Showing posts with label Product. Show all posts
Showing posts with label Product. Show all posts

Nuvit Daily Defender SPF50+ Mosturizing Sunscreen

Monday, 24 July 2023


Sejak cuaca makin panas ni memang senang sangat kulit jadi kering, dekat pejabat pula duduk dalam air-cond. Makin cepat lah kulit jadi kering. Bila sunscreen lama dah habis, saja nak try produk yang lain pula. Belek dekat Watson jumpa Nuvit Daily Defender SPF50+ Mosturizing Sunscreen. Menarik lah produk ni sebab hybrid, gabungan sunscreen dan mosturizer. 

Broad spectrum UVA & UVB SPF50+ dah cun untuk jadi pelindung kepada kulit sebab SPF50+ halang 98% peratus UVB. Titanium Dioxide adalah mineral untuk menghalang sinaran UVB dari merosakkan kulit. Dekat kotak ada explain yang sunscreen Nuvit menggunakan teknologi Photo-Shield untuk menjaga kulit dari keradangan matahari dan membina balik penghadang kulit. 

Harga untuk satu tiub sebanyak 50ml ni RM60 (harga berbeza mengikut platform jualan). Mungkin ada yang rasa mahal tapi kalau hybrid, I guess affordable, setanding dengan harga lah. Kalau tengok dekat senarai ingredients ada ceramide yang bantu jaga kelembapan kulit. Kena lah dengan apa yang dipasarkan oleh Nuvit, untuk menguatkan penghadang kulit dan melembabkan.

Ingredients: 
Water, Propanediol, cyclopentasiloxane, Isononyl Isononanoate, Titanium Dioxide, Caprylyl Methicone, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Polyacrylate-13, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Butylene Glycol, Benzophenone-3, Polysorbate 60, Phenoxyethanol, Silica, Polyisobutene, Caprylyl Glycol, Cetyl Phosphate, Phospholipids, Ethylhexylglycerin, o-Cymen-5-ol, Caprylic/Capric Triglyceride, Polysorbate 20, Arginine, Sorbitan Isostearate, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Sodium Hyaluronate, Diisopropyl Adipate, Sodium Lauroyl Lactylate, Lecithin, Acrylic Acid/Acrylamidomethyl Propane Sulfonic Acid Copolymer, Dimethylmethoxy Chromanol, Laminaria Ochroleuca Extract, Glyceryl Caprylate, Theobroma Cacao (Cocoa) Seed Extract, Xanthan Gum, Ceramide NP, Phytosphingosine, Ceramide AP, Cholesterol, Carbomer, Ceramide EOP.

Tekstur sunscreen Nuvit ni ringan dan lembut, bila apply dua garis jari dekat muka pun tak rasa rimas dan melekit. Since tekstur krim dia nipis, cepat je meresap ke dalam kulit. Blend cantik walaupun ada whitecast nipis. I okay je sebab jenis tak makeup tebal pun bila pergi kerja. Lepas apply sunscreen, pakai compact atau loose powder lepastu apply lipstick dengan eyeshadow dan eyeliner. 

Lepas dua minggu pakai so far tak ada bad reaction dekat kulit. Nervous jugak nak pakai sebab kulit jenis sensitif tapi yakin nak pakai bila ada silica dengan ceramide. Bau sunscreen ni pun soft je. Nuvit Daily Defender SPF50+ Mosturizing Sunscreen ni tak ada alkohol, paraben dan pewangi.

Cumanya yang tak seronok sikit bila penutup tiub sunscreen ni tak bercantum jadi ambil masa nak buka dan tutup penutup. Untuk orang clumsy macam I, penutup tu boleh jatuh atau 'lari' mana dia nak. 

BE #GUMPROUD DENGAN SYSTEMA, JENAMA TERKEMUKA DARI JEPUN!

Tuesday, 16 May 2023

BE #GUMPROUD DENGAN SYSTEMA, JENAMA TERKEMUKA DARI JEPUN! | Systema melancarkan kempen Be #GumProud sempena Hari Kesihatan Gusi untuk memacu kesedaran berkenaan kesihatan dan penjagaan gusi yang lebih baik di kalangan rakyat Malaysia dengan kerjasama dari Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP).

Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran berkenaan kepentingan kesihatan gusi, Systema, salah satu jenama penjagaan mulut terkemuka di Jepun, melancarkan kempen Be #GumProud hari ini, bersempena dengan Hari Kesihatan Gusi bertujuan untuk mempromosikan kesedaran kesihatan gusi di peringkat antarabangsa. Bekerjasama dengan Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kempen ini bertujuan untuk membantu warga Malaysia memahami tentang kepentingan kesihatan gusi dan keperluan penjagaan gusi. 

Bercakap di sesi pelancaran kempen tersebut, Dr Noormi binti Othman, Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian), Kementerian Kesihatan Malaysia menekankan bahawa tahap penyakit gusi di Malaysia amat membimbangkan. “Menurut laporan Tinjauan Kesihatan Pergigian Kebangsaan untuk Kanak-Kanak Sekolah di Malaysia (NOHSS, 2015), 99.6% kanak-kanak berumur 12 tahun mengalami masalah gusi berdarah, yang merupakan tanda awal penyakit gusi. Dianggarkan pada tahun 2019 bahawa 9.2% orang dewasa berumur 15 tahun ke atas mengalami penyakit periodontik yang teruk menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (2022).” katanya.

