TV Show Review | WIN - Who Is Next? : Episode 10

Monday 21 June 2021

 

Director : Yang Hyun Suk (YG)

Writer : YG Entertainment

Cast :  Team A (Song Min Ho, Kang Seung Yoon, Nam Tae Hyun, Kim Jin Woo, Lee Seung Hoon), Team B (B.I, Bobby, Jay, JuNe, D.K, Yun Hyeong), YG, JYP, Big Bang, 2NE1, Masta Wu, Tablo, Lee Hi, AKMU, Yoo In Na

Production Company : YG Entertainment

Distributor : tvN, Mnet

Genre : Survival Show

Running Episodes : 11 episodes (45 minutes per episode)

Release Date : 24 August 2013 – 27 October 2013

Video : 


Episod 10 ni panjang sikit dari episod yang lain sebab bersiaran live masa tu. Dah malam final kan, so selalunya 3 jam lah. Semua performance sumbat masa malam tu. Bezanya malam final ni tak aka nada juri yang bagi komen dah. Semuanya terletak pada tangan fans yang mengundi. Hos untuk final battle malam tu Daesung Big Bang dengan Yoo In Na. 

Performance pertama dari Team A dengan lagu Just Another Boy – Teddy yang digubah mengikut kreativiti setiap kumpulan. Kemudiannya Team B dengan lagu yang sama juga. Suka dengan persembahan Team B sebab pandai control pernafasan especially rap part dari B.I dengan Bobby. Dance choreography comel hasil idea Bobby sebab dia nak semua orang boleh menari sekali. 

Sementara tunggu performance untuk pusingan kedua, ada persembahan dari artis YG Enterttainment – Lee Hi, AKMU dengan Yedam. Seungri Big Bang pun boleh tahan kelakar dengan perangai masuk air dia. Nasib baik ada dia sebab tak suka sangat hos malam tu.  

Untuk dance challenge Team A perform lagu Don’t Stop The Music – Rihanna tapi dengan arrangement yang lebih sentimental sebab diorang nak sampaikan mesej yang apa pun jadi, jangan halang diorang dari menyanyi dan menari. 

Team B pilih lagu Shake The World - G-Dragon mash up Turn Up The Music – Chris Brown untuk dance performance. Sama macam diorang discuss dalam Episod 9, Team B tengah berusaha untuk show off stunt baru. Jay dengan DK cuba untuk buat tumbling tapi end up dengan krumping dan ripping shirt. Kelakar tengok memasing nak show off body padahal abs pun tak timbul sangat lagi. 

Antara Team A dengan Team B, bab dance ni memang tak payah sembang banyak lah. Of course lah performance Team B. Tak pernah gagal bab tu, even moves pun sesuai dengan lagu yang diorang pilih. Berbeza dengan performance Team A yang kurang emosi pada dance move walaupun pemilihan lagu dah tepat. YG dengan Tablo pun sengih lebar tengok performance Team B. 

Untuk original song, Team A come up dengan lagu Go Up yang digubah oleh Kang Seung Yoon dan Mino di bahagian rap. Team A create lagu ni sebab nak sama-sama kenang balik perjalanan sebagai trainee dekat YG Entertainment. Sebab tu Mino letak ayat ni dalam rap dia 

‘Even if our friendship are torn in two, ou memories will always remain.Even if we tread on one another, we push each other up. With all 110 fingers held tight, we’ll go up.’

Performance Team A catchy dengan lirik yang sentimental dan genre yang sesuai dengan vocal masing-masing. Nam Tae Hyun still tak boleh reach high note tanpa mengah. Nasib baik Seung Yoon masuk untuk cover kelemahan team member dia. Masan i nampak la apa yang YG maksudkan dalam penilaian bulanan selama ni. 

Team B pula come up dengan lagu Climax, one of best songs dalam album iKON sejak diorang nyanyi dekat stage WIN - Who Is Next ni. Bobby tulis lirik tentang pengorbanan dan keluarga dia lepastu B.I rap tentang pengorbanan dia sebagai leader untuk jaga 5 orang team member. Bila part JuNe masuk, suara dia boleh tangkap emosi yang B.I lepaskan dalam rap. Team B mulakan persembahan dengan DK main piano dan props gear sebagai simbolik time machine antara elemen dramatik yang kuat. 

Setiap kali tengok performance ni even rewatch banyak kali pun tetap menangis. Bukan I sebagai fans je yang over attached tapi audience pun menangis jugak. YG, Tablo, Masta Wu, 2NE1 dengan Big Bang pun menangis. Masa final battle ni sama tarikh dengan birthday B.I so diorang celebrate biasa-biasa je sebab busy prepare final. JuNe janji tahun depan diorang akan celebrate lagi gempak. 

Walaupun performance Team B tak pernah gagal langsung tapi Team A yang dapat debut sebagai WINNER sebab undian fans diorang lebih tinggi. Sama macam apa JuNe cakap masa dia dapat tahu pasal survival show memandangkan Team A dah ada fans dah sedangkan Team B baru nak tengok dunia luar. 

‘Regardless who’ll become WINNER, I still want to keep hang out and eat together with Team B.’ - Nam Tae Hyun

Teruk jugak lah menangis tengok episod ni masa keputusan keluar walaupun dah tahu Team A yang akan debut sebagai WINNER. Kalau Team B tak bagus, boleh la terima kenapa diorang kalah. Masa WINNER menang tu pun diorang beria menangis sebab kesian dekat Team B. YG pun tak happy dengan keputusan tu sebab dia memang suka dengan Team B. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.