam air. Suka tengok photoshoot diorang dalam akuarium besar tu sebab body diorang lembut masa posing. Episod lepas pun The Boyz dah show off flexibility diorang dengan tarian ballet.

 

Happy tengok performance The Boyz sebab prop penuh dekat atas stage mengikut tema api dan air. Banyak sangat stunt sebagai highlight performance tapi yang paling mencuri tumpuan bila Sunwoo tergantung dekat tali sambil menyanyi tu. Dia pandai control vocal dan pernafasan sambil berpaut dekat tali. Banyak kali dia practice supaya nampak perfect. Cara The Boyz bermain dengan kamera pun bagus. LED screen yang bergerak selari dengan dance choreography diorang menambahkan rencah pada performance. Cuma arrangement lagu je lah mehhh sikit. 

Kumpulan kedua, iKON come up dengan lagu gabungan Love Scenario dan Killing Me. Dua lagu ni yang naikkan nama iKON di mata fans Korea sejak 2018. Lagipun dua lagu ni belum pernah digunakan dalam survival show jadi untuk Kingdom, Bobby buat arrangement baru menggunakan genre reggae dengan konsep broadway musical show. 

Sebelum decide lagu mana nak ambil pun iKON dah buntu sebab lagu diorang banyak sangat yang famous – Ah Yeah, Bling Bling, Dumb and Dumber dan lagu-lagu lain. Sudahnya Bobby call Mino untuk minta tolong. DK call SeoYoong Chan pula call Chani SF9 untuk minta pendapat. Ikutkan idol group tak boleh contact each other sebab tak nak kantoi strategi performance tapi iKON ikut suka diorang je bagitau dekat SF9 haha

Masa tengok practice, performance diorang cantik sebab guna kamera dari YG tapi bila perform on stage, kamera Mnet agak menyedihkan sampai ganggu performance iKON. Part yang patut close up, dia pergi buat wide shot tapi bila yang patut wide shot, dia close up pulak. Part Song kena angkat tinggi tu dia cut then tayang Stray Kids padahal tu antara highlight performance. 


Lighting pun tutup performance tangan masa DK perform Killing Me padahal koreografi tangan tu melambangkan kecamuk emosi yang dia rasa bila putus cinta. Even props pun tak nampak macam dapat peruntukan 4 juta. Nasib baik iKON dah cakap dekat fans yang diorang nak have fun je on stage dan perform untuk mengubat rindu iKONics. Tapi bukan macam ni cara dia Mnet nak team pilihan dia naik atas. 

Sama macam iKON, idol group BTOB pun bingung nak pilih lagu yang mana untuk perform dalam pusingan pertama sebab diorang dah 10 tahun dalam industri. Chang Sub nak lagu Bull’s Eye, Wow, Beep Beep ataupun Blowin’ Up sebab dia nak ketengahkan identiti fun dalam performance diorang. Bila difikirkan balik, diorang perlu bawa lagu dengan konsep penceritaan. Peniel suggest lagu Thriller yang sarat dengan dark image dan menyeramkan sebab cerita tentang zombie.

Minhyuk pula come up dengan lagu Missing You sebab lagu tu paling dapat banyak tontonan dekat Youtube. Lagu ni juga sebagai mesej kepada Sungjae dengan Hyunsik yang tak dapat join diorang dalam Kingdom sebab tengah jalani latihan ketenteraan. 

Performance BTOB guna konsep sejarah untuk paparkan kerinduan yang amat sangat dengan musim yang bersilih ganti. Since I tak lah familiar sangat dengan ancient Korea so tak berapa nak faham sangat simbolik yang dipaparkan dalam persembahan BTOB. Since lagu Missing You ni one of my fav song, tak kisah lah BTOB nyanyi atau perform macam mana pun, I tetap enjoy. 

Cuma part Eunkwang nyanyi masa intro tu lagi cantik kalau dancer pakai seragam. Ada yang pakai pelitup muka, ada yang tak. Even outfit pun tak sama. Kalau semua ada kain yang flowy, lagi nampak dramatic persembahan tu. By the way pandai ea Minhyuk tease semua orang masa ending solo performance dia. 


Untuk episod 2 ni cuma 3 idol group je yang buat persembahan, lagi 3 akan bersambung dalam Episod 3. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.5, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 8/10

1 comment

  1. Masa ini memang wow sangat tengok iKon gabungkan dua lagu tu.. Transisi antara lagu tu memang cantiklah..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.