Menurut kajian yang dijalankan ke atas orang dewasa Malaysia oleh Lion Corporation Japan, pemilik jenama Systema, mendapati bahawa 80% responden mempunyai sekurang-kurangnya satu tanda atau simptom penyakit gusi yang ketara, tetapi hanya 1% yang sedar bahawa mereka menghidapinya. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia secara amnya masih mempunyai tahap kesedaran yang rendah tentang kepentingan kesihatan gusi mereka. 

"Penjagaan kebersihan mulut yang kurang baik, ditambah dengan faktor lain seperti penggunaan tembakau adalah antara faktor tingkah laku utama yang boleh merisikokan kesihatan mulut seseorang. Terdapat keperluan untuk mengajar dan membimbing warga Malaysia untuk melakukan penjagaan kesihatan mulut sendiri sebelum atau selepas memberus gigi, termasuklah memeriksa keadaan seperti gusi berdarah, sisa makanan atau bengkak yang membantu pengesanan awal keadaan mulut. Walaupun kementerian telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk mencegah dan mengawal penyakit gusi melalui pendidikan dan kempen kesedaran awam serta menyediakan perkhidmatan penjagaan pergigian yang berpatutan dan senang diperolehi, kita masih perlu terus mendekati rakyat Malaysia supaya mereka sentiasa mengambil berat tentang kesihatan gusi dan gigi mereka," kata Dr. Noormi. 

Berkongsi pandangan yang sama, Encik Kazuo Mabuchi, Pengarah Urusan Southern Lion, turut menyatakan kebimbangannya akan tahap kesedaran warga Malaysia yang rendah tentang keadaan gusi mereka. “Walaupun gigi putih dan nafas segar sering dikaitkan dengan kesihatan mulut, sebahagian besar rakyat Malaysia mungkin tidak sedar bahawa mengekalkan kesihatan mulut secara keseluruhan juga bergantung kepada gusi yang sihat yang berwarna merah jambu. Systema sebagai salah satu jenama penjagaan mulut terkemuka dari Lion Corporation Japan, dengan lebih daripada 130 tahun kepakaran dalam penjagaan periodontium, melihat peranannya untuk membantu mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan kesihatan dan penjagaan gusi mereka secara menyeluruh. Gigi yang kuat bermula dengan gusi yang sihat. Kempen Be #GumProud menggalakkan warga Malaysia untuk melindungi serta mengekalkan kekuatan dan kesihatan gusi mereka agar mereka dapat memperagakan gusi mereka dengan bangganya. Kami juga berbesar hati kerana telah mendapat sokongan Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam kempen nasional ini," katanya.

Kempen Be #GumProud bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia dalam menilai kesihatan gusi mereka dan memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang pengaruhnya terhadap kesihatan serta ketahanan pergigian. Dari Mei sehingga penghujung bulan Jun 2023, orang ramai boleh melayari laman sesawang Systema untuk melakukan penilaian kesihatan gusi sendiri secara dalam talian. Systema juga akan mengadakan beberapa roadshow untuk mendidik pengguna tentang kepentingan amalan kebersihan mulut yang baik dan peranan kesihatan gusi dalam mengekalkan gigi serta kesihatan keseluruhan mereka untuk kualiti hidup yang lebih baik. Pengguna digalakkan untuk memanfaatkan peluang ini untuk menilai kesihatan gusi mereka dan mengambil langkah yang diperlukan untuk merawatnya serta menebus kit permulaan percuma daripada Systema! 

Di samping menilai kesihatan gusi seseorang, Encik Mabuchi turut menekankan aspek kepentingan menggunakan produk penjagaan mulut yang bersesuaian untuk meningkatkan kesihatan gusi. "Di Southern Lion, kami komited untuk membantu individu untuk mendapatkan kesihatan gusi dan mulut yang baik melalui penggunaan ubat gigi dan berus gigi yang betul. Menggunakan kekuatan dan teknologi Systema dalam pencegahan penyakit periodontium dari Jepun, kami telah membangunkan pelbagai variasi berus gigi dan ubat gigi yang direka untuk melindungi gusi dan membantu mencegah masalah gusi di samping mengekalkan gigi yang sihat', jelasnya lagi.

Menghuraikan inovasi produk Systema, Encik Kenichi Shirota, Pengurus Kanan Bersekutu dari Lion Corporation Jepun (Bahagian Antarabangsa) berkata: "Formulasi ubat gigi Systema Advance menggabungkan tiga bahan utama yang memecahkan biofilem plak dan membasmi bakteria penyebab masalah gusi yang tersembunyi di dalam poket gusi. Ia juga terbukti secara klinikal 4 kali lebih berkesan dalam mencegah masalah gusi! Rangkaian berus gigi Systema yang menggunakan bulu berus tirus 0.02mm untuk membuang plak secara fizikal dari celah gigi dan sepanjang garis gusi serta dalam poket gusi sambil kekal lembut pada gusi. Ini dapat membantu memberikan 40% pembersihan yang lebih baik antara gigi dan garis gusi namun 3 kali lebih lembut pada gusi berbanding berus gigi biasa”, katanya. 

