Drama Review | Taxi Driver (2023)

Friday 29 March 2024


Director: Lee-dan
Writer: Oh Sang-ho 
Cast: Lee Je-hoon, Kim Eui-sung, Pyo Ye-jin, Jang Hyuk-jin, Bae Yoo-ram, Shin Jae-ha
Production Companies: Studio S, Group 8
Distributor: SBS TV, Viu 
Genre: Crime / Action / Thriller / Black Comedy
Running Episodes: 16 episodes (70 minutes per episode)
Release Date : 17 February 2023 – 15 April 2023
Trailer :


Sekuel kepada Taxi Driver (2021) yang diadaptasikan dari webtoon popular karya ilustrasi Carlos dan Lee Jae-jin ini meneruskan perjalanan sekumpulan vigilante yang ingin berkhidmat kepada mangsa-mangsa penindasan di bawah organisasi bernama Rainbow Taxi. Selepas jejak mereka dihidu oleh pihak polis, Mr. Jang (Kim Eui-sung) minta semua untuk berhenti dan kejar cita-cita mereka. 

Hanya Kim Do-gi (Lee Je-hoon) yang masih setia bersama Mr. Jang dan melakukan operasi secara senyap-senyap. Ketika Kim Do-gi menyiasat kes kehilangan  Lee Dong-jae (Zo Zee-an) di Cotaya, Vietnam, Park Jin-eon (Bae Yoo-ram) dan Choi Kyung-koo (Jang Hyuk-jin) curi-curi turut serta dalam operasi tersebut. Kebetulan hacker mereka, Ahn go-eun (Pyo Ye-jin) juga belum sepenuhnya move on dan rindu turun ke padang membantu Kim Do-gi. 


Operasi mereka berjaya namun ada organisasi lebih besar yang memerhatikan mereka berlima. Dari satu operasi ke satu operasi membawa mereka kepada dalang tersebut. 

Drama sekuel Taxi Driver terbitan Studio S dan Group 8 mendapat sentuhan pengarah dan penulis yang baru. Dalam review Taxi Driver, I ada cakap kalau penulis masih sama, I mungkin tak akan tengok musim kedua and it really took me some time to watch this. Lega sangat bila pengarah dah bertukar walaupun penulis utama masih sama. Tak ada dah watak Kang Ha-na, pendakwaraya yang selalu mengekori Kim Do-gi. 


But still penceritaan Taxi Driver 2 agak longgar bila masukkan watak On Ha-jun (Shin Jae-ha), pemandu teksi baru di situ. Banyak kali juga dia kantoi cuba cari tahu tentang The Rainbow Taxi ketika bekerja di situ tapi tak ada sesiapa pun yang syak dia ada agenda tersendiri. Sedangkan dalam Episod 2 dan 3 masing-masing sedia maklum ada yang memerhati. Senang sangat untuk teka yang watak On Ha-jun adalah watak antagonis sebab dekat montaj pun pengarah dah drop hint so ni bukan spoiler. Memandangkan penulis wujudkan elemen komedi, tanpa sengaja juga kebanyakan masanya geng The Rainbow Taxi ni dapat lolos dari pelbagai halangan. Fun to watch but a bit filmy. Tskk. 


Boleh kata dalam musim 2 ni Lee Je-hoon banyak ruang untuk berlakon dalam pelbagai jenis karakter sebab kes-kes yang mereka kendalikan. Kelakar bila tengok Kim Do-gi jadi dukun hebat dalam kes ajaran sesat ataupun kes judi online. Lakonan Shin Jae-ha sebagai watak pemandu teksi polos dan naif pun ada character development tersendiri. Backstory dia cukup kuat untuk hadirkan babak emosi di Episod 16 bila dia tahu kisah sebenar tentang latar belakang dia. Tak pasti watak On Ha-jun akan kembali dalam musim ketiga ataupun tidak tapi watak dia sesuai sangat berganding bahu dengan Kim Do-gi. I guess we need another one eye-candy, kan?


Masa Taxi Driver 2 ditayangkan tahun lepas, ramai yang terkejut sebab skandal Burning Sun dimasukkan dalam episod 11 dan diceritakan mengikut fakta yang lebih kurang sama dengan kes sebenar. Watak Victor (Ko Gun-han) adalah Seung-ri Big Bang yang dikenakan hukuman penjara selama 3 tahun gara-gara skandal yang meledak pada tahun 2019. Sama seperti kes sebenar, kes Black Sun dalam Taxi Driver 2 bermula dengan kematian misteri seorang pegawai polis ketika menyiasat kegiatan kelab malam tersebut. 

Bukan saja kes Black Sun malah kes-kes yang dibawa masuk dalam Taxi Driver 2 paparkan jenayah yang tak pernah difikir dek akal. Banyak sangat cara untuk penjenayah ni menganiaya mangsa dan tak hairan juga kalau jenayah ni wujud di Malaysia juga sebab kes di Vietnam tu pernah jadi tumpuan pasca pandemik. 


Anyway, I had fun watching this sequel walaupun dekat hujung drama tu makin panjang pula flashback supaya quota screentime tercapai. Sinematografi dan music score bergerak seiring untuk kukuhkan atmosfera dunia vigilante di bandaraya Seoul. Musim 3 nanti relationship Go-eun dengan Kim Do-gi akan pergi ke next level memandangkan Go-eun dah bagi hint di hujung musim 2. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8/10

4 comments

  1. suka dengan drama ni, and yes Lee Je Hoon lagi banyak 'watak' dalam sequel ni compared to first one yang nampak lebih kurang je...

    ReplyDelete
  2. first season dia memang best giler, yang sekuel ni pun layan juga sebab Lee Je Hoon..haha

    ReplyDelete
  3. Saya prefer yg season 1 drpd 2. Tp tetap nonton karena berharap sama serunya 😄. Not bad lah, tetap seru trutama case yg Vietnam Krn memang banyak macam kejadian begitu.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.