Kiub Kari Maggi

Tuesday 26 March 2024

Masa pergi beli barang dapur sebelum puasa haritu, ada ternampak kiub kari Maggi. Kiub stok yang baru lah kan dari Maggi sebab tak pernah nampak lagi sebelum ni. Yang ada dekat pasaran pun kiub ayam, kiub tomyam dengan kiub ikan bilis. 


Sebab I selalu guna kiub brand Maggi, saja lah beli 2 kotak Kiub Kari Maggi untuk cuba dulu macam mana pergi dia. Dekat kotak kiub ni tak ada tulis untuk kegunaan khas kepada apa. Macam serbuk rempah ada asingkan rempah untuk ayam dan daging dengan rempah ikan. Tengok pada gambar ada ayam je so kita guna untuk masak kari ayam lah. 

I kalau masak kari memang tak tumis rempah ratus sebab dekat dalam serbuk kari ataupun kiub kari Maggi ni dah ada dah. Daripada bazir beli tapi orang tak makan lepastu buang, baik guna je apa yang ada dalam serbuk tu. Kalau rajin je, tambah daun kari sebab nak bagi naik bau wangi kari. Kalau tak ada pun tetap sedap dimakan sebab daun kari memang dah ada dah dalam serbuk kari tu. Dalam kiub kari Maggi ni ada 12 rempah ratus dicampurkan untuk menu kari yang lebih beraroma katanya. 


Bahan-bahan: 

Garam, Penambah Perisa (Mononatrium Glutamat), Gula, Sebatian Minyak, Olein Dan Stearin Kelapa Sawit, Cili, Kanji, Ketumbar, Mineral (Kalium Klorida), Rempah (Adas Pedas, Paprika, Lada Hitam, Lada Putih, Jintan Manis, Halia, Halba, Bunga Cengkih, Buah Pala, Buah Pelaga), Tepung Gandum, Jintan Putih, Bawang, Perisa, Bawang Putih, Penambah Perisa (Ekstrak Yis), Kunyit, Lemak Ayam, Kulit Kayu Manis, Gula Karamel. Mengandungi Penambah Perisa Dan Perisa Yang Dibenarkan. Aditif makanan adalah daripada sumber tumbuhan.

Keistimewaan kiub kari Maggi ni terletak pada rempah ratus yang dah dimasak sehingga pecah minyak jadi waktu memasak tu lebih singkat lah bila guna kiub baru ni. Untuk setengah ekor ayam, disarankan guna 2 kiub kari Maggi which is 1 kotak macam dalam gambar tu. Harga 1 kotak Kiub Kari Maggi dalam RM2.50 bergantung pada tempat yang menjual. 

My personal experience guna kiub kari Maggi ni agak mengecewakan sebab bila tumis dah boleh nampak pes tu cair padahal tak tambah air pun. Bau pes dari kiub kari Maggi ni sama sangat dengan bau perencah kari mi segera Maggi. Disebabkan cair, I terpaksa masukkan serbuk rempah kari jenama lain supaya menu kari ayam I masak masa tu sedap dimakan. 

Should I buy again this product? Nope. Ada dua sebab untuk tak nak beli dah. Satu sebab lebih mahal dari serbuk kari yang I selalu guna which is I can understand lah sebab dia dah masak sampai pecah minyak. To be honest I tak kisah pun kalau mahal sebab dah jimat masa memasak, tak perlu nak bancuh, just masukkan dalam tumisan bawang tapi sebab pes dia cair tu yang jadi turn off sangat. Kalau yang suka kari cair atau nak masak mi kari boleh la beli kiub kari Maggi ni. 

5 comments

  1. tak sukalah kari cair. baik masak guna serbuk kari je.

    ReplyDelete
  2. belum pernah jumpa lagi kiub kari maggi ni... boleh la try nanti. Selalu beli kiub tom yam aje

    ReplyDelete
  3. Kiub ni memang cair. Saya beli pun sebab nak jadikan perasa tambahan dalam masakan kari. Kalau nak harapkan kiub ni semata-mata, memang tak menjadi lah gulai kari. 🤣

    ReplyDelete
  4. Oh, kita dah agak dah, kalau harapkan kiub kari tu semata, tak cair ke. Rupanya betul la cair ya. Tak pernah jumpa lagi kiub ni.

    ReplyDelete
  5. Cuya tak pernah try kuib ni, selalu masak pakai secukup rasa je...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.