First Solo Album B.I - Waterfall Safely Arrived!

Buat masa ni, untuk tahun ni, bulan Jun paling menggembirakan sekali sebab dapat content dari iKON dan juga comeback B.I lepas bertahun menyepi. Masa lagu illa illa keluar memang excited gila lah sebab lagu dia best. 


Dalam lagu illa illa tu ada scene B.I pakai suits dekat laut. Kalau dalam culture Korea, yang pakai suits pastu pergi laut tu maksudnya nak bunuh diri. Kalau dekat tempat dia pun memang rasa nak bunuh diri dengan ujian bertimpa-timpa, hilang group member yang dia sayang, kena judge dan bash. 

Longingness is what I do best
Depression is the most comfortable home for me
The corners of my broken heart will be sharp
I will be the one stabbed again anyway
It's a familiar wound, it's a familiar farewell
Awkward goodbye and emptiness
It’s a familiar scene

- illa illa 



Lagu, lirik, konsep music video semuanya sedih yang datang dari hati terluka. Lagu ni berhantu sebab connected dengan listener. Sekali dengar memang tak puas lah cerita dia. Sehari boleh ulang banyak kali sebab kekuatan dengan semangat yang B.I selitkan dalam lagu. 

Stargazing by the rolling waves
I won’t shed new tears
Though I know it will crumble
I’ll probably build a sandcastle again


Kebahagiaan manusia tu bersifat sementara tapi kita tetap jugak cari punca untuk hidup bahagia. Hari ni jatuh tak bermakna selamanya jatuh. Esok, lusa atau hari yang mendatang tetap akan bangun jugak lepastu happy balik. Kalau dengar piano version boleh menangis sekali sebab comforting sangat. 

Pelik jugak kenapa B.I pilih gambar laut sebagai cover album sedangkan tajuk lagu dan album dia Waterfall. Dalam interview B.I kata proses pembentukan Waterfall tu bila air jatuh. Sama macam diri dia yang jatuh disebabkan skandal dadah tahun 2019. B.I sifatkan diri dia sebagai air yang mengalir mengikut aliran air sehingga berjumpa dengan laut dan pantai yang mempunyai support system yang kuat akhirnya. 


illa illa tu adalah interpretasi B.I untuk pergerakan ombak di laut. Lagu illa illa adalah lagu pertama dia composed masa pertama kali dia berseorangan lepas skandal 2019 tu. Boleh kata semua lagu menarik dalam solo album pertama B.I - Waterfall, illa illa, Daydream (ft Lee Hi), Numb, Illusion, Flow Away, Help Me, Remember Me, Stay (ft Tablo), Gray, Then, Re-Birth. 

I'm a liar
Telling the family I'm okay
I think I'm going to die, eh
Set me on fire
I can't remember who I am
I was a child, eh-eh
- Help Me

Setiap kali dengar baris pertama lagu Help Me mesti rasa melankolik dengan suara high note B.I untuk tarik perhatian listeners. Dia macam berbisik tapi separa menjerit macam tu lah. Kebanyakan konsep lagu-lagu B.I ada keunikan dia tersendiri macam suara dia batuk, suara burung, piano, bunyi angin, bunyi deruan ombak, buatkan album ni fresh, raw dan real. Bunyi di sekeliling kita boleh jadi kekuatan pada lagu yang menggunakan elemen kehidupan supaya terus kuat. 


Gray antara top 5 fav picks sebab B.I guna suara bernada rendah untuk rentak yang fun and catchy walaupun lirik dia tentang hati yang terluka. Lagu yang berkisar tentang hari yang mendung menghasilkan ton warna kelabu. 

My sky is cloudy after the rain
I’m grumpy about the dark clouds
Pounding in my chest
Loneliness in the air sighs
It is cloudy after the rain 
- Gray

Daydream pun best sebab gabungan suara B.I dengan suara lembut Lee Hi menghasilkan harmoni yang kuat dan mendalam. Sama macam collaboration diorang berdua dalam lagu No One (2019). Sweet sangat bila nampak nama Lee Hi dalam first solo album B.I sebab kekuatan friendship diorang berdua. Sama juga dengan Tablo untuk lagu Stay. Dua-dua penyanyi solo ni dari YG Entertainment tapi relaks je support B.I di saat dia memerlukan.  



