iKON | Summertime Season's Greeting Hawaii 2018

Tuesday 29 June 2021

iKON Summertime musim ke3 bersambung dari program Heart Racing Thumping Youth Hawaii so lepas habis je 2 hari spend time buat aktiviti dekat Pulau Maui dan Hawaii, diorang sambung pulak shoot untuk Season’s Greeting selama 2 hari. 

Disebabkan iKON dah penat buat aktiviti sebelum ni, team production bagi mission untuk mengeratkan lagi hubungan sesama ahli melalui 3 peraturan. 

1. Ikut jadual harian yang ditetapkan

2. Follow instruction dalam open chat yang dicipta khas untuk ahli iKON sepanjang di sana

3. Stay dalam mansion yang ditempah khas untuk iKON

Mansion diorang cantik dan besar siap ada swimming pool lagi untuk have fun selama 2 hari iKON dekat sana. Dalam mansion tu ada 4 bilik, 2 bilik di tingkat bawah dan 2 bilik besar di tingkat atas. Nak menentukan siapa dapat bilik yang mana, diorang main Rock-Scissors-Paper. Yang menang boleh pilih bilik dulu then the rest masuk lah yang mana ada. Berdekah je tengok Bobby dapat sebilik dengan JuNe sebab awkward diorang tak hilang lagi. Chanwoo lah paling best dapat king size bed sorang dia je. 

Lepas dah settle pilih bilik, Bobby nak enjoy mandi pool padahal berangin kuat dekat luar. DK macam tak percaya Bobby nak main pool waktu macam tu. Banyak kali dia tanya sampai dia nampak Bobby dah dekat tepi pool, get ready nak terjun je. Jay macam biasa lah menyebut ayat dia ‘man will be man’, sama sebijik macam dalam iKON TV (2018). Tapi dia jugak yang join lepas Bobby terjun dalam pool. Lepastu B.I follow sekali then semua join kecuali JuNe sebab takut air. 

A lazy morning indeed for iKON lepas 3 hari aktif buat aktiviti. Tengok gaya angin dekat situ memang best nak lepak makan breakfast dekat area laman. Jenis memasing tak boleh duduk diam, tiba-tiba datang idea nak main game Rose of Sharon has blossomed tapi merana kaki masing-masing sebab rumput tu panas. Tengok diorang main game biasa pun boleh terhibur sebab dah lama tak main macam tu. Last boleh menggila masuk air masa zaman sekolah je. 

Dah puas main game tu, diorang nak main Zombie Game pulak macam diorang main dekat Summertime Saipan (2016). Tapi masing-masing kena hati-hati sebab takut terjatuh dalam pool so B.I suruh zombie start dari kawasan hadapan pool menghala ke kawasan rumah. Gigih je Yunhyeong dengan DK sembunyi dekat pokok padahal zombie boleh tangkap Jay sebab dia sengal ubi berdiri dekat belakang. Maybe dia tak expect zombie nak berundur sikit. 

Dah penat main semua tidur kepenatan sebab dapat free time satu jam. Jay la paling awal tidur sebab dia paling banyak dapat penalty masa main game tadi. Bangun tidur je staff bagi mission dekat diorang bertujuh. Bahagi kepada dua kumpulan untuk lawan badminton. Team yang kalah kena masak untuk dinner. 

Walaupun Yunhyeong awal lagi cakap dia malas nak masak tapi nasib dia memang sentiasa malang dalam setiap summer vacation. Dia cakap je tak suka masak tapi dia paling beria sampai masak lobster untuk iKON member. Sedap betul tengok diorang makan lobster butter argghhh I need vacation! 

Kelakar bila tengok B.I takut minyak meletup lepastu Yunhyeong tegur suruh belajar hadap minyak panas masa memasak. Tapi bila minyak meletup dia yang lari dulu haha sengal. 

Yunhyeong : A cook shouldn’t be afraid of oil. Learn!

B.I : I’m not a cook. I’ll never be a cook. 

Sepanjang summertime vacation ni ada 3 kali sesi undian untuk pilih siapa yang iKON member anggap best friend. Undian tu akan dilakukan pada waktu yang berbeza dan least expected so undian diorang berubah dari semasa ke semasa. Yang menang undian ni boleh balik ke Korea naik flight business class. The rest naik economy class. 

Walaupun diorang duduk dalam mansion je untuk summertime kali ni tapi iKON tetap happy spend time sama-sama sebab 7 kepala pun macam-macam perangai. Semua pun happy enjoy lazy days dekat Hawaii sebab diorang pun penat dengan concert tour dan album promo. JuNe je lah banyak mengelamun tapi kalau ajak main, dia yang paling aktif sekali. 

‘I just loved that we are here together in a special place enjoying one another’s company.’ - JuNe

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.