Turut hadir pada majlis pelancaran kempen itu ialah Dr. Mohd Faizal Hafez Hidayat, Naib Presiden Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP), berkongsi mengenai peranan gusi kita: “Gusi kita berfungsi untuk melindungi gigi dan mencegah penyakit dalam mulut kita. Tanpa penjagaan gusi yang betul, bakteria tidak baik memasuki persekitaran gigi kita, menyebabkan jangkitan dan keradangan. Jika tidak ditangani pada peringkat awal, ia boleh membawa kepada kemusnahan tisu gusi atau periodontitis, lebih dikenali sebagai penyakit gusi. Penyakit gusi bermula dengan plak, filem yang dipenuhi bakteria melekit, yang terkumpul di bawah dan di sepanjang garis gusi. Selain itu, penyakit gusi juga boleh meningkatkan risiko osteoporosis1, penyakit jantung2, strok3, dan diabetes4.” jelas Dr. Faizal.


Pakar dalam kesihatan mulut mengatakan bahawa cara terbaik untuk mengelakkan penyakit gusi adalah dengan memastikan keadaan gusi dan gigi anda sihat sejak usia muda. Ini amat membantu untuk mencari dan mengesan gingivitis awal dan mengambil langkah pencegahan. Dengan adanya penjagaan yang betul, ia boleh menjadi barisan pertahanan pertama untuk memastikan seluruh badan kita sihat.

Mulakan perjalanan Be #GumProud anda dengan membuat penilaian gusi anda sendiri secara atas talian dan jangan lepaskan peluang untuk mencuba produk Systema untuk melindungi gusi anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen Be #GumProud Systema, sila lawati laman sesawang di https://gumhealthcheck.com. 

Rujukan
Osteoporosis and periodontal disease: Javed F, Al-Hezaimi K, Almas K, Romanos GE. Is there a relationship between osteoporosis and periodontal disease? A meta-analysis. J Periodontol. 2010 Mar;81(3):329-43. doi: 10.1902/jop.2009.090510. PMID: 20230763.
Heart disease and periodontal disease: Lockhart PB, Bolger AF, Papapanou PN, Osinbowale O, Trevisan M, Levison ME, Taubert KA, Newburger JW, Gornik HL, Gewitz MH, Wilson WR, Smith SC Jr, Baddour LM; American Heart Association Rheumatic Fever, Endocarditis, and Kawasaki Disease Committee of the Council on Cardiovascular Disease in the Young, Council on Epidemiology and Prevention, Council on Peripheral Vascular Disease, and Council on Clinical Cardiology. Periodontal disease and atherosclerotic vascular disease: does the evidence support an independent association?: a scientific statement from the American Heart Association. Circulation. 2012 May 22;125(20):2520-44. doi: 10.1161/CIR.0b013e31825719f3. Epub 2012 Apr 18. PMID: 22514250.
Stroke and periodontal disease: Sen S, Giamberardino LD, Moss K, Morelli T, Rosamond WD, Gottesman RF, Beck J, Offenbacher S. Periodontal Disease, Regular Dental Care Use, and Incident Ischemic Stroke. Stroke. 2018 Apr;49(4):914-919. doi: 10.1161/STROKEAHA.117.019413. Epub 2018 Mar 13. PMID: 29535255.
Diabetes mellitus and periodontal disease: Chávarry NG, Vettore MV, Sansone C, Sheiham A. The relationship between diabetes mellitus and destructive periodontal disease: a meta-analysis. Oral Health Prev Dent. 2009;7(2):107-27. PMID: 19655603.
PRODUCT RANGE & PRODUCT FACTSHEET

Toothpaste

Systema Advance Anti-Plaque Toothpaste 

  • World’s first Gum Protection toothpaste combining the power of IPMP, TDS, and GK2 for superior plaque removal in gum pockets. 
  • It uses Japan’s Advance Plaque Buster technology to break down plaque and kills 99.9% bacteria in hard-to-reach areas like the plaque biofilm in the gum pockets whilst GK2 soothes gum discomfort. 
  • Clinically proven in providing 24-hour protection against oral bacteria and also 4x better in preventing gum problems
There are three variants and flavours to meet different users needs:

Availability

Single Pack 130g - RRP: RM12.55
Twin Pack 130g x 2 - RRP: RM22.60

Systema Sensitive & Gum Protection Toothpaste 

  • Specially formulated with Triple Relief Technology for Instant Sensitive Relief & Gum Protection
  • Formulated to defend against discomfort and provide instant relief in 60 seconds, this desensitising toothpaste builds a protective layer over the sensitive areas giving you lasting protection 24/7 against tooth sensitivity, break down plaque and kill bacteria in hard-to-reach areas plus has be clinically proven to be 4X better in preventing gum problems, the main cause of tooth sensitivity. [Apply toothpaste directly at sensitive area with your fingertip and massage gently for 1 minute.]

Availability

Single Pack 130g - RRP: RM13.90

Toothbrushes

With 0.02 mm super tapered bristles, Systema wide range of toothbrush penetrates and removes plaque biofilm in gum pockets yet gentle to gums. 