Ikutkan plan asal nak beli album Waterfall ni dekat website Korea tapi bila congak tolak tambah, harga diskaun dengan postage lagi mahal daripada harga yang dijual dekat Shopee. Dekat Shopee pun sama jugak, dari 131 Label sendiri. Nasib baik lah beli cepat sebab minggu lepas dah sold out dah album Waterfall ni. Tak pasti B.I release berapa banyak on first production sebab baca semalam dah 80,000 unit terjual. 


Apa je ada dalam album Waterfall ni? Berbaloi tak beli? 

Kalau sembang pasal berbaloi tu agak susah sebab dia subjektif hahaha as for us, it is indedd worth it lah, sesuai dengan harga. Album book tu penuh dengan gambar eksklusif B.I dengan lirik semua lagu dalam hangeul. Patutnya 131 Label release hangeul dan english translation sekali sebab B.I ada ramai non-Korean fans. 


B.I buat photocard untuk semua lagu and I kinda happy dapat photocard lagu Numb sebab handsome and that song is my top pick jugak. 

- Album book
- Waterfall CD
- 3 pieces photocard
- 2 vertical large poster
- special note from B.I ❤🌸
- Waterfall stickers

Fans yang dapat attend digital fan signing dapat note 'Thanks for remembering me' and makes me goes awwww and sad at the same time. He really need a lot of support at this moment. Dalam album Waterfall dia show off rapping skill, vocal, composing and poetic side of him. Actually semua lagu dalam album Waterfall ni best tapi illa illa, Numb dengan Gray hits different sikit sebab emotional attached dan bait lirik dia yang mendalam. Lirik lagu Numb tu sesuai dengan mental state kita yang berterabur sejak pandemik. Rabak.

I feel so numb
Neither sad nor happy
So numb
Neither boring nor new
- Numb


Walaupun karakter B.I sebelum ni keras dan berdarah panas tapi dia tak guna kemarahan tu dalam lagu sebaliknya ubah kepada seseorang yang tenang seperti air. Instead of rasa marah dengan kejadian tu, album Waterfall buatkan kita rasa lega sebab B.I bagi kata semangat dan penghargaan kepada yang setia bertahan dengan dia sepanjang tempoh kelabu. Lagu Re-Birth sesuai sangat jadi penutup album dan sebagai titik permulaan sesuatu yang baru. 

In the next life, I will be born as a flower
Oh, I'll blow with the wind
Staying around you
Oh, I'll just scatter like the scent
- Re-Birth

Sedih bila dengar lagu Re-Birth sebab lirik dia seakan jawapan kepada lagu Flower yang dikarang oleh DK dalam album iDecide (2020). Album terakhir yang B.I produce sebelum keluar dari YG tapi dalam album tu, lagu Flower je DK yang gubah. DK kata lagu tu untuk iKONics tapi lirik dia menceritakan hal yang lain. Semua pun tahu B.I suka dengan bunga dan nak jadi angin. 

Following the path of clouds, on the other side, 
will our old selves still be there? 
And I know that I can’t turn back time 
or hold onto you and bring you back....

I hope the departing path brings no pain 
I hope you continue smiling happily 
I hope you never return to me even in my dreams 
I plant the flowers that you are, 
I follow the wind that you are, and I fly away. 
And scatter away...
- Flower


Kalau skandal tu sengaja dibuat untuk jatuhkan B.I, silap besar lah sebab jiwa yang berbakat besar macam B.I, ditekan macam mana pun akan bangkit dengan karya seni dia yang lebih hebat. 

3 comments

  1. Alamak tak kenal..maap.. tapi kan dengar lagu die best je..adakah anda berjaya buatkan AD hookup dengan si BI ni aaaaa nk ushar die jap

    ReplyDelete
  2. rabia tak kenal siapa ni hehe
    tapi bestlah dpt album

    ReplyDelete
  3. hahaha hobby kita mahal kan

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.