Movie Review | Murder Mubarak (2024)

Friday 29 March 2024


Director: Homi Adajania
Writers: Gazal Dhaliwal, Tamojit Das, Suprotim Sengupta 
Cast: Sara Ali Khan, Vijay Varma, Karisma Kapoor, Dimple Kapadia, Tisca Chopra, Sanjay Kapoor, Pankaj Tripathi
Production Company: Maddock Films
Distributor: Netflix
Genre: Mystery / Thriller
Running Time: 142 minutes
Release Date: 15 March 2024
Trailer :


Satu pembunuhan berlaku di The Royal Delhi Club lalu ACP Bhavani Singh (Pankaj Tripathi) ditugaskan untuk mencari pembunuh tersebut. Kejadian yang berlaku di gym hingga mengorbankan Leo Matthews (Aashim Gulati) awalnya diklasifikasikan sebagai kemalangan tapi bila semua CCTV ditutup dengan belon dan minuman protein milik Leo juga mempunyai dadah, pegawai polis tersebut kumpulkan semua suspek yang hadir ke Malam Tambola. 

Semasa penyiasatan berlangsung, ACP Bhavani Singh dapat tahu tentang perangai buruk Leo di mana dia suka peras ugut semua ahli The Royal Delhi Club untuk sumbangkan duit ke rumah anak yatim Shepherd. Dari situ juga ACP Bhavani Singh dapat tahu rahsia atau sisi gelap semua suspek dan mereka semua sanggup bayar sumbangan supaya rahsia tersebut tak bocor ke pengatahuan umum. 


Bambi Todi (Sara Ali Khan) yang awalnya memaklumkan tentang isu peras ugut tersebut kepada ACP Bhavani Singh dan banyak membantu dalam siasatan. Dalam masa yang sama dia dibantu juga oleh bekas kekasihnya, Aakash Dogra a.k.a. Kashi (Vijay Varma). Kerana kes tersebut, mereka bertemu kembali selepas Kashi bawa diri ke Kolkata selepas patah hati dengan Bambi yang berkahwin dengan Anshul Nayyar (Varun Mitra). 

Filem Murder Mubarak arahan Homi Adajania diadaptasikan dari novel Club You To Death karya nukilan Anuja Chauhan yang diterbitkan pada tahun 2021. Filem yang ditayangkan khas di Netflix ni mempunyai barisan pelakon utama yang ramai dan menggunakan konsep whodunnit dengan gaya penceritaan yang lebih kurang sama dengan Glass Onion: A Knives Out Mystery (2022)


Walaupun watak Leo Matthews tak digemari hingga ada yang sanggup bunuh dia tapi misteri tentang rahsia ahli The Royal Delhi Club agak menarik untuk dibongkar. Macam watak Ranvijay Singh (Sanjay Kapoor) yang suka berlagak seperti Putera raja tapi hakikatnya hidup dalam penipuan semata ataupun watak Shehnaz Noorani (Karisma Kapoor), pelakon gred B yang sentiasa terlihat diva di hadapan semua ahli kelab. 

Alur penceritaan Murder Mubarak tak lah kemas sangat walaupun menggunakan pelakon senior yang berbakat seperti Dimple Kapadia, Tisca Chopra atau Brijendra Kala sebab terlampau banyak sangat sub-plot yang dimasukkan seperti dadah dan satira tentang gaya hidup orang kaya. Di pertengahan cerita, momentum mula menurun dan filem terasa mendatar. Nasib baik lah tak lama bila pengarah pick up balik dengan fokus kepada Yash Batra (Suhail Nayyar). Rasanya lebih menarik kalau Murder Mubarak adalah web drama sebanyak 4 atau 8 episod sebab banyak aspek tak dikembangkan dengan baik. 


Kisah cinta tiga segi antara Bambi, Kaashi dengan Anshul juga menarik perhatian sebab ketiga-tiganya adalah fresh pairing onscreen. Tak sangka chemistry antara Sara dengan Vijay Varma menjadi. Bila muncul momen mereka berdua, rasa kesian dekat pasangan ni bila terpaksa berpisah gara-gara status hidup. 

Lakonan Sara menyerlah dalam filem Murder Mubarak walaupun terpaksa berebut screentime dengan pelakon-pelakon lain tambah pula bila dia sentiasa melekat dengan Cookie Katoch (Dimple Kapadia) yang miang dan suka alkohol juga Roshni Batra (Tisca Chopra), ibu Yash yang becok dan suka bergosip. Bagus macam mana pun, Sara selalu terlebih bila lakonkan watak emosi macam dalam filem ni di mana dia sakit hati dengan Anshul. Bila tengok babak tu teringat balik babak Zoey dalam Love Aaj Kaal 2 (2020). Ughhh.


Filem terbitan Maddock Films ni tak ada banyak lagu tapi lagu Yaad Ave dan Killer Killer antara my personal favorite. Sinematografi Murder Mubarak mendapat sentuhan Linesh Desai dan kebanyakan masanya menggunakan tona yang sedikit gelap untuk menghidupkan atmosfera misteri dan thriller. Penggunaan teknik kamera juga sesuai untuk fokus kepada watak yang perlukan perhatian lantas menambahkan impak pada penceritaan. 



Elemen komedi dalam Murder Mubarak tak konsisten sebab ada babak yang kelakar dan ada juga yang passable. It’s a roller coaster ride with Murder Mubarak but still a fun watch for those who love murder mystery. Happy jugak bila tengok Karishma Kapoor buat comeback dan berlakon dengan anak saudara dia dalam ni. Both serving beauty for 142 minutes!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.8/10

1 comment

  1. Kalo film dengan banyak aspek, saya pun prefer bagus dijadikan drama. Jadi bisa lebih detail alurnya kan . Tapi sepertinya movie ini okelah yaa buat ditonton. Saya termasuk suka genre misteri dan thriller seperti ini.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.