Systema’s wide range of toothbrush is developed with 0.02mm super tapered that give 9x better plaque removal ability along gum line, 40% better cleaning ability in between teeth yet 3x gentler to the gums compared to normal non-tapered toothbrush.

BASIC CLEAN


Availability

Single Pack 
Active Clean RRP: RM4.70 
Activated Charcoal RRP: RM5.90 
Super Value Pack
Active Clean (3s) RRP: RM9.90
Activated Charcoal (2s) RRP: RM9.50


Availability

Single Pack
Compact/Comfort/Full Head/Silver Charcoal RRP: RM7.80
Super Value Pack 
Compact/Comfort/Full Head/Silver Charcoal (3s) RRP: RM19.80 

ENHANCED CLEAN

Availability

Single Pack
Spiral RRP: RM10.05
3D Clean RRP: RM12.55
Super Thin Charcoal RRP: RM10.90
3D Ultra White RRP: RM14.50

Super Value Pack
Spiral (3s) RRP: RM25.65
3D Clean (2s) RRP: RM22.60
Super Thin Charcoal (2s) RRP: RM19.65
3D Ultra White (2s) RRP: RM23.85

SPECIAL NEEDS


Availability

Single Pack
Sensitive RRP: RM11.20
Bi-level RRP: RM8.80

Super Value Pack (3pcs)
Sensitive (3s) RRP: RM28.55
Bi-level (3s) RRP: RM22.50

**************************

Mengenai Systema Malaysia
Systema adalah jenama penjagaan mulut terkemuka di Jepun yang dimiliki oleh Lion Corporation Japan dan dipasarkan oleh rakan gabungannya, Southern Lion. Rangkaian ubat gigi dan berus gigi Systema memberikan penyelesaian optimal untuk membantu meningkatkan kesihatan mulut dengan perlindungan terhadap masalah gusi. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://systema.my/

Lip Matte SYEDEWA Minis Langkasuka

Friday, 21 April 2023

 

Masa mencari hadiah untuk chambee, ternampak booth SYEDEWA dekat ruang tengah KLCC. Disebabkan dah nak raya, macam cun jugak lah kan kalau bagi hadiah lip matte. Masa pilih shade lip matte yang mana menawan hati, tup tup terbeli jugak untuk diri sendiri. Bahaya betul kalau pergi shopping hadiah orang ni. 



I nak belek shade SYEDEWA yang lain tapi sebab kejar masa so pilih dari Lip Matte Minis Pink Series je since Wani pun berkulit cerah. Kalau tak rushing masa tu, agaknya penuh dua belah tangan dengan tester dari setiap series. I tak pernah try lagi pakai jenama SYEDEWA ni walaupun famous dekat Twitter. Banyak kali juga nampak booth dia tapi pilih untuk ignore je. Kali ni I beli. 

Packaging untuk lip matte minis ni pun cantik tapi bila pandang lama-lama nampak pembaziran dekat situ sebab packaging je besar, liquid lip matte ni sikit je. Tak pasti mampu bertahan sampai bila sebab I bukan heavy user pun, nak pula kalau jenis makeup yang perlu dibuang dengan micellar water. Harga untuk lip matte Langkasuka SYEDEWA ni RM39.90 satu unit. Pigmented sebab sekali calit je dah naik warna dekat bibir tu. 


Lip Matte dari SYEDEWA ni tak mengeringkan bibir sebab ada shea butter, vitamin E, madu dan minyak zaitun. Tapi bergantung juga dengan sensitiviti kulit, kalau yang jenis alah dengan main ingredients yang disenaraikan tadi mungkin berisiko untuk pakai. 

Bila pakai lip matte ni boleh bau shea butter sebab bau dia memang kuat. Bau macam honey dew pun ye jugak. Lepas apply rasa nak makan. 


So this is me when applying Langkasuka. Macam tak jauh beza pun dengan shade lipstick yang I guna sebelum ni sebab dah memang beli palette yang lebih kurang sama je. Maybe dah boleh try coral atau nude pulak kot hshshs

Anyway, berbaloi ke tidak beli lip matte SYEDEWA ni? Sebagai marhaen yang jarang makeup, mungkin I would choose cheaper product dekat drugstore je lah kot. Silkygirl dengan IN2IT masih lagi pilihan hati. Guardian buat sale, terus boleh borong sakan. 

Sampul Surat Edisi Busana Tradisional: Kebaya

Monday, 17 April 2023

Bulan lepas dapat sampul surat cantik dari klien. Berbeza lah dengan sampul surat biasa sebab sampul surat ni ada gambar 3 busana tradisional Kebaya Sulam berwarna merah digandingkan dengan kain batik hitam bercorak bunga, Kebaya Labuh berwarna kuning pekat dan Kebaya Pendek dalam rona hijau. Macam warna lampu isyarat pulak. 

Dekat bahagian belakang ada satu set dokoh berwarna emas yang melintang atau Keronsang Tiga Serangkai. Di bahagian kanan sampul surat tu ada tertera tulisan berharga RM0.50, mungkin tu harga sepucuk sampul yang dijual di Pos Malaysia. 



