Movie Review : The Body

Saturday 11 April 2020


Director : Jeethu Joseph
Writer : Oriol Paulo
Cast : Emraan Hashmi, Rishi Kapoor, Sobhita Dhulipala, Vedhika
Production Company : Azure Entertainment, Viacom18 Motion Pictures
Genre : Thriller / Mystery
Running Time : 102 minutes
Release Date : 13 December 2019
Trailer :


Kisah bermula bila SP Jairaj Rawal (Rishi Kapoor) dapat panggilan dari rumah mayat inform dia mayat Maya Varma (Sobhita Dhulipala), seorang ahli perniagaan terkenal hilang selepas sehari disahkan meninggal dunia. Pengawal keselamatan dalam ketakutan yang amat sangat dek kerana ternampak hantu Maya dalam lif, minta dibenarkan pulang ke rumah tapi SP Jairaj bertegas semua patut stay hingga kes ni selesai.

Dalam masa yang sama suami Maya, Ajay Puri (Emraan Hashmi) berkabung atas kematian isteri dia. Shaina, adik Ajay temankan dia dan entertain guess yang datang untuk ucap takziah. Tak lama lepastu Ajay buat keputusan untuk jumpa Ritu (Vedhika), pelajar dalam kelas kimia dan juga merangkap kekasih gelap untuk tenangkan hati yang tengah kusut.


Masa tu juga la dia dapat call dari SP Jairaj untuk inform mayat Maya hilang dan diminta datang ke rumah mayat tersebut. SP Jairaj cuba tekankan tentang musuh-musuh Maya since dia ahli perniagaan, tak mustahil ada yang jaki sampai nak bunuh dan sorokkan mayat. Tapi Ajay beria denied dan mengamuk. Ajay call Ritu request supaya find out siapa sebenarnya SP Jairaj sebab personal contact dia tak ada polis ataupun detektif.


SP Jairaj syak Ajay yang bunuh isteri dia sebab dia tak kisah langsung dengan motif pembunuhan tapi mengamuk bila mayat Maya hilang. Walaupun junior dia bagitahu yang dia terbawa-bawa dengan emosi dalam kes ni, SP Jairaj tahu ada something yang tak kena dengan tingkah laku Ajay.

Sementara SP Jairaj tengah discuss tentang kes kehilangan mayat Maya, Ajay pula dihantui kenangan bersama Maya bila ternampak red dress Maya dalam loker di bilik tu dan juga barang-barang personal Maya yang lain. Ajay ternampak botol kecil TH16 dari lab dia. Dengan pantas dia cuba sorokkan supaya pihak polis tak tahu. Tapi kantoi bila SP Jairaj check badan Ajay secara paksa bila handphone Maya hilang.


Jalan cerita The Body ada sedikit berbeza dari The Vanished, movie Korea tahun 2018 which also a remake movie of The Body from Spain, 2012. Pace movie The Body agak slow sampai terpaksa ubah video setting ke 1.8x. Lagipun dah tahu jalan cerita macam mana so thrill and twist tu masih lagi teringat. 


Lakonan Rishi sebagai pegawai polis yang annoying dan emosi untuk kes ni nampak meyakinkan lah watak dia. Movie ni banyak habiskan masa dekat rumah mayat kemudian ending laju je habis. Kalau dalam movie The Vanished dia banyak thriller scene yang buat kita curious macam mana mayat tu hilang. Dan twist dia cantik di hujung cerita.


Kalau dikembangkan lagi watak Maya dan betapa bitchy dia terhadap Ajay mungkin rasa kesian pada Ajay tu bertambah macam dalam movie The Vanished. Tapi dalam movie The Body tak nampak langsung pun perangai bitchy Maya sampai Ajay perlu curang dengan Ritu dan bunuh Maya. Kalau ikut time plot, both of them baru kahwin 3 bulan tapi cepatnya Ajay curang dengan Ritu just because kusut kena buli dengan Maya? Lemah.


Jadi sakit hati dengan watak Ajay bila tengok dia curang dengan Ritu dan bahagia dengan kemewahan Maya. Dasar loser. Vedhika tak deliver banyak mana pun dalam movie ni, just a flower pot role.


Set location dalam movie ni cantik-cantik belaka especially masa scene Maya dengan Ajay kahwin dan pergi honeymoon. Music score not bad lah tapi lagi best kalau tempo semua lagu tu laju sikit.





Lepas banyak industry yang remake movie The Body Spain ni, patutnya The Body boleh deliver lebih bagus sebab material dah ada tapi sayang lah movie ni jadi lagi teruk dari yang lain. It just a foolish attempt and wasteful. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0 = 5.2/10

1 comment

  1. Umph lagi The Vanished kan Farhana.. Kak Sha siap skip lagu dalam filem ini.. hehehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.