Movie Review | Midnight FM (2010)

Sunday 24 March 2024


Director: Kim Sang-man
Writers: Kim Sang-man, Kim Hwi
Cast: Soo Ae, Yoo Ji-tae
Production Companies: Weekend Cinema, Hong Film
Distributor: Lotte Entertainment
Genre: Crime / Thriller
Running Time: 106 minutes
Release Date: 14 October 2010
Trailer :


Midnight FM mengisahkan tentang Ko Sun-young (Soo Ae) yang popular sebagai DJ radio untuk slot tengah malam. Walaupun mempunyai ramai peminat kerana suaranya yang lunak merdu dan cara dia menyampaikan cerita, Sun-young ingin bersara dan berpindah ke Amerika untuk rawatan anak perempuannya, Ko Eun-soo (Lee Joon-ha). 

Pada hari terakhir dia bertugas, Sun-young menerima panggilan dari Dong-su (Yoo Ji-tae) yang mengugut Sun-young untuk mainkan lagu yang telah difaks pada hari sebelumnya. Malangnya faks tersebut diterima oleh bos dia dan enggan melayan permintaan tersebut. Akibatnya, Dong-su mencederakan Ah-young (Shin Da-eun), adik perempuan Sun-young yang menawarkan diri untuk menjaga anak perempuan Sun-young. 


Sun-young meminta bantuan pihak polis namun usaha untuk menyelamatkan ahli keluarganya sia-sia kerana dua orang polis yang dihantar telah pun dibunuh dengan kejam oleh Dong-su. Cara yang tinggal hanya ikut saja permintaan Dong-su yang mengaku peminat setia kepada Sun-young sejak bertahun lamanya. 

Filem Midnight FM arahan serta penulisan Kim Sang-man yang ditayangkan secara perdana di Hawaii International Film Festival 2010, Brussels International Fantastic Film Festival 2010 dan Asian Film Festival of Dallas 2010 menggunakan tema pembunuh bersiri yang mempunyai masalah psikologi di mana berhalusinasi lantas mengangkat diri sebagai hero jalanan. 


Watak Dong-su dalam filem ni tersuntik semangat melalui kata-kata Ko Sun-young ketika menceritakan tentang hero idamannya yang membersihkan dosa jalanan terutamanya pelacur di bandar Seoul. Ramai perempuan menjadi mangsa Dong-su hanya kerana dia ingin mencipta fantasi supaya diiktiraf oleh Ko Sun-young sejak keluar dari penjara. 

Lakonan Soo Ae sebagai Sun-young yang keras hati dan berdedikasi dalam kariernya dipaparkan dengan cemerlang. Semua perasaan takut, gerun, sedih dan geram digambarkan dengan ekspresi yang tepat buatkan babak genting terasa mendebarkan. Kalau first half Midnight FM kita berdebar tengok Sun-young cari jalan selamatkan anak dan adik dia dari Dong-su tanpa pengetahuan sesiapa di konti tersebut, second half pula aksi kejar-mengejar antara Sun-young dengan Dong-su di luar konti. 


Tapi ada masanya geram juga dengan watak Sun-young yang berkasar dengan peminat dia, Son Deok-tae (Ma Dong-seok) yang hadir ke konti untuk jumpa dia buat kali terakhir. Walaupun banyak kali Deok-tae tolong dia, Sun-young tetap berkasar macam ada dendam lama. Watak Deok-tae digambarkan seperti sasaeng tapi dia punya karakter macam down syndrome. Kalau dia sasaeng, boleh faham lah kenapa Sun-young menyampah tapi kalau down syndrome, nampak jahat lah watak utama dalam filem ni. 

Penceritaan Midnight FM agak perlahan, mungkin untuk hidupkan rasa seram dan saspen terutamanya untuk babak Dong-su cari Eun-soo di rumah. Watak Eun-soo nampak bijak pada awalnya tapi bila Sun-young suruh sembunyi dalam almari, I rasa macam mehhhh sebab senang sangat kantoi. Walaupun Soo Ae menang anugerah dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Blue Dragon Film Awards 2010 tapi watak Sun-young bukan watak protagonis kegemaran lah. 


Sinematografi dari Kim Tae-gyeong banyak menggunakan close-up shot untuk paparkan ekspresi muka barisan pelakon baik utama ataupun sampingan kerana kebanyakan masanya lebih terarah pada ekspresi dan bahasa badan. Dialog yang digunakan terhad walaupun untuk watak sampingan yang perlu jelaskan situasi kepada penonton macam pihak polis, detektif, pembantu Sun-young ataupun bos dia yang baru pulang dari tempat pembunuhan pekerja bawahan dia. 

Filem Midnight FM ada elemen saspen dan thriller untuk naskhah crime thriller sepertimana dijanjikan oleh pengarah tapi kalau sembang secara logik, banyak babak yang menyakitkan hati walhal bermain dengan nyawa manusia lain. Permintaan Dong-su mudah sangat, mainkan lagu yang dia nak tapi Sun-young, boss dia dan produser semua gagal nak faham. Kalau jadi lawyer Sun-young pun susah nak defend client macam ni. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.2 = 6.7/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.