'Kebaya merupakan busana yang membuat si pemakainya kelihatan anggun, baik yang tua, yang muda mahupun si kecil. Kepelbagaian variasinya sesuai buat kaum hawa menggayakannya untuk majlis formal mahupun untuk kegunaan harian. ​Kebaya, warisan budaya tempatan kebanggaan kita yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.​' - Pos Malaysia

Judul : BUSANA TRADISIONAL – KEBAYA​
Tarikh dikeluarkan: 27 Oktober 2022​
Harga (Set Folder) : RM54.80​
Setiap set lengkap mengandungi:​
2 Rekabentuk helaian setem​
1 lembaran mini​
1 Sampul surat hari pertama dengan setem​
1 Sampul surat hari pertama dengan lembaran mini​
1 Folder

Belek dekat website Pos Malaysia, memang ada keluar Edisi Busana Tradisional untuk sampul surat dan setem sekali pada Oktober 2022. Sayang lah klien tak beli setem edisi yang sama, kalau tak dah boleh simpan sebagai kenangan. Nak beli sendiri, memang tak lah. Kita kumpul setem buat saja suka suka sebab sayang tengok setem cantik-cantik kena buang. 

Ada yang pernah tengok sampul surat edisi khas macam ni ke? 

Unboxing ANAS Mystery Box

Tuesday, 28 March 2023


Minggu lepas dengar Ain bercerita pasal ANAS Mystery Box yang tengah viral dekat TikTok, dia dah order satu box katanya. Bila balik rumah tup tup mystery box yang sama sampai jugak. Rupanya adik I beli jugak. Memandangkan dia takkan update entry so biar I update haha

Sebelum ni pun ANAS dah pernah buat mystery box ni dengan harga RM50 sekotak tapi box dia warna pink plain je. Kali ni ANAS guna konsep vintage di mana menggunakan konsep klasik nusantara macam you guys boleh nampak dekat kotak tu. Bila buka dekat dalam pun kesemua kotak menggunakan corak yang sama. 


So apa yang ada dekat dalam ANAS Mystery Box ni?

i. 2 box Inai Che Ta - Red Velvet Special Edition 10ml

ii. ANAS Velvet Cream Liquid Lipstick 2ml

iii. ANAS Magic Lip balm Watermelon 10g

iv. ANAS Magic Lip Scrub Bubblegum 10g

v. ANAS Apam

vi. ANAS Lip Moist Serum 2ml

vii. ANAS Velvet Liptint 5ml

Berbaloi ke tidak beli ANAS Mystery Box? For me, I rasa tak berbaloi sebab harga semua product ni bila you beli dekat luar lebih kurang je. Lepas tu warna dengan perisa product tu pihak ANAS yang akan tentukan dia nak letak apa. Kalau yang jenis kulit cerah, boleh masuk dengan semua warna mungkin rasa berbaloi lah main tikam macam ni tapi kalau yang kulist brownish and dusky atau memang tak berapa gemar warna yang keluar dari kebiasaan, sangat lah tidak disarankan untuk join the hype. 

Kuantiti produk pun haruslah sikit je, sesuai dengan harga dan tu antara sebab kenapa I rasa tak berbaloi. Ada produk yang berat pada packaging semata. Kebanyakan lip product dia boleh pakai dalam 4-5 calit tapi depends pada orang kan, ada yang suka calit banyak kali once dia apply. Ada yang calit sikit dah puas hati. 

Untuk peminat jenama ANAS ni mungkin happy lah kot dapat semua produk dia. Benda dah beli, kita pakai je lah hshs

IN2IT Primer++ Worth Every Penny!

Monday, 27 March 2023


Sebelum ni bila makeup tak pernah pakai primer, just letak toner banyak lapis supaya muka kekal lembap walaupun seharian apply makeup. Tapi bila dah masuk 30-an ni kulit muka makin kering jadi nak tak nak kena juga tambah primer dalam koleksi. 

Kebetulan masa pergi Watson ternampak IN2IT Primer++, produk baru dari IN2IT. Kulit muka I jenis sensitif dan kering. Ngam lah dengan produk IN2IT so tak rasa takut langsung nak guna walaupun harga dia mahal sebab satu tiub primer dengan kuantiti sebanyak 15g ni RM35. But I don't think it's expensive lah sebab dia ada ++ jadi mesti bahan pun lebih berkualiti dari yang biasa kan?


Ingredients:

Cyclopentasiloxane, Dimethicone Crosspolymer, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Acrylates/Polytri-methylsiloxymethacrylate Copolymer, Isododecane, Silica, CI 77891, Ascorbyl Tetraisopalmitate, Bisabolol, Tocopheryl Acetate, CI 77492, Water, Aluminium Hydroxide, CI 77491, Triethoxycapryl-Yesilane, Fragrance, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Canola Oil, Butylene Glycol, CI 77499, Perfluoro-octyl Triethoxysilane, Glycerin, Rosa Damascena Flower Water, Trehalose, Urea, Taraxacum Officinale (Dandelion) Extract, Pentylene Glycol, Serine, Alteromonas Ferment Extract, Algin, Caprylyl Glycol, Disodium Phosphate, Glyceryl Polyacrylate, Phenoxyethanol, Pululan, Sodium Hyaluronate, Ethylhexylglycerin, Citric Acid, Potassium Phosphate, Potassium Sorbate. 

