Shopee | 4 Level Chest Drawer

Dah lama nak beli chest drawer letak dekat dalam bilik baju sebab rimas tengok shelf yang sekarang dah penuh sangat dengan barang. Kalau ada chest drawer barang elok je tersimpan dekat dalam drawer tu. Masa cari dekat Shopee nampak chest drawer 4 tingkat dengan pilihan warna putih, coklat cerah dengan coklat gelap. 


Pilih warna coklat gelap sebab semua almari dalam bilik baju warna coklat gelap. Macam pelik kalau tiba-tiba chest drawer ni warna putih. Lagipun putih cepat kotor. Harga untuk satu chest drawer ni mfdesign jual RM139 je. Harga asal sepatutnya RM189 tapi tak tau lah kalau dia sengaja gebang sebab harga chest drawer lain pun lebih kurang harga ni je haha. Beli dengan dia sebab dia janji akan keluar dalam masa 2 hari. Lagipun seller ni area KL, tak payah nak tunggu lama lah. 


Haaa ni la keadaan sebelum beli chest drawer tu. Sesak gila dengan barang sebab 3 tier shelf tu bukan muat pun nak sumbat semua. Suka beli barang banyak-banyak buat stok sebab malas nak keluar rumah satu hal, ada barang yang dah nak habis tapi simpan sebab tak buat review lagi satu hal jugak. Ada yang beli tapi tak pakai sebab tak ngam dengan muka lepastu sayang nak buang pun ye jugak. Kucing pulak suka datang tarik bagi jatuh ataupun sepahkan.


Masa parcel sampai tu ingatkan tak berat sangat rupanya mau tercirit angkat sorang. Nasib baik la letak hantar dekat rumah. Kalau hantar dekat office memang menangis di bucu parcel sebab tak berdaya nak angkat naik atas. 


Walaupun chest drawer ni seller letak dalam kotak je tapi okay lah isi dekat dalam sebab tak ada yang kemek, retak, rosak ataupun bercalar. 


Dekat setiap parts pun memang dah ada label jelas berwarna biru terang so tak susah pun lah untuk asingkan dulu ikut label masing-masing. Cuma besi putih tu je dia tak bagitahu yang mana since ada dua bentuk yang berbeza. Nasib baik lah kitorang perasan. 


Yang menyampah dengan seller ni selain tak label besi tu adalah disebabkan manual dia yang terlampau kecik ni. Dah la ada banyak steps, dia sumbatkan banyak benda dalam satu number. Especially steps untuk pasang besi tu. 


Dah habis pasang base drawer ni baru kitorang perasan kena pasang besi putih ni dekat drawer dan base dia jugak. Ambik masa yang lama jugak lah sebab tak tahu which is which. Kang salah pasang naya kena bukak balik. 


Since kitorang tak ada drill, pemasangan chest drawer 4 tier ni ambil masa 2 malam jugak lah nak siapkan. Balik kerja buat separuh. Esoknya balik kerja sambung lagi sampai siap. Tapak tangan pun dah merah dan lenguh sebab guna screwdriver kecik je untuk pasang skru. Walaupun lama kitorang ambil masa dan berbakul sumpah seranah serta rasa nak give up, happy jugak lah sebab berjaya siapkan sendiri. Rasa lain macam kalau buat kerja settle ni haha. 


So ni lah keadaannya bila dah siap sementara tunggu beberapa item lagi sampai. Tak habis lagi sebenarnya ni sebab nak tambah few items dengan indoor plants. Tunggu lah gaji beberapa bulan yang mendatang pulak. 

4 comments

  1. Yeayy . Dah ada chest drawer nampak semua tersusun rapi . CCL pernah beli juga drawer ni kat shoppe . Cara pemasangan dia rumit la sikit . Kena betul2 pasang dengan teliti .

    ReplyDelete
  2. drawer ni cantik, dah beli satu kat bilik. time nak pasang tu jenuh nak perah otak tak faham dia punya manual..haha

    ReplyDelete
  3. Pergh!! Tahniah!! Tahniah!!
    kekurangan perkakasan tidak menghalang penghasilan yang baik.. Ohsemlah Farhana sebab tak putus asa..

    ReplyDelete
  4. mantop. berdiri tegak lemari laci tu, fana :)
    akak kat rumah ni guna lemari laci gini jugak dlm semua bilik.
    beli kat ikea.
    rumah akak ni konsep simple. baju lipat masuk laci.
    baju yg gantung, gantung. baju lama, sisihkan :) minimalis gitewww...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.