KELUANG MAN KINI BERAKSI KHAS HASIL KERJASAMA DINAMIK WONDA COFFEE DAN ASTRO SHAW!

Monday 4 March 2024

KELUANG MAN KINI BERAKSI KHAS HASIL KERJASAMA DINAMIK WONDA COFFEE DAN ASTRO SHAW! | Kerjasama di antara dua jenama raikan adiwira ikonik 90-an di mana Wonda Coffee bakal menjadi pilihan minuman bagi pengalaman sinematik unggul.

Siap sedia untuk menyelami alam penuh keterujaan dan keajaiban kerana Wonda Coffee bersama Astro Shaw bakal merealisasikan Keluang Man - adiwira kesayangan Malaysia. Keluang Man, ikon adiwira yang cukup simbolik dalam budaya Malaysia dan terkenal dengan kualiti seperti semangat keberanian, ketabahan, dan kekuatan. Menerusi kerjasama ini, WONDA Coffee dan Astro Shaw berhasrat bukan sahaja untuk menghiburkan tetapi juga menerapkan nilai-nilai ini kepada generasi muda. Filem aksi langsung terbitan Astro Shaw ini diarah dan ditulis oleh Anwari Ashraf, berdasarkan siri animasi ikonik yang popular pada tahun 1990-an, menjanjikan rakyat Malaysia satu pengalaman sinematik baharu pada abad ini.

Kerjasama di antara kedua-dua jenama ini juga berpayung di bawah satu objektif utama - menyokong bakat serta industri tempatan di Malaysia. Sejak beberapa tahun ini, Wonda Coffee telah melafazkan sokongan padu buat rakyat Malaysia melalui pelbagai kempen dan inisiatif. Kali ini, Wonda ingin menghubungkan semua melalui rasa cinta yang sama untuk siri adiwira original Malaysia, menjemput semua rakyat Malaysia dari generasi muda hingga tua untuk mengimbau kenangan bersama Keluang Man serta mempraktikkan kualiti baik yang ditunjukkan oleh adiwira tersebut.

Naib Presiden Pemasaran Etika, Amy Gan berkata, "Wonda Coffee sentiasa bertakhta di hati rakyat Malaysia. Kami komited untuk meraikan rakyat Malaysia dan bakat tempatan unik yang ada di Malaysia. Melalui kerjasama bersama Astro Shaw untuk Keluang Man, kami ingin menzahirkan sekali lagi sokongan kami untuk industri hiburan tempatan, menyokong Pengarah berbakat, penulis, pelakon berbakat serta usaha produksi dan pasca produksi yang membawa lagenda ini ke layar perak.

Sebagai jenama yang percaya akan kuasa bakat tempatan, kami bercita-cita untuk menjadi lebih daripada sekadar jenama minuman, tetapi untuk menjadi minuman pilihan yang sinonim dengan rakyat Malaysia apabila menikmati setiap perjalanan sinematik tempatan.”

"Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Astro Shaw untuk merealisasikan Keluang Man menerusi cara yang begitu menarik dan interaktif. Di KidZania hari ini, sebagai salah satu langkah pertama dalam perjalanan kami bersama Keluang Man, kami memperkenalkan zon wall climbing unik. Kami mahu memberi inspirasi kepada anak muda Malaysia untuk merangkul semangat adiwira mereka, memupuk keberanian, keazaman, dan rasa untuk mengembara!”

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Kami sangat teruja untuk berkolaborasi dengan pengeluar dan pengedar minuman terkemuka Malaysia, Etika dalam memacu transformasi kandungan filem di Malaysia. Usahasama ini adalah permulaan yang kukuh buat Astro Shaw dalam menetapkan standard baharu bagi rangka pemasaran filem yang lebih inovatif. Kami percaya jenama Keluang Man dan Wonda Coffee mempunyai persamaan iaitu mengutamakan elemen lokal dan ia amat dekat dengan masyarakat Malaysia. Dengan memanfaatkan pengalaman Astro Shaw dan Etika, kami yakin kolaborasi ini mampu mencapai objektifnya. Sementara itu, kami turut rasa berbesar hati apabila filem Keluang Man diberikan ruang untuk dipamerkan di KidZania dan usaha ini mampu memperkenalkan superhero ikonik Malaysia kepada generasi baru.

“Nantikan pelbagai strategi kreatif dan aktiviti menarik menerusi kolaborasi ini. Antaranya akan datang, peminat boleh mencalonkan individu yang telah memberikan impak dalam masyarakat, dan layak untuk dinobatkan sebagai ‘Keluang Man of the Month’ di gempak.com, dan pemenangnya akan diumumkan menerusi program Gempak Most Wanted di Astro Ria. Inisiatif ini bertujuan mengiktiraf wira Malaysia yang tidak didendang dan mempunyai kualiti sama dengan Keluang Man yang berani.

Menerusi kerjasama terkini bersama Astro Shaw, Wonda Coffee yang merupakan jenama kopi sedia diminum terkemuka Malaysia yang menawarkan rasa kopi seperti baru dibru hari ini membawakan rakyat Malaysia pengalaman eksklusif hanya di KidZania.