Pentingnya pakai primer ni bila dia menjadi penghadang supaya peluh dan minyak tak kacau foundation yang kita apply sebagai base. Primer++ ni claim boleh tutup lubang pori dan lembapkan kulit muka. Bila try pakai, betul lah tu apa yang dia claim. Pakai makeup dari pagi sampai malam pun tak bercapuk. Muka rasa lembut je, tak rasa belengas ataupun tak selesa. Bila ambik gambar pun tak nampak langsung jerawat ataupun acne scar. 



Kalau dah makeup memang jarang lah pakai filter kecuali nak ada butterfly effect ataupun bunga dekat muka. I suka makeup yang nipis je, cukup tutup blemish dengan jerawat. Kalau tengok dekat senarai bahan tu ada pewangi jadi bau primer ni sedap lah. Tak la bau bahan kimia tapi more to floral scent. Siapa yang tengah mencari primer baru, boleh try IN2IT Primer++ ni. But depends dengan kulit muka jugak, kalau tak sesuai pakai brand ni, ignore je entry ni. 

Cubaan Pertama Guna Cleansing Balm Obsess

Thursday, 5 May 2022

 

Dah lama nak beli cleansing balm Obsess ni sebab selalu nampak Kak Yana update dekat Instagram dia. Tengok video tu mudah sangat nak bersihkan muka guna cleansing balm. Sebelum ni pakai micellar water dengan kapas muka untuk bersihkan muka. Harga untuk satu unit cleansing balm Obsess dengan kuantiti 15ml ni RM20 exclude postage. 

Ada dua sebab tertarik nak beli Cleansing Balm Obsess ni. Pertama, sebab mudah nak guna. Ambil je cleansing balm kemudian calit dekat muka lepastu gosok sampai makeup keluar. Sambil gosok tu sambil buat urutan muka macam cuci muka. 


Keduanya, sebab jimat ruang. Saiz cleansing balm ni kecil jadi mudah sangat nak bawa pergi ke mana-mana. Selalunya guna heavy makeup bila ada event dekat office jadi mudah la nak bawa cleansing balm ni ke pejabat. Sekaligus tambah lagi satu sebab bila tak perlu risau pasal cotton pad. Bila guna micellar water mesti kena ada kapas muka tapi bila habis mula lah resah sebab tisu agak kasar permukaan dia. Boleh je nak guna tapi tak syok lah. Bila guna cleansing balm ni guna jari je. 

Jimat pun ye jugak sebab tak payah habiskan duit beli kapas muka. Sekali cuci muka dari makeup sampai 5 atau 6 kapas muka. Kalau guna waterproof eyeliner atau maskara lagi banyak guna kapas muka. Tapi kalau guna cleansing balm Obsess ni tak payah beria gosok muka untuk tanggalkan makeup pun. Gosok macam cuci muka dengan cleanser tu. 

Mesra alam sekitar pun ye jugak sebab tak perlu tambah sampah semata untuk cuci muka. Guna balm dengan air je. Haaa banyak kan alasan menarik untuk beli. Ni pandangan I sendiri lah sebab I sebolehnya nak kurangkan barang memandangkan handbag kecil dan malas nak angkut banyak benda. 


Bahan yang digunakan dalam Cleansing Balm Obsess adalah bahan semulajadi macam minyak argan (merawat acne), shea butter (melembapkan kulit), chamomile oil (menjana semula kulit), geranium oil (memulihkan kulit) dengan orange peel oil (antibakteria). Kesemua minyak yang ada ni dibekukan dan diproses membentuk cleansing balm yang lebih mudah menanggalkan makeup lagi laju dan lebih efektif dari micellar water. 

Selain dari membersihkan muka dari makeup, cleansing balm Obsess ni boleh menanggalkan blackhead dengan whitehead jugak. Membersihkan muka dari debu dan lebihan minyak pada kulit muka. Sesuai sangat guna cleansing balm Obsess untuk double cleansing sebab minyak akan menarik minyak pada muka. 

At first macam takut jugak kulit muka tak serasi dengan cleansing balm ni sebab tu cuba satu unit dulu. Lepas guna tu rasa lembut dan lembab je muka. Boleh rasa lah yang cleansing balm ni ada low PH sebab kulit tak merah ataupun tegang lepas guna. Masa Raya ni lagi sakan lah guna sampai dah nak habis dah sebab rajin makeup pergi beraya. Balik je terus cuci dengan cleansing balm Obsess. 

Dah habis ni mungkin akan beli lagi lah cleansing balm Obsess ni. Mungkin harga dia agak mahal sikit berbanding micellar water tapi kelebihan dia lebih banyak. Sesuai lah dengan bahan yang digunakan dan kesan pada kulit muka. Berbaloi! 

Beli Cincin Raya Di Lovisa One Utama

Wednesday, 4 May 2022

Lately sejak layan Treasure Map ni rasa syok pulak bila tengok koleksi cincin Hyunsuk ataupun member lain. Actually dah suka sejak tengok DK selalu update IGstory show off cincin dia pakai everytime dia buat performance ataupun keluar jalan-jalan. 

