Tuesday, 28 April 2020

Movie Review : Love Aaj Kal 2


Director : Imtiaz Ali
Writer : Imtiaz Ali
Cast : Kartik Aaryan, Sara Ali Khan, Arushi Sharma, Randeep Hooda
Production Company : Maddock Films, Window Seat Films, Reliance Entertainment
Distributor : Pen Marudhar Entertainment, Jio Studios
Genre : Romance / Drama
Running Time : 141 minutes
Release Date : 14 February 2020
Trailer :


Sequel dari Love Aaj Kal dengan template yang sama – perbezaan percintaan antara dua generasi. Dalam LAK2, Imtiaz Ali guna plot masa pada tahun 1990 dan 2019. Tema masih lagi sama dengan LAK bila lead couple terpaksa pilih antara kerjaya dan cinta. Which I found absolutely rubbish lah at the first place sebab generasi sekarang tak ada masalah kot dengan career. I mean, look at us now, work from home ftw.

Veer Srivastava (Kartik Aryaan, web programmer  bercinta dengan Zoe (Sara Ali Khan) tapi disebabkan nasihat mak Zoe dan kisah cinta Raghu (Randeep Hooda), Zoe mula takut kalau Veer punca dia hilang focus dengan kareer. Disebabkan hal tu semua, dia buang Veer dari hidup dia.


Kalau ikut template Love Aaj Kal, watak hero ada di dua generasi so does Kartik Aryan dalam Love Aaj Kal 2 bila dia pegang watak Veer di zaman moden dan watak Raghu masa muda di zaman 90-an dan jatuh cinta dengan Leena (Arushi Sharma). Bezanya dalam Love Aaj Kal, watak storyteller generasi lama bercerita dengan hero tapi dalam Love Aaj Kal 2, Raghu ceritakan kisah dia pada sang heroin sebab heroin yang pentingkan kareer meanwhile si hero dengan misi mencari cinta sejati.


First half not bad lah sebab watak Veer dan Raghu agak kelakar sebab kekuatan Kartik Aryaan pada genre komedi. So director olah watak Veer dan Raghu ikut keselesaan Kartik tapi sayangnya sama macam macam movie Imtiaz yang lain, watak heroin agak lemah. Ditambah pula dengan lakonan Sara yang agak kekok dan tak memahami watak Zoe.


Some part she looks plain while some part she’s going over the top. Masuk scene emosi bila dia bergaduh dengan mak dia disebabkan Veer, dia tak boleh nak deliver and her hands are damn annoying. Watak emosi bila dia tiba-tiba hilang akal masa jumpa parents Veer, dia tak boleh nak emote on screen.


Sayang sebab scene klimaks bila watak dia rasa rimas dengan Veer dengan scene dalam kepala yang dok asak dia tapi dia tak mampu nak deliver rasa frust macam Ranbir Kapoor buat dalam Tamasha ataupun Rockstar. Imtiaz bagi tanggungjawab besar pada orang yang salah. Supposedly dia bagi dekat Kartik tapi Kartik sendiri dah sarat dengan watak Veer yang hidup dalam dunia dia sendiri, watak Raghu yang gilakan Leena dan watak Raghu yang messed up.


Masuk second half Imtiaz Ali tunjuk hakikat kehidupan perkahwinan parents Veer dan kita dah boleh agak kenapa Veer invest masa dia mencari cinta sejati instead focus on career dan tak kisah sangat pun bab financial sebab dia kaya. Kalau Imtiaz buat movie based on kehidupan perkahwinan parents Veer dengan Zoe pun dah boleh create deep trauma untuk Veer dan Zoe. Apa perlunya copy template Love Aaj Kal dan rosakkan?

Konsep second half pun sama macam Love Aaj Kal bila Veer tunggu Zoe datang pada dia sebab Zoe sendiri yang nak bukan sebab pengaruh lain.


Selalunya kekuatan movie Imtiaz ni pada dialog dan bahasa cinta dia tapi Love Aaj Kal 2 bukan setakat gagal untuk deliver dialog yang ampuh malah body gesture pun tak menambahkan apa-apa elemen dalam penceritaan. Totally wasted. Chemistry Sara-Kartik pun lemah. Good thing diorang dah breakup in real life sebab tak increase brand value pun. Don’t get me wrong sebab diorang bercinta untuk create brand Sartik at the first place.


Yang paling sedih sekali bila soundtrack merdu macam Mehrama dan Rahogi Meri tak dimasukkan sepenuhnya dalam movie tapi digantikan dengan dua single yang tak best well at least for me sebab tak menambahkan emosi pada penceritaan especially untuk second half bila Veer dan Zoe berpisah.


Walaupun movie ni lemah dari segi penceritaan tapi Kartik Aryaan dan Randeep Hooda did their best to save the story. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 4.9/10

4 comments:

  1. lama benar ni tak tengok hindustan. Haha

    ReplyDelete
  2. Eemmm ditambah pula dengan hero dan heroin tang tak berapa kenal memang tak nak tengoklah lah.. Hahaha

    ReplyDelete
  3. ada 8 permainan poker menarik di AJOQQ :D
    ayo segera bergabung dan dapatkan bonusnya :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!