Semasa pelancaran istimewa di KidZania Kuala Lumpur, Wonda, dan Astro Shaw menghubungkan pengunjung dan media untuk mengambil bahagian dalam aktiviti wall climbing bersama pelakon utama Keluang Man, Nas Muammar Zar. Mengajak pengunjung menyertai aktiviti wall climbing bersamanya, Keluang Man berhasrat menggalakkan pengunjung untuk menghayati semangat adiwira dalam diri mereka.

Pelancaran zon wall climbing Keluang Man menandakan permulaan kerjasama dinamik antara Wonda Coffee dan Astro Shaw. Kedua-dua jenama ini komited untuk membawa pengalaman yang lebih inovatif dan menarik kepada rakyat Malaysia, memberi inspirasi kepada mereka untuk mencapai tahap baharu di samping menyerlahkan potensi mereka.

Dengan permulaan kerjasama ini, Wonda Coffee berharap untuk menginspirasikan lebih banyak pengembaraan bersama Keluang Man. Wonda berharap agar rakyat Malaysia dapat meluangkan masa dan menikmati rasa Wonda Coffee sebagai minuman pilihan apabila ingin menyaksikan filem adiwira yang mengujakan ini.

Melalui kerjasama inovatif antara Wonda Coffee dan Astro Shaw, zon wall climbing Keluang Man menjanjikan pengalaman yang mengujakan untuk pengunjung, menggabungkan keterujaan pengembaraan dengan semangat kepahlawanan yang dijelmakan oleh Keluang Man. Ditampilkan secara eksklusif hanya di KidZania Kuala Lumpur, pengunjung berumur 8 hingga 17 tahun akan dapat menguji kemahiran adiwira mereka di zon wall climbing.

Zon wall climbing, sebahagian daripada pengembaraan yang ditampilkan di KidZania mula diperkenalkan sebagai salah satu tarikan utama. Dengan pengenalan rasmi Zon Wall Climbing Keluang Man, KidZania meramalkan lebih 400,000 pengunjung pada tahun 2024.

Tonjolkan semangat adiwira dalaman anda sekarang! Kunjungi KidZania Kuala Lumpur untuk memulakan pengembaraan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, meningkatkan tahap baharu dengan Keluang Man dan Kopi Wonda.

*************************************

Tentang WONDA

Diperbuat dengan biji kopi Arabica berkualiti premium yang menyajikan rasa 'baru dibancuh', Kopi Premium WONDA memberikan sentuhan kesegaran lazat sempurna bagi membangkitkan deria anda. Diperkenalkan di Malaysia oleh Etika Sdn Bhd, WONDA Coffee ialah jenama terkemuka di Negara Matahari Terbit. Kopi sedia untuk diminum (RTD) premium menawarkan rasa kopi seperti baru dalam sembilan varian unik: Asli dan Mocha, dengan lebih daripada 50% biji kopi Arabica premium; Latte, dengan ramuan berkrim berperisa vanila Perancis; Kopi Tarik, menawarkan rasa tempatan yang berkrim, Extra Presso, dengan rasa kopi yang lebih kuat; Kopi Susu dan Mochaccino, dengan 100% biji kopi Arabica premium dan menawarkan pengalaman yang lebih bersusu, lebih ringan (‘smooth’) dan bercoklat; Zero Max Original dan Latte dengan rasa kopi kaya dan lengkap tanpa gula tambahan; Extra Shot Black & Milk Coffee dengan dos kopi tambahan dalam satu tin kopi. Kopi WONDA juga menawarkan Kopi Premium WONDA 3-dalam-1 dari adunan Arabika dan halus yang memberikan pengalaman kopi hebat dalam tiga varian: Kopi Tarik, yang berbadan penuh dan tekstur yang lebih berkrim seperti kopi kegemaran tempatan; Asli, dengan rasa kopi klasik dan asli dengan keseimbangan sempurna antara kopi dan susu.

Tentang ETIKA

Salah sebuah pengedar minuman yang terkemuka di Malaysia, Etika Sdn Bhd merupakan pembotol rasmi untuk PepsiCo di Malaysia. Etika Sdn Bhd memasarkan dan mengedarkan sebahagian daripada jenama-jenama global di bawah PepsiCo seperti Pepsi, Tropicana, Mountain Dew, Revive Isotonic, Mirinda, 7UP, Lipton Ice Tea, Gatorade, Sting, dan Evervess termasuk Kickapoo (tanda dagang milik Monarch) serta produk-produk keluaran sendiri seperti Kopi WONDA, Susu Goodday, Calpis, Dairy Champ, Hijrah, Chill dan Bleu.

Mengenai Astro Shaw selaku penerbit, pelabur dan agensi pengedar dan pemasaran:

Astro Shaw adalah sebuah syarikat penerbitan filem Malaysia untuk pasaran tempatan dan nusantara. Astro Shaw juga giat dalam memasar serta mengedar filem-filem tempatan dan serantau sekaligus mengukuhkan kedudukannya di pasaran global. Sejak ditubuhkan pada tahun 1996, kini Astro Shaw telah menerbitkan lebih 100 buah filem dalam pelbagai genre dan bahasa. Antara kejayaan besar Astro Shaw adalah menerusi filem Polis Evo, Hantu Kak Limah, Abang Long Fadil 2, Paskal, Dukun,The Garden of Evening Mists. Filem trilogi Polis Evo 3 telah mencipta sejarah dengan meraih kutipan pawagam sebanyak RM54 juta dan menjadi filem aksi no 1 negara dengan kutipan paling tinggi.

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.