Sebelum ni ada juga lah cari dekat Shopee tapi macam takut nak beli sebab takut tak ngam ukuran dengan jari. Lagipun kebanyakan cincin dekat Shopee tak banyak design cantik macam dekat Lovisa ni. Kalau ikutkan ni baru kali kedua beli cincin dekat Lovisa. Pertama kali masa dekat Pavillion. Tengah bosan menunggu, saja masuk nak tengok cincin dekat situ. 

Nampak ada promo beli 5 bentuk cincin dengan harga RM30, memang terus sambar lah sebab murah. Lama jugak lah nak pilih sebab rambang mata. Sama juga lah masa beli cincin untuk pakai masa Hari Raya nanti. Mati akal nak ambil cincin batu hijau ataupun batu hitam. Lepas belek 10 kali dan buat perdebatan kecil dengan adik, maka kitorang putuskan untuk ambil batu hitam sebab senang nak match dengan mana-mana outfit. 


Dekat outlet Lovisa One Utama ada promo 2 papan ni RM60 jadi nampak berbaloi lah sebab ada banyak basic ring untuk match dengan cincin design lain. Basic ring tu kalau beli dekat luar harga dia around RM10 sebentuk so better beli bila ada promo macam ni. Jauh lagi murah dan jimat lah. Basic ring ni kegunaan dia hanya untuk memeriahkan majlis je. Kalau rasa tangan kosong boleh lah sarung dua jenis basic ring. 


Memandangkan jari gemuk, terpaksa lah ambil saiz M hingga L supaya dapat mengelakkan isu cincin tersumbat ataupun tenggelam dalam lemak. Sebelum ni beli cincin yang lebar dengan design besar jadi tak lah nampak sangat jari gemuk. 



Macam ni lah lebih kurang bila pakai dekat jari. Cincin batu hitam tu bila match dengan basic ring nampak meriah kan. Paling suka dengan cincin batu hitam bentuk segi empat sebab pakai dia sorang pun boleh nampak cantik terletak. So far dah ada 20 lebih aksesori cincin dalam simpanan. Tak lama lagi boleh lah jadi macam Hyunsuk bila tengok koleksi je cakap 'Oh my eyes!'

Seeeee DK pun ada cincin batu hitam! 

Selain pakai masa Raya, cincin ni pakai masa pergi pejabat jugak sebab selalu anxiety kan jadi kita scratch cincin supaya tak bertambah luka dekat kepala bila stress atau nervous. Function teruk selain jadi hiasan. I suka beli dekat Lovisa ni sebab tak gatal bila pakai walaupun terendam dalam air masa cuci tangan ataupun basuh pinggan. Kalau sebelum ni mudah sangat kulit gatal ataupun naik blister sebab rimas. So far, Lovisa okay tapi kalau jumpa pilihan lebih murah haruslah kita beralih arah :)

Meriahkan K-pop Events Bersama Yoodo Dalam K-Leisure Session

Sunday, 10 April 2022

Minggu lepas dijemput oleh Yoodo untuk menghadiri sesi Yoodo K-Leisure Session bersama para Blogger dan beberapa wakil dari Yoodo untuk menceritakan tentang produk Yoodo, kelebihan pek telco dan beberapa aktiviti yang telah dijalankan oleh Yoodo untuk beberapa acara yang berkaitan dengan dunia hiburan K-pop.

Terkejut juga masa dirisik oleh Yoodo ni sebab I pun baru je berjinak dengan dunia Kpop balik dan stan 2 boy group saja dan selebihnya jadi casual listener. But an invitation is an honour. Thank you so much Yoodo! 

Dari sesi briefing ni, I dapat tahu yang Yoodo beroperasi menggunakan rangkaian Celcom dan mempunyai liputan 4G LTE terluas di Malaysia. Yoodo juga merupakan telco pertama di Malaysia yang boleh diubah sesuai mengikut keselesaan dan kehendak pengguna. Kalau bulan ni nak guna data sebanyak 30mbps sahaja, pengguna boleh set sendiri kemudian bayar pada Yoodo dengan cara pembayaran tersebut : 

i. Kad kredit atau debit

ii. Perbankan atas talian

iii. Paypal

iv. Boost

v. Grabpay

vi. TnG eWallet

Kalau terlebih kuota pun tak perlu risau sebab Yoodo ada pelan Booster bila pengguna hanya perlu beli booster untuk Data / Panggilan / SMS untuk meneruskan penggunaan. 100% digital mobile service! Tak hairan lah Yoodo dapat pengiktirafan Best Product of The Year dua tahun berturut-turut untuk tahun 2020 dan 2021.

Kepada yang ingin mencuba khidmat telco Yoodo, anda boleh dapatkan di 4 lokasi utama Yoodo seperti berikut : 

1. 50 cawangan Blue Cube di seluruh Malaysia

2. EasyParcel PgeonPoint di seluruh Semenanjung Malaysia

3. BH Petromart di seluruh Semenanjung Malaysia

4. Petronas Mesra di seluruh Semenanjung Malaysia

Uniknya Yoodo memudahkan pengguna baru dengan kewujudan eSIM di mana ia adalah cip yang tersedia dan berfungsi sama seperti kad SIM fizikal. eSIM sesuai digunakan dengan telefon pintar yang mempunyai Android dan iOS. Dengan hanya memuat turun applikasi Yoodo, pengguna boleh mengaktifkan sendiri SIM dengan membuat pilihan eSIM. 

