TV Show Review | Mix & Match Episode 8

Monday 21 June 2021

Director : Yang Hyun Suk (YG)

Writer : YG Entertainment

Cast :  Team B (B.I, Bobby, Jay, JuNe, D.K, Yun Hyeong), Jung Jinhyeong, Yang Hongseok, Jung Chanwoo, YG, JYP,  Masta Wu, Tablo, Lee Hi, AKMU, Yoo In Na, Big Bang, 2NE1, WINNER, PSY

Production Company : YG Entertainment

Distributor : Mnet

Genre : Survival Show

Running Episodes : 9 episodes (45 minutes per episode)

Release Date : 11 September 2014 – 6 November 2014

Video :



‘The members who are to be iKON, or the three of us who are already fixed members, when we debut, it is my hope that we don’t forget what it was like at the beginning. So that we continue to grow.’ – B.I

Final match yang ditentukan oleh 30% undian para juri serta 70% undian peminat atau penonton survival show Mix & Match diadakan. Hos pada final match ialah Yoo In-Na dan Daesung Big Bang. Tetamu jemputan pada malam tersebut ialah YG, Big Bang, Epik High, 2NE1 dan senior artist di bawah YG Entertainment. 


Persembahan pertama dari Yunhyeong, Jinhyeong dan Chanwoo dengan lagu Let’s Twist Again – Chubby Checker. Kali ni tak ada guidance dari mana-mana fixed members, sepenuhnya idea, konsep, choreography dari trainee sendiri. Yunhyeong ajak Chanwoo dengan Jinhyeong menari dekat tempat public untuk dapat feel dan hilangkan rasa nervous tu. Ramai yang berkumpul tengok diorang sebab dah ada yang kenal. Sesuai dengan persembahan pembukaan, lagu yang fun dengan tarian yang senang untuk audience follow. 

Kemudiannya persembahan kedua dengan konsep balada untuk lagu Eyes, Nose, Lips – Taeyang Big Bang. Rasanya diorang pilih lagu ni sebab forte Hongseok pada vokal so tak susah lah diorang bertiga nak buat harmoni. Sama juga dengan team lagi satu, diorang buat busking dekat tempat awam. 


Masa performance DK main piano sebab dia dari kecil dah masuk kelas piano. Suara dia dah la lunak merdu bila menyanyi dengan iringan piano tu fuhhh menusuk. Happy Taeyang tengok performance diorang bertiga. Taeyang puji suara DK sebab sesuai sangat dengan lagu tu. Suara JuNe pun sarat dengan emosi yang mendalam. 

Persembahan ketiga dari fixed member iKON dan WINNER dengan lagu Empty. Lagu debut WINNER ni sebenarnya hadiah dari B.I untuk Team A lepas diorang menang dalam survival show WIN (2013). Fun fact, lagu debut Blackpink – Whistle pun B.I yang composed. Semua lagu dia composed hit dekat Melon sebab tu lah YG pernah cakap B.I ni adalah pelapis G.Dragon. Tapi sebab Dispatch buat hal, hilang permata YG Entertainment. 


Comel bila WINNER Dengan iKON nyanyi lagu Just Another Boy sama-sama atas stage sebab teringat zaman WIN diorang training sama-sama, lepak makan sama-sama tapi disebabkan YG nak debut satu group je, terpaksa lah diorang compete dengan each other. Sampai sekarang pun still lagi berkawan rapat. Mino tolong iKON dalam survival show KINGdom : Legendary War dengan lagu At Ease. 

Pusingan kedua ada penglibatan fixed members – B.I, Bobby dengan Jay gubah lagu Long Time No See untuk perform dengan Yunhyeong, Chanwoo dan Jinhyeong. Lagu tu B.I dengan Bobby buat khas kepada fans diorang yang selalu support dan setia tunggu sampai diorang akan officially debut sebagai idol group dalam industry. 


Lagu Long Time No See ni digubah bersama Taeyang juga sebab tu lagu ni sweet lebih kurang macam style dia. Part rap tu macam kesinambungan dari lagu Climax yang B.I perform dekat final stage WIN sebab dia bagitahu kenapa diorang lambat tunaikan janji untuk debut. Happy betul setiap kali dengar lagu ni setiap kali rindu dengan iKON. 

Untuk team kedua – JuNe, DK dengan Hongseok pula B.I gubah lagu Sinosijak yang lebih rancak dan fir genre hip-hop. Lagu tu lagu simbolik kepada iKON sebab anthem sebelum diorang start perform on stage. Sinosijak tak ada makna pun cuma Si tu maksudnya mula dan B.I ambil konsep gorilla sebagai highlight choreo lagu tu. 


Perjalanan 6 bulan dalam survival show Mix & Match diakhiri dengan persembahan terakhir dengan lagu Niliria (G-Dragon) + All Of Me (John Legend) + Siri Says untuk tonjolkan dance skills sebagai satu kumpulan. DK ada solo part sebab dia adalah main dancer iKON tapi tak lama pun lah sebab JuNe potong line haha. Comel betul diorang gubah lagu Siri Says tu sebab ringtone biasa boleh jadi music best dan impressive.  


Walaupun episod ni lebih panjang dari episod yang lain tapi keputusan tak diumumkan pada malam tu sebab undian secara online masih berjalan selama satu minggu. Nanti YG Entertainment akan campur dengan undian dari 3 negara dalam Episod 7 tu. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 9/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.