Kelebihan menggunakan Yoodo dan kenapa pengguna terutamanya peminat K-pop perlu memilih telco Yoodo:

1. Pelan yang boleh dilaras mengikut kehendak pengguna. Anda boleh memilih kelajuan data, kuota hotspot, had panggilan dan juga SMS mengikut keperluan. 

2. Penggunaan 100GB selama 12 jam dengan hanya RM10

3. Perbaharui pelan telefon bimbit anda pada bila-bila masa tanpa risau tentang bayaran bulanan. 

4. Dapatkan ganjaran apabila anda beli ‘Add-On’ dan percuma 1 ‘Add-Ons’ dengan pembelian 10 ‘Add-Ons’. 

5. Pakej data khas yang memberi anda data berkelajuan tinggi tanpa ditolak dari pelan mudah alih asas anda. 

Selain menjadi telco dengan mempunyai kelebihan seperti di atas, Yoodo juga aktif bekerjasama dengan penganjur untuk acara K-pop, E-sports, Muzik dan Hiburan juga Sukan. 

Showing K-pop Some Love with #SARANGHAEYOODO

1. Hallyoodo

i. Concert Giveaways : Monsta x, (G)I-dle

ii. Special Screening : BTS documentary

iii. Contest : Lighstick Wars, BLINK Together With Yoodo, K-pop Kountdown 2021

iv. Stray Kids Cupsleeve Event - 2022

2. Album Giveaways

i. 21 March 2022 - Red Velvet : ReVeLuvs BETTER BE 

ii. 28 March 2022 – NCT Dreams : Glitch Mode

3. Voting Events

i. Kountdown – Vote for the best K-pop Act / Artiste of 2021

ii. Queendom Voting Event. Khas untuk pengguna Yoodo, anda berpeluang untuk menang album Brave Girls, Hyolyn, WJSN, LOONA, Kep1er atau VIVIZ dengan undi girl group kesukaan anda. Pemenang akan diumumkan di akaun rasmi Twitter - @yoodo

I macam tertarik dengan aktiviti yang dianjurkan oleh Yoodo sebab banyak peluang untuk join dan menang ganjaran. Mana tahu in future Yoodo boleh buat Treasure Cup Sleeve Event atau tayang dokumentari iKON pula. Sebagai iKONIC dan Teume , peluang ni nampak menarik!

Nak bertukar kepada Yoodo pun mudah saja bila kita masih boleh kekalkan nombor lama dan berubah ke telco Yoodo. Lagi satu berita baik di mana Yoodo kembalikan pakej 20GB data internet dengan harga sebanyak RM20 (20/20 Monster Returns) kerana permintaan hangat dari pengguna. 

Pengguna baru boleh menggunakan kod rujukan unik anda dan terima ganjaran sebanyak RM20 yang akan dikreditkan ke dalam akaun Yoodo anda. Rakan yang menggunakan kod rujukan tersebut akan dapat ganjaran 7GB data percuma. Barulah syok nak layan lagu K-pop sama-sama. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Yoodo, manual pengaktifan, makluman mengenai promosi dan ganjaran menarik, sila layari laman sesawang Yoodo! Jangan lupa follow semua social media Yoodo di akaun rasmi Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube untuk info terbaru. 

Thanks Yoodo for the K-Leisure Session's invitation and Yoodo box gift. Learn a lot from Yoodo and will be a part of you soon. Have a great weekend :)

Diary Planner Tahun 2022 Hadiah Dari Managing Partner

Sunday, 13 February 2022


Permulaan tahun 2022 ni kena tiup semangat sikit oleh managing partner sebab warga Ram Reza & Muhammad dapat diary planner yang cantik bermotifkan batik. Hadiah kecil ni ditaja sendiri oleh managing partner dengan harapan semua warga RRM akan bersemangat untuk bekerja lepas dua tahun terjejas akibat pandemik. 


This is mine!!! Obviously ambil warna purple because it's my fav colour.

 

Buka je diary planner tu terus nampak sticker RRM dan kata-kata dari managing partner. 


Dekat bahagian depan diary ni ada fun details walaupun I tak lah layan sangat benda ni. 


Bahagian diary planner more like this. I tak berapa suka diary sebab kena ikut tarikh haha. Lagi suka planner sebab dia ada ruang untuk 12 bulan lepastu ruang conteng dekat belakang. Bestnya diary planner ni ada side bar untuk cari tarikh atau bulan yang lebih spesifik. 


Selain motif batik, ada juga corak macam ni. Walaupun I suka dengan corak astronomi dan aurora tapi gabungan warna tak menarik hati sangat. Cantik lagi motif batik tu sebab jelas betul warna ungu dia. Ada yang suka boleh lah pilih yang ni. 

So far belum terisi lagi diary planner tu sebab belum all out guna lagi tapi rasa macam nak tulis to-do-list dalam tu setiap hari supaya tak mudah lupa task yang kena siapkan. Sekarang ni ada banyak nak kena buat kadang sampai terlupa nak siapkan. Bila ditanya baru lah teringat. Itupun kalau ingat. Masuk 30 memang